BEG KURSUS/SEMINAR/GALAS

Bebelan Terbaru BeloG MTT

Wednesday, June 15, 2011

Jehan Terbit Program Realiti 'K-Pop Hitz Talent Show'




------------------------------------------------------------------------------------




KUALA LUMPUR: Pelakon Jehan Miskin melalui syarikatnya Mastermind Group Sdn Bhd menerbitkan sebuah rancangan program realiti berjudul K-Pop Hitz Talent Show yang bakal bersiaran bermula 18 Jun ini, pukul 3.30 petang di saluran 705, Astro Hitz.
Menurut Jehan, program dengan kerjasama Astro Hitz dan Organisasi Pelancongan Korea itu bertujuan mencari bakat-bakat terpendam dalam bidang tarian dan nyanyian yang sedang menjadi satu fenomena di Malaysia.
"Program ini lain daripada program realiti yang biasa. Kita membuat satu formula baru yang mana mencampurkan format realiti, MTV dan pengembaraan.
"Melalui episod pertama hingga kelima kita adakan pencarian dan pertandingan, manakala episod keenam merupakan final dan episod ketujuh merupakan episod siri penjelajahan pemenang yang bakal dibawa ke Korea," ujarnya pada sidang media Pelancaran K-Pop Hitz Talent Show, di sini, Selasa.
Baca lagi di SINI..
------------------------------------------------------------------------------------

6 Orang balas bebelan:

Izzat Nazmi Saiful Bahri said... [MTT reply to this comment]

MTT minat K-Pop ke..?? hehe~

Belog MTT said... [MTT reply to this comment]

@Izzat Nazmi Saiful Bahri : Tak minat..haha saja share info pada yang berminat..Nngee~:D

Syazwan said... [MTT reply to this comment]

tak sokong la programe macam nie.
tadi bila tengok time audition,mesti best.

Izzat Nazmi Saiful Bahri said... [MTT reply to this comment]

haha.. owh.. itu macam ka..?
engatkan minat K-Pop... heee ~

Belog MTT said... [MTT reply to this comment]

@Syazwan : Tak sokong tapi macam best? HEHE

Belog MTT said... [MTT reply to this comment]

@Izzat Nazmi Saiful Bahri : HAHA Tak la..Tak semestinya kena minat baru boleh share info knknkn? :D

√ą