BEG KURSUS/SEMINAR/GALAS

Bebelan Terbaru BeloG MTT

Monday, June 20, 2011

Makcik ! Bagi la nasi lemak 6 posen (!)

Assalammualaikum 




Dan selamat malam..Dah makan malam? Omputih kata dinner? Hehe Sila isikan perut anda sebelum membaca entri ini sebab entri ni akan membuatkan korang lapar..Haha Tak tak sila abaikan isi kandungan tersebut sebab ianya memang langsung tak ada kena mengena dengan apa yang cuba nak di sampaikan di sini yee...

Tajuk entri MTT ni juga bukan juga untuk mengajar anda cara cara nak memasak sebab MTT masih belum expert lagi dalam memasak..setakat masak untuk hidangan seisi keluarga sendiri tu bole la sebab kalau tak sedap dan di complaint MTT akan cakap "kalau nak sedap silakan masak sendiri".. Haha

Oke sudah sudah cukup sudah MTT merapu ..Haha Back to the story.. Nak tanya ni kat sini ada tak sape sape yang pernah meniaga dan pernah mengaut keuntungan berlipat ganda?? Haha Iyee sila abaikan lagi...Tolong jangan marah marah di malam hari kerana ianya akan menambah kedot di muka kamu kamu yang comel tu..Hehe "Sepp..sepp sikit...tanda tak marah..Hehe"




Entri ni cuma nak kongsikan pasal meniaga...Pernah tak korang pergi makan di gerai gerai yang ada makcik makcik atau pakcik pakcik? Mesti ada la kan..Kalau yang kata tak ada tu memang nipuu bebenorr ler tu bak kata orang perak..Haha Entri ni ekceli pasal orang yang berniaga...Berniaga tu juga satu ibadah...Dalam Islam pon ada menggalakkan untuk kita berniaga...Berniaga tu punca rezeki bagi mereka2 yang mendapat pendapatan daripada berniaga...

Tapi persoalannya sekarang ni ikhlas ker dorang dalam berniaga?Ye bukan hak sesiapa untuk menilai ikhlas atau tidakkah seseorang itu berniaga...Tapi MTT nak kongsikan satu situasi yang MTT sendiri lalui..

Petang tu MTT pergi beli nasi lemak dekat satu gerai Makcik 'Z',berdekatan dengan kawasan perumahan MTT...Tengah MTT nak tunggu makcik tu bungkuskan nasi lemak untuk MTT datang seorang budak dalam lingkungan 7-9 tahun kot..MTT pon tak pasti...Budak tu datang dekat tepi gerai makcik tu dan cakap...

"Makcik,makcik ada jual nasi lemak nam posen tak?"

Makcik tu yang sibuk bungkuskan nasi MTT pandang ke arah budak tu dan tengok dekat tangan budak tu ada duit syiling nam posen..Dan dia pon jawab soalan budak tu tadi dengan nada yang agak kurang sopan..

"Tak ada tak ada..Nasi lemak RM1.20 jer ada,nam posen tak ada.."

Kejam tak jawapan yang peniaga tu bagi??Budak tu pon cakap tak apa la then dia pon nak gerak dari situ,MTT panggil budak tu dan tambahkan duit yang dia tak cukup untuk beli nasi lemak...(Sila muntah kalau rasakan yang MTT cuba nak perasan baek..Haha) Bukan itu persoalannya..Tapi yang nak di tekankan disini ialah isi hati perot SEORANG PENIAGA yang sikit pon tak ada rasa serba salah ataupon nak tolak ansur dalam berniaga...

Memang rasa nak sound jer makcik yang jual nasi lemak tu kat situ..Tapi sebabkan rasa hormat,MTT tak nak la buat macam tu tapi makcik tu pandai pandai la fikir sendiri betul tak apa tindakan yang dia buat ..Langsung tak boleh tolak ansur dengan pembeli...Pembeli tu dah la budak budak...Mana taw mak ayah dia tak balik kerja lagi ker dia tengah lapar tak makan lagi ker knknkn?

So untuk yang berniaga tu kalau boleh ada lah sikit sikap tolak ansur dengan 'pembeli'..Budak budak pon kan...Tapi tak la semua peniaga yang macam ni ada yang baik hati dan boleh tolak ansur dengan pembeli dorang..Ada yang siap bagi 
diskaun lagi..Macam tu kan lagi bagus,boleh dapatkan pelanggan tetap..Tak ada lah orang cerita yang buruk buruk tentang gerai kita,ye dak??Tak ker murah rezeki kalau kita cuba bertolak ansur sikit dalam berniaga? 




