Bebelan Terbaru BeloG MTT

Tuesday, June 14, 2011

Farid Kamil & Syamsul Yusof bakal di saman kerana Kongsi & KL Gangster (?)



Assalammualaikum..



Nak ketepikan sekejap rasa sedih yang membuatkan airmata pertama sebagai seorang blogger telah menitis buat julung kalinya..Terdengar desas desus yang mengatakan bahawasanya Farid Kamil & Syamsul Yusof bakal di saman akibat menggunakan kod kod rahsia sebuah pertubuhan dalam filem Kongsi & KL Gangster..




------------------------------------------------------------------------------------




PETALING JAYA: Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) berhasrat menyaman penerbit dan pengarah filem Kongsi dan KL Gangster kerana mendedahkan beberapa perkara sulit yang digunakan dalam pertubuhan tersebut melalui filem mereka.
Ketua Ahli Majlis Negeri Pekida Wilayah Persekutuan, Shikin Begum berkata antara dialog dalam kedua-dua filem berkenaan telah menggunakan kata kunci pertubuhan tersebut yang selama ini dianggap rahsia.
"Kami melihat filem Kongsi dan yang terbaru ini KL Gangster telah melampaui batas apabila menggunakan kata laluan dan kod rahsia Pekida.
"Kod rahsia berkenaan selalunya digunakan di antara ahli-ahli Pekida dan ia tiada kaitan dengan gengsterisme seperti mana yang dipaparkan dalam kedua-dua filem ini.
Baca lagi di SINI...



------------------------------------------------------------------------------------

Namun bagaimana pon David Teoh tidak mahu memberi sebarang komen..




------------------------------------------------------------------------------------



PETALING JAYA: Penerbit filem Kongsi David Teo tidak mahu memberikan sebarang komen terhadap isu yang dibangkitkan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) kononnya filem itu dan Gangster terbitan Skop Production mencemarkan nama pertubuhan terbabit.
Kata David, pihaknya hanya berurusan dan melayan perkara tersebut jika ia melalui prosedur yang betul selain pihak berkenaan dapat membuktikan kesalahannya.
"Saya tidak mahu memberi sebarang ulasan kerana perkara tersebut tidak ada bukti sama ada ia betul atau sebaliknya melainkan.
“Saya hanya akan mempertimbangkan jika pihak Pekida memberi kami surat bertulis yang memohon agar kami perlu membuat permohonan maaf
Baca lagi di SINI...




------------------------------------------------------------------------------------


Dan di sebalik perbualan Mazidul Akmal Sidik dengan seseorang..





------------------------------------------------------------------------------------



"Hang tengok filem Kongsi dulu sampai habis, lepas itu hang akan faham situasi sebenar. Biarpun perkataan 'Ayahanda' dan 'Abang Long' tidak dipatternkan tapi dua panggilan itu begitu sinonim dengan Pekida," ujar beliau.

Roslan, 59 tahun, anak kelahiran Kangar, Perlis.


"Sebenarnya, nak siapa minta maaf? Datuk Yusof Haslam dan David Teo ke?," soal saya.

"Bukan, kita cuma nak Syamsul Yusof dan Farid Kamil datang jumpa kita, minum teh dan say sorry, itu sahaja. Kalau hang tengok filem Kongsi, arahan Farid, ada scene tu kata, 'ketibaan adik beradik bagi zon merah', 'ketibaan adik beradik bagi Kapur Barut', 'ketibaan Abang bagi kawasan Batu Kapur', 'ketibaan Abang bagi kawasan Gunung Merah'. Kenapa macam itu? Mengapa depa tak guna skrip 'ketibaan taiko, tailo 36, double seven ke? Kenapa perlu gunakan gelaran 'adik beradik', 'Abang Long' dan 'Ayahanda'? Kenapa nak lekehkan, pandang hina perjuangan pertubuhan Melayu?," persoal Roslan.

Baca lagi di SINI..





------------------------------------------------------------------------------------

Kenyataan terus di sangkal oleh David Teoh Dan Datuk Yusof Haslam..



------------------------------------------------------------------------------------


PETALING JAYA: Penerbit filem KL Gangster dan Kongsi, Datuk Yusof Haslam dan David Teo, menjelaskan filem-filem terbitan syarikat produksi mereka itu tiada kaitan dengan sebarang aktiviti mana-mana pertubuhan bukan kerajaan seperti yang didakwa oleh Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida).
Penerbit Skop Productions, Yusof menegaskan, dia tidak mahu melayan dakwaan buruk terhadap filem arahan anaknya, Syamsul Yusof itu kerana ia hanyalah perkara remeh yang boleh merunsingkan fikiran.
“Kalau hendak fikirkan pelbagai komen orang terhadap filem atau drama terbitan saya, memanglah orang akan cakap macam-macam.
Baca lagi di SINI...





------------------------------------------------------------------------------------

Bukak buah dalam kelas??

