BEG KURSUS/SEMINAR/GALAS

Bebelan Terbaru BeloG MTT

Wednesday, June 22, 2011

Krisis Bekalan Air 48 Jam Di Lembah Klang Mulai Hari Ini






Kalau tak ada elektrik orang kata boleh hidup lagi..Tapi kalau tak ada air,ya ampunn siyes memang tak boleh hidup la derr ! Moh ler check kot kot kawasan rumah kamu kamu dan kamu ada yang tersenarai untuk tiada bekalan air selama 48 jam ni.. MTT terselamat,tu pon buat masa ni jela..Sila sila la tadah air untuk bekalan selama 48jam bagi memastikan anda semua ke tempat kerja,ke kolej,ke sekolah dengan mandian buih secukupnya.. 




------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


PETALING JAYA: Lebih sejuta penduduk di sekitar Lembah Klang kini berhadapan dengan "krisis bekalan air" apabila Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) memutuskan bekalan air selama lebih 48 jam bermula jam 8 pagi Rabu hingga 8 pagi Jumaat untuk kerja-kerja penyelenggaraan Loji Rawatan Air Sungai Selangor.


Dalam tempoh tersebut, bekalan air tidak akan dibuka langsung. Ini bermakna para pengguna di kawasan-kawasan yang terjejas iaitu sebahagian besar Kuala Lumpur, Gombak, Petaling dan Hulu Selangor perlu benar-benar berjimat dan menggunakan bekalan air yang sedia ada di tangki rumah atau premis pejabat masing-masing sehingga bekalan air itu habis.


Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Abdul Halem Mat Som berkata, loji tersebut yang terletak di Bukit Badong, Ijok terpaksa ditutup untuk membolehkan kerja-kerja penaiktarafan serta penyelenggaraan dilakukan oleh Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) dan Syabas.


"Splash sedang menjalankan kerja-kerja penggantian injap Sluice Valve di rumah pam air bersih dan pencucian kolam imbangan. Syabas pula menaiktarafkan sistem bekalan air," katanya.


Abdul Halem memberitahu, pihaknya mempunyai tindakan kecemasan dengan menyediakan tangki air kepada pengguna yang terjejas. Bagaimanapun, kami menasihatkan orang ramai supaya menyimpan air.


Tambahnya, orang ramai boleh menghubungi 1-800-88-5252 atau SMS PUSPEL dan hantar ke 39222 atau layari www.syabas.com.my .


Kawasan-kawasan yang terjejas termasuk:


Kuala Lumpur


Bukit Kiara, Royal Selangor Club, Bukit Kiara Resort, Bukit Kiara Sports Complex, National Science Complex, National Institute of Public Administration, Securities Commission, Sime Darby Convention Centre, Jalan Segambir; Jalan Belimbing; Jalan Setiabistari; Jalan Setiamurni 1 hingga 12; Jalan Setiabudi; Jalan Setiarasa; Jalan Setiaraya; Jalan Setiajaya; Jalan Medan Setia; Jalan Setiabakti; Jalan Setiakasih; Plaza Damansara; Taman Seri Beringin.


Baca lagi di SINI..


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

7 Orang balas bebelan:

Izzat Nazmi Saiful Bahri said... [MTT reply to this comment]

kalau air tkde tak boleh hidup oo...
bila baca kat daerah Gombak... gulp... cuba check... alhamdulillah, tak kena tempiasnya... 2 hari tu tkde air...

Akulah Pak Lan said... [MTT reply to this comment]

Jangan tanya i mandi ka tak nanti..kah kah kah

saiazuan said... [MTT reply to this comment]

terjah sini.. tgl trace :D

http://eleventx.blogspot.com/2011/06/list-blog-aku-promosi-kau-promosi-aku.html

zuwaidah said... [MTT reply to this comment]

tak de bahaya.....org lelaki tak mandi ok lagi...org pompuann wajib kena mandi....heheheehhehe

Mr.Baiz said... [MTT reply to this comment]

putrajaya tgolong dalam lembah klang ker?hikihk

Mr.Baiz said... [MTT reply to this comment]

putrajaya tgolong dalam lembah klang ker?hikihk

fRaMe+LenSeS said... [MTT reply to this comment]

nasib a tempat nadh tadak. huu

È