Nota kecik : Keikhlasan dalam melakukan sesuatu tu penting,tak kira apa pon..




Terima kasih membaca sampai juling bijik mata.. ^^



20 Orang balas bebelan:

honey amour said... [MTT reply to this comment]

contest yg terpilih ialah---> : sini

Aku... aKu... akU... SaNg PencINTa said... [MTT reply to this comment]

tajuk gempak, lelaki tak tahan woo..

tapi cerita perghh lagi gempak.. hehhe best.. Peniaga sekarang tau isi poket dia orang berbanding isi hati orang2..

.. wa layan.. best..

Syazwan said... [MTT reply to this comment]

perrgghhhh, terbaik..lapar nie ;)

diana said... [MTT reply to this comment]

itu yang jenis berniaga nak untung saja..
tak kira la orang susah ke apa yang penting "aku untung"
biasanya tak lama la orang yang beniaga gitu..sebab dia kedekut...
berniaga ni tak boleh kedekut..

SyahmiFikri said... [MTT reply to this comment]

ades.. tak paham kadang2

orang berniaga nie sepatut nya kena ada perasaan suka bersedekah.. baru lah perniagaan maju..

haish!

fareiyka said... [MTT reply to this comment]

aikk ! bukan dah citer ke yang ny ??

☀ Izzaty Hedry☀ said... [MTT reply to this comment]

kalau zaty pun zaty akn bg wet tu mcm mtt bg... bdk2 bkan tau apa sngt.. sdey la bla m.cik tu ckp mcm 2...

zarulfarhana said... [MTT reply to this comment]

cian bdk tue..

Chegu Zubir said... [MTT reply to this comment]

nasi lemak3....nasi lemak..
hehehe

jom singgah
Kekasih??Apa Fungsinya???

MTT pandai wat nasi lemak tak???

mas saari said... [MTT reply to this comment]

memang ada peniaga yg camtu...

macam akak hari ni beli bihun 2 bungkus, satu tu bihun kosong utk anak2 tapi tetap kena charge harga yg sama!

niena shopping2u said... [MTT reply to this comment]

erm, kesian kt dak tu.. xkan rugi kalo jual nasik tu ngan harga 6posen,kalo xmo kasi bnyak pn kasi la sikit ,kesian budak tu..xde hati perut btul mkcik tu.niat la sedekah sikit..xkan papa sebab sedekah kat org,aishhhh tetiba jadik emosnel lak memalam nih

PenDekAr LauT said... [MTT reply to this comment]

Sokong.. Peniaga sekarang banyak cari keuntungan je. Patutnye kene pandai bertolak ansur dan pandai menjaga hati pelanggan.. SEdikit sebanyak bisnes sendiri akan berkat dan bertambah maju...

Andrik McVean said... [MTT reply to this comment]

very fattening but sometimes it's very nice

Mr.Baiz said... [MTT reply to this comment]

kesian budak tu kan..tapi niat mmt bagus..menolong..

❤ C!K MAZ's❤ said... [MTT reply to this comment]

salam MTT...zaman sekrg kurang belas ihsan....kebykkan berniaga utk kaya...dan kaya...huhu

honey_neeza said... [MTT reply to this comment]

tak ptut la mkcik 2 wt cm2..rzki yg ada kn tuk dkongsi bsama..bg je la ns lemak kt bdk 2..klau xnk bg diskaun pun..kurgkn la ns lmk 2 skit smpai agk2 dpt hrge 60sen..ish..xptut tul la..rugi 60sen x effect pape la..

*teremosi lak..

Tea said... [MTT reply to this comment]

rase geram kadang-kadang.. berniaga tapi muka kelat habis.. rase nak tangkupkan periuk atas kepala dia.. aiseh, macam dia sorang berniaga kat situ.. nak berniaga hati biar ikhlas ar, baru rezeki senang nak masuk.. :)

mOoN IzzaN said... [MTT reply to this comment]

teringin makan nasi lemak lagi...waaaaaa!!!

Miss N said... [MTT reply to this comment]

alahai sedihnya, budak kecik je, pun nak berkira yer.. mesti budak tu happy pas MTT topup kan duit dia untuk beli nasi lemak kan.

Admin said... [MTT reply to this comment]

LISTEN LIVE MALAYSIA RADIO ONLINE4,THR GEGAR,MANIS FM,ERAFM.AND MORE RADIO TO LISTEN CLIK >> click to listen
watching malaysia tv online,tv1,tv2,tv3 and more to watching click > click to watching
WATCHING LIVE MOVIE FREE FOR WATCHING CLICK > CLICK TO WATCHING
listen indonesia radio online click > click to listen

È