Bebelan Terbaru BeloG MTT
Terbaru daripada Massaari

Friday, May 25, 2012

Tercapai hasrat meng-hupdate

Assalammualaikum.

 

 

Ehem ehem ehem~ Terasa rindu teramat sangat dengan blog muruk ni. Rindu tak terkata kata sampaikan nak menaip entri ni setelah berbulan bulan tak menjenguk pon terketaq ketaq jemari. Cettttttt! Sehat kah para lalink sekalian?

Banyak cerita terasa terkinja kinja nak bercerita panjang berjela, akan tetapi masa memang dengki tahap chipmuck monster, tak bagi peluang langsung nak membebel tanpa mengeringkan air liur. Apekan daya kannn. Hakkkthuihhh!

Di kesempatan yang ada lagi terluang serta terbuang ni dengan sepantas kilat nak juga membuang sepatah due kerat kata di sini. Dengan rasa rendah hati kepada sesiapa yang mengenali diri dakuh ini, ingin lah MTT menjemput untuk menghadiri majlis perkahwinan MTT pada 3 Jun 2012 bersamaan dengan hari ahad depan. Hihikkks *gatai dh nk kawen*

InsyaAllah dengan izinNya MTT akan di ijab kabul bersama Inchik Tunang kesayangan pada 2 Jun 2012 yakni bersamaan hari Sabtu depan pada jam 9.00malam di rumah bonda terchenta setelah 7 tahun melalui liku liku yang berlekok lekok. Hihihihikss! *gatai kemain*

Pada yang berkesempatan boleh lah datang memeriahkan majlis boleh lah refer attachment di bawah yer. Semoga kehadiran kamu kamu kamu dan kamu semua dapar memeriahkan lagi majlis kami. Aminnn~ Doakan segala yang di rancang berjalan dengan sempurna lagi teratur ya. Amin~

 

 

CCF2412_00001-vert

 

Bertempat di Jalan P16, Presint 16, Putrajaya

Jamuan Makan : 12.00TGH – 4.30 PTG

Ketibaan Pengantin : 2.00PTG

 

 

 

 

 

 

 

Nota kecik : Doakan kebahagiaan kami hingga akhir hayat. Amin~

 

belog

Tuesday, February 21, 2012

Setelah sebulan 3 hari meninggalkan blog muruk

Assalammualaikum.

 

blog

 

Tak tahu nak mula kan dari mana dah ni. Belum pon bukak lagi windows live writter ni tadi tapi bibir dah tersenyum senyum dah sebab munasabah betapa ianya ingin menyatakan bahawasanya hati ni memang terkinja kinja sangat dah tak sabar nak hupdate blog muruk ni.

Terima kasih dan maaf pada yang sudi berkunjung walaupon kunjung balas tidak di laksanakan dengan kadar segera. Terima kasih juga yang bertanya kan khabar di facebook,sms, terharu jiwa raga ni,tersusuk susuk sampai kebelakang tak terkata punya terharu.

Sedar tak sedar dah sebulan 3 hari MTT langsung tak menjenguk apetah lagi nak bukak bagi menjalankan proses membersihkan segala jenis sawang yang telah pon menyelaputi blog ini. Kasihan,di tinggalkan sepi berusang tak berteman. Hakphuihh !

Niat hati tu memang lah nak jugak story mori segala jenis apa yang dah terjadi,bakal terjadi mahupon dah pon berlalu pergi tapi tapi tapi masa yang ada sekarang ni sangat sangat sangat terhad untuk menghadap blog muruk ni.

Alhamdulillah ada satu tapak baru yang bakal di mulakan dalam alam pekerjaan akan tetapi sedih dan terpilu sebab munasabah lepas ni dah tak boleh nak hadap selama lapan belas ratos juta kali sehari di sebabkan komitmen kerja.

Dan insyaAllah akan adanya pengumuman tentang sesuatu yang bakal berlaku di hari akan datang. Cettt ! Sedar tak sedar sambil membebel tanpa mengeringkan air liur ni banyak pulak statement yang bajek macam ada orang yang nak tahu kisah kehidupan kann. Hakphuihh !

Takpe. Takpe. Takpe. Yang tak nak tahu boleh segera meng-klik button close tu dengan senang hati. Hikhik

Entri sepintas lalu ni just nak hupdate pada yang sudi sudi dan rajin bertanya tentang diri ku ini. Okay,sekali lagi MTT terharu tahap chipmuck monster. –..-

 

 

 

 

 

 

Nota kecik : Walau macam mana pon akan di usaha jugak untuk kembali bergiat aktif.

 

 

 

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata. ^^

belog

Wednesday, January 18, 2012

Cinta MUKA BUKU jadi cinta BUKU LIMA

Assalammualaikum.

 

 

Mood sepoi sepoi dah bersepai sepia sejak zaman berzaman dah ni oi. Tak tahu mana dia sembunyi nak main sorok sorok pulak. Puas kejar dah tak jumpa jumpa lagi sampai hari ni oi. -.-‘

Cinta muka buku. Dah jadi macam satu trend dah sekarang ni. Buat yang sememangnya ikhlas menghulurkan salam perkenalan tu satu hal lah tapi tapi dan tetapi buat yang saja konon macam nak test try power market?

Biasanya orang orang yang sebegini adalah orang yang sangat bijak bermain dengan kata kata awal perkenalan. Tak menampakkan diri terlalu terdesak mahu berkenalan mahu pon terlalu menginginkan berkenalan.

 

Bujang Terlajak Belum terlanjur

 

Status yang di hupdate pon harus lah berunsurkan islamik agar pandangan mata kasar makhluk yang melihat,membaca terkesima seketika dengan apa yang cuba di sampaikan dan kongsikan.

 

kOMEN

Tapi hakikatnya? Wallahualam.

Dari salam perkenalan yang konon macam kasar bertukar jadi bibit lesung pipit yang terkepit untuk mula memasang umpan agar terkena pada sasarannya.

 

Komen3

 

 

 

Kadang kadang perbuatan,penulisan kalau tak seiringan dengan hati memang boleh di kesan oleh makhluk makhluk yang berada di sekeliling. Tambah lagi yang sedang mengenali seseorang tu secara mendalam. Boleh bezakan penulisan dan cara dia melayani kita memang sangat ketara bezanya. Hakkkphuihhhh !

Bila umpan dah mula mengena pada sasaran mula lah di buat endah tak endah ibarat macam main tarik tali. Kejap kata nak,kejap kata tak nak. Macam permainan yang di cipta untuk para pemain yang ingin bermain. Tapi dia adalah Master Game nya bukan Master Chef yer. Hihiksss !

 

      sms1 sms2

 

Status relationship harus lah di sembunyi kan bagi memastikan segala permainan berjalan dengan lancar lagi selembut sutera. Kalau publish relationship depan orang ramai nanti ‘game over’ lah pulak jadinya permainan yang dia cipta so dia nak permainan berterusan sehingga level yang tertinggi setinggi pokok sena.

 

Komen2

 

Bijak mengatur strategi adalah senjata yang baik terhebak yang di rasakan pernah ada. Konon konon macam tak ada yang TERperasaan dengan tindak tanduknya.

 

        sms3 sms4

 

Kalau di fikirkan secara logikal oleh akal dan fikiran sekiranya tiada angin masa kan pokok akan bergoyang dengan kencangnya. Setiap kali status yang di muatnaikkan *dah macam download pulak* pasti akan adanya komen daripada si polan binti si polan yang menimbulkkan seribu satu persoalan.

Tak cukup dengan komen,like status setiap kali komen daripada si penggangu masuk pastinya si jiran akan meng- DELETED setiap komen mahupon status dengan alasan :

 

Bujang Terlajak Belum terlanjur

 

Lepas tu mula lah berDRAMA dengan meng-hupdate segala jenis ayat yang melambangkan tak bersalah apa apa. Walhal sana bagi harapan sini pon bagi harapan. Atlast tersepit dan buat buat tak bersalah.

 

komen4

Siapa aniaya siapa??

 

 

Ini tak layak kot nak di katakan cinta muka buku tapi lebih sesuai di katakan sebagai cinta mintak buku lima.

 

 

 

 

 

 

 

 

Nota kecik : Kalau tak yakin dengan hati dan diri sendiri jangan sesekali melafazkan perkataan yang mampu membuatkan hati lain berasa senang kerana ianya mungkin akan mematah lalu meremukkan hati insan lain. Wallahualam.

 

 

 

 

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata. ^^

belog

È