Bebelan Terbaru BeloG MTT

Thursday, June 30, 2011

Yes,aku memang tak puas hati (!)

Assalammualaikum ...


Alhamdulillah dah selamat sampai dekat opis dengan muka toyer minta penampar free kalau bos tengok sebab munasabahnya kesihatan jiwa dan raga main berlari berkejaran..Dah kekenyangan sekali lagi pagi ni macam biasa dengan nasi goreng laok paru paru...


Tak tahu daripada mana rasukan hantu kak limah datang menghinggap di dalam otak yang celaru ni...Nasi goreng tak habis di makan sebabkan perot ni menendang nendang tapi bukan sebab adanya bayi comel bakal lahir tapi sebab hari ni mood nak makan pon hilang entah kemana tercampak tak tentu hala tujuan...


Hmm tu la manusia kan bila benda tak ada kalau boleh nak hempas hempas kan kaki,sehingga boleh mencetuskan gempar bumi yang berskala kecil..Punya la nak tunjuk bertapa tak berpuas hatinya tak dapat apa yang diinginkan..



Bila dah adanya apa yang nak di depan mata tok sah kan kata nak melahap,nak pandang pon sipi sipi macam tengok cermin sisi masa drive tak tersiorr..omputih kata side mirror..English education kata Usop Wilcha...


Kepuasan manusia ni memang tak pernah ada batasnya..Kalau pergi Kepala Batas pon memang takkan jumpa..Gali la sedalam 7 kaki pon memang takkan boleh di jumpai.. Glurpp ! Dalam realiti kehidupan ataupon dalam alam maya ketidakpuashatian memang bersepah sepah dan bersepai hinggakan tak terbendung walau dah bercuti sampai ke Bandung..

Kalau nak cerita pasal kepuasan manusia yang tak terbatas ni memang panjang berjela macam roti jala sebab isinya umanggaihh memang la sangat subjektif..MTT sendiri pon tipu la kalau nak bajekk cool mengaku yang dah tersangat la berpuas hati dengan kehidupan sekarang ni...

Dan sebenarnya bak kata Yuna kepuasan yang tak terbatas ni sebenarnya ada yang positif dan ada yang negatif..Kata orang tak boleh ker bersyukur dengan apa yang dah ada sampaikan selalu jer nak nyatakan hasrat yang tersembunyi yang tak pernah puas dengan apa yang di kecapi ..

Tak berpuas hati untuk benda yang positif bila kita cuba nak melangkah selangkah lagi kehadapan..Tak bermakna dengan cuba nak melangkah tu kita seorang makhluk comel yang tak reti nak bersyukur tapi kita cuba nak mempertingkatkan lagi hasil usaha kita..Agar lebih bergaya,bermutu serta keunggulan di abad yang hebak ini..Kalau macam SY dia tingkatkan jumlah isteri dia daripada 3 kepada 4..Glurp ! Sila abaikan sebab munasabah dah lari daripada fakta..Hekkk! Tak la lari jauh 43765ratos batu tapi ada juga kena mengena..Kira macam sepupu sepapat jugak la..

Tak salah kot kalau kita sebagai manusia yang tak pernah ada kepuasan dalam hidup ni tak bermakna kita ni jenis yang tak reti nak bersyukur..Cuma perlu tahu bezakan yang mana positif dan yang mana negatif...Tak perlu la sampai nak tunjukkan kepuasan manusia tak terbatas sampai nak menjatuhkan orang lain..Nak p selak kain orang lain untuk memuaskan kepuasan yang tak pernah ada batas tu..Grr ! Bukan selak kain nak tengok tuttt !! lebih tepat lagi nak tahu hal dalam kain orang...

Al kisahnya bila cerita dalam kain dah ada dalam genggaman,satu kepuasan untuk diri dia..Tak kisah benda tu negatif atau tak janji hati dia puas..Tapi apa pon manusia ni memang tak pernah,di cari pulak mangsa yang baru untuk di godam..Hmm Susah nak tafsirkan manusia zaman sekarang ni...

Nota kecik : Selangkah lagi untuk meningkatkan mutu hidup tak ada masalah tapi jangan ganggu hidup mutu samii derrr !!...



Terima kasih membaca sampai juling bijik mata.. ^^


9 Orang balas bebelan:

niena shopping2u said... [MTT reply to this comment]

hurmmm... kuasa hantu kak limah mmg kuat.. hehe

mas saari said... [MTT reply to this comment]

manusia memang tak pernah puas dgn apa yg dimiliki dan apa yang jadi milik orang lain...

ir yien 9897 said... [MTT reply to this comment]

mood MTT pagi2 senonem dengan kemalasan... weeekkk :p hehehe

kan best yien jd bos MTT

boleh bg penampor free..heheehe

Alya Esprézzo said... [MTT reply to this comment]

itulah lumrah manusia.. T__________T

risa said... [MTT reply to this comment]

jom ramai kite pindah dok dalam gua nak..or meh beli pulau..then kite dok ramai2..sape buat jahat suruh dia terjun laut...hehehehe

Fyqa said... [MTT reply to this comment]

klo bole mg nk cri bnda yg pling mudah





;)

azu said... [MTT reply to this comment]

Azu kalo mkn nasi goreng mesti abis penye..hehe.pg ni mkn kueh je..jadilah..hukhuk

nazirulhazwan~ said... [MTT reply to this comment]

hidup follow islam sebenar sure aman punye:) takde rase tak puas tak puas nih:D

msredcheesecake said... [MTT reply to this comment]

Cik mtt,
Msred pon tak pernah puas...tak pernah puas makan...dah dapat makan sedap tengahari nak makan sedap malam pulak....hheee

È