Teringat pulak masa zaman sekolah rendah dulu..Masa tu MTT baru darjah tiga..Tengah syok dok mengelamun dalam kelas berangan bila dah habis sekolah nak melaram macam diva..

Terdengar sekumpulan budak lelaki berkumpul dekat satu meja seorang pelajar dalam kelas tu dengan gelak tawa.. Yang sorang dok buat tangan macam ni dan seorang lagi balas pulak macam tu..Kira macam bertukar tukar bahasa isyarat la..

MTT pon dengan rasa kipochi nak pergi menyibuk pergi dekat meja dorang berkumpol dan dengan selamber bertanya..Sebab munasabahnya MTT ni pengawas jadinya hak untuk bersuara tu sangat la meluas yer.. "Eyh,korang buat apa ni?" Dengan rasa bangganya salah seorang budak lelaki ni jawab "Eyh ko tak tahu ker? Kiteorang tengah bukak buah ni.." 

MTT dengan muka bajek comel sambil blur pon blah dari meja dorang .. Nak kata ada buah ciku ker strawberri ker atas tu tak nampak la pulak..Kalau tak boleh la join sekaki dua sambil tunggu cikgu masuk kelas knknkn?

MTT tak tengok lagi kedua dua filem ini tapi apa yang di baca filem KL GANGSTER memcecah hampir 5 juta dalam masa seminggu tayangan..Sejauh mana yang di katakan kod kod tersebut adalah rahsia sedangkan budak umur 9 tahun pon boleh dapat tahu segala jenis kod rahsia yang di katakan oleh pertubuhan tu?

Bukan niat MTT untuk mempertikai bagi kedua belah pihak tapi cuba kaji balik di mana kelemahan diri daripada terus nak menuding jari menyalahkan mana mana pihak..

Nota kecik : Sekadar share cerita masa lalu dengan apa yang berlaku pada masa sekarang..



Terima kasih membaca sampai juling bijik mata .. ^^


20 Orang balas bebelan:

RedVixen said... [MTT reply to this comment]

eleehh... nak sentap tak pasal2 pulak... apa kes... huhuhu

fRaMe+LenSeS said... [MTT reply to this comment]

mtk maaf ja. apa masalahnya.. tak salah pun kan rendah diri sat. :)

shopping2u said... [MTT reply to this comment]

a'ah tu la ada dgr desas desus ni dri blogger yg len weekend lps..

mas saari said... [MTT reply to this comment]

adoi! siap nak saman menyaman pulak...
mentang2 si Syamsul tu dah untung juta2, ada je yg nak saman!

bartHeafy said... [MTT reply to this comment]

tah pape..jugt guna ganti nama je..tu pun jadi masalah ker,,

y u y u Z u l a i k h a said... [MTT reply to this comment]

err....~ kesiannnn~

Mr.Baiz said... [MTT reply to this comment]

saman sokmo..aduyai

msredcheesecake said... [MTT reply to this comment]

cik mtt,
bila ada je org berjaya buat sesuatu...ada je la org nak buat2 sibuk...

cik mtt, segmen mr ben suppot blogger baru tu ade lagi ker?

nak post entry kat ner?

✿ boonga_kecik ✿ said... [MTT reply to this comment]

xphm btol dgn manusia nie. sikit2 nk emo huuu


Aku tido dalam iman. Kau ada? Hahaha..

Belog MTT said... [MTT reply to this comment]

@RedVixen : Tu namanya sentap tak ketahuan hala tu..HEHE

Belog MTT said... [MTT reply to this comment]

@fRaMe LenSeS : Tapi kan Nadh,perlu ker sume tuh?

Belog MTT said... [MTT reply to this comment]

@shopping2u : Tu la kak banyak sangat dah yang jawab pasal isu ni..

Belog MTT said... [MTT reply to this comment]

@bartHeafy : Kalau macam tu takkan nak saman adik beradik yang panggil adik beradik kandung dengan nama tu kan?

Belog MTT said... [MTT reply to this comment]

@y u y u Z u l a i k h a : Tak patot..

Belog MTT said... [MTT reply to this comment]

@Mr.Baiz : Tu la Melayu...

Belog MTT said... [MTT reply to this comment]

@msredcheesecake : yup..tu la manusia..

Entri publish macam biasa..Kalau sampai lusa still tak ada nanti terpaksa minta blogger submit balik..Soriee.. :(

Belog MTT said... [MTT reply to this comment]

@✿ boonga_kecik ✿ : Emo terlebih sudah..HEHE :D

Bella Bell said... [MTT reply to this comment]

pasal kes saman ni ea? emm.. tak tengok lagi kedua-dua filem ni.. huhu~

zuwaidah said... [MTT reply to this comment]

agaknya pihak yg nak menyaman tu salah faham kot....

HAZIRAH SULAIMAN said... [MTT reply to this comment]

lepas ni jgn guna perkataan abg long, ayahanda, abang ngah dan seangkatan dgnnya. sebab nnti kita kene saman ! lalalala :p

È