Assalammualaikum..
Dah lama rasanya tak hupdate blog time time enak serta lemak berkrim orang lain sedang nyenyak beradu di atas katil sambil bermimpikan Seth Tan begini..Sangat eksaited tengok cerita Anak Emak di tv3 sorang sorang layan perasaan,gelak sorang sorang..Sebab munasabah malam ni di tinggalkan sunyi dan kesepian bertemankan bantal musyuk yang setia menemani..
“Mengisahkan kehidupan Hisham dan Siti yang baru berumahtangga tetapi Hisham masih hendak 'berkepit' dengan emaknya sepanjang masa”
“Baguslah anak lelaki rapat dengan emak. Biasanya orang sibuk menjaga anak perempuan, perempuan tidak boleh buat itu, tidak boleh buat ini, itu tidak manis, ini tidak elok – segala-galanya perempuan. Tetapi anak lelaki tidak pula dikisah – anak lelaki balik tengah malam buta emak bapa tidak kata apa-apa, anak lelaki lepas makan tinggalkan pinggan atas meja juga tidak ditegur. Alasan; dia lelaki. Agaknya sebab cuai jaga anak lelaki, salah satu faktor penyebab ramai lelaki jadi pelajar Universiti Serenti! “ – Di petik dari SINI ..
Kesian jugak kalau watak suami dalam cerita tu betul betul wujud,mahu lari sejauh 1800km/sesaat jauh jauh dari rumah mak mertua..Tapi sedih juga kalau ada nya watak mak mertua macam tu..Yela hidup sorang sorang tanpa adanya suami di sisi..
Dia membesarkan anak dia sorang sorang,hidup dia hanya berteman dengan anak lelaki yang sorang tu jer..Makan minum pakai segala jenis la,semuanya si emak yang sediakan..Dan sebenarnya sebab munasabah itu la bila si anak tunggal,lelaki pulak tu dah berumahtangga si emaknya terasa la kesunyian dan kesepian yang meluap luap..
Bila dah ada yang sudi menemani,tak la si emak tu merasa kesunyian serta keseorangan..Kita ni manusia semua ada hati dan perasaan..Mesti dan seharusnya kita tak mahukan hidup tak berteman dan tak mahu keseorangan..
Tapi tak semua perempuan yang bergelar isteri mampu nak hadap mak mertua macam tu kankankan?
Nota kecik : Tanggongjawab seorang anak lelaki untuk sentiasa melindungi dan berada di sisi ibunya.. #Tetiba macam nak emo pulak..
Terima kasih membaca sampai juling bijik mata.. ^^
19 Orang balas bebelan:
tak dapat tengok TV kat sini..
by the way, comel doodle.
doodle tidur pakai skirt?.
woww..hehhe
cerita kat TV3 ke? wahh sadisnya saya tak dpt tgk TV.. T_____________T
huhu..kalau ada mk mertua cmtu, erm erm ermm ermmm.... T_T
ishhh takut kan dpt mak metua cm tu.mak metua rara nasib ok.
hehe, tengok jugak tadi. baru buat entri sal ni jugak XD
wawa.. terlepas plak tengok, mak mentua siap ingatkan lagi tengok citer tu semalam.. ruginya T.T
btol3 . lawak cta tuh . hahah .
tp kesian gak kat bini tuh , makan hati ja memanjang . huhuh .
hhhuhhuh...bru lpas wat entry anak emak...best gak tgk cita tue...
kelakar,geram n xley nak komen seterusnya sbb xbis tgk..huhu
cerita tu byk pengajaran. kita kena pandai menilai. sokong ape yg akk MTT ckp tu. sangat comel bila lelaki rapat dengan mak tapi kena lah pandai kawal. x nak lah sampai isteri tacing2 pulek. :)
hubby kak liza pun anak emak... tapi mak mertua kak liza orait je. tak cerewet. mlm tadi ada drama tajuk anak emak... kelakar je. so nanti b4 kahwin bukan setakat bakal suami ngam, familynya terutama mertua pun kena ambil kira juga ok tak ok. takut pening nanti.
yeah....mesti cerita sedih kan?
umi pun tgk citer tu smlm...sib baik hubby bkn ank emak hehehe (",)
semua kita tak mahu sunyi sendirian, mesti nak berteman kan, tak kiralah berteman kan anak ke, pasangan ke..
kesunyian tu pembunuh senyap tau. bila sunyi hati jadi tak best, muram, sedih. boleh jatuh sