BEG KURSUS/SEMINAR/GALAS

Bebelan Terbaru BeloG MTT

Tuesday, June 14, 2011

Bergegar Ekoran Gempa Bumi Di Sumatera




(Kakitangan kerajaan berkumpul di luar bangunan Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan di Kompleks E, Putrajaya selepas merasai gegaran kira-kira pukul 8 dan 11 pagi berpunca dari gempa di Sumatera Utara. - Credit to mystar online )


Satu gempa sederhana bermagnitud 5.5 skala Richter telah berlaku di Sumatera Utara pada pukul 8.08 pagi, 14 Jun 2011. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 1.8 Utara longitud 98.8 Timur. 330 km dari barat daya Klang, Malaysia. " - MET (Sumber SINI) Dan boleh rujuk di SINI...

------------------------------------------------------------------------------------




KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di sekitar ibu negara, Putrajaya, Selangor, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan dilaporkan mengalami gegaran ekoran insiden gempa bumi yang berlaku di Sumatera Utara, Indonesia.
Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan gempa bumi bermagnitud 5.5 pada skala Ritcher di Sumatera Utara dikesan pada pukul 8.08 pagi ini manakala gempa bumi kedua bermagnitud 5.7 dilaporkan berlaku pada 11.01 pagi.
Ekoran kejadian gempa bumi itu, beberapa kawasan di pantai barat Semenanjung Malaysia dilaporkan mengalami gegaran.
Kejadian gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut Jabatan Meteorologi.
Bernama dihujani panggilan daripada orang awam yang ingin mendapatkan maklumat berhubung gegaran berkenaan.
Penolong Pengarah Bahagian Bomba Jabatan Bomba Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata pihak bomba mendapat panggilan daripada orang ramai menghuni beberapa bangunan tinggi, yang melaporkan merasai gegaran.
Baca lagi di SINI..
------------------------------------------------------------------------------------

Nota kecik : Semoga kita semua di lindungi..Kawasan rumah MTT pon selalu terasa gegaran kalau ada berlaku gempa bumi macam ni.. :(

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata.. ^^


11 Orang balas bebelan:

siti kektus said... [MTT reply to this comment]

alhamdulillah,

nasib baik tak da apa2 yang teruk berlaku,

shopping2u said... [MTT reply to this comment]

hurm..kwn yg keja kt kl kna stndby skang ni.btul ke KLCC pn kna kosongkan?dgr cite dri kwn akak, dia semboyan (tentera)

mas saari said... [MTT reply to this comment]

gambar kat atas tu kat opis akak tu!
akak ada buat entri pasal ni...hehee

Freaky said... [MTT reply to this comment]

nasib baik semua selamat..

Mr.Baiz said... [MTT reply to this comment]

syukur semua selamat..

cik syira said... [MTT reply to this comment]

sekarang ni macam2 berita pasal gempa bumi ada..harap kita semua dilindungi..

BlueberrY CheesE said... [MTT reply to this comment]

huhu. seram. alhamdulillah x pape. hihi. saya x dapat rasa. even kol 11 kat putrajaya =) agaknye x kat bangunan tinggi kot

♥NuR SyAFiQah♥ said... [MTT reply to this comment]

tmpt sy pon rasa gegaran tu ;)

senyumSOYA said... [MTT reply to this comment]

alhamdulilah semua selamat kan..

byk sgt dah kejadian gempa bumi..semoga Allah lindungi negara kita ni..
jom pakat2 ramai berdoa..(^^!

aleen aiden said... [MTT reply to this comment]

uih,sampai putrajaya pon terkena tempias.mak aih.

Terbelog said... [MTT reply to this comment]

moga negara kita selamat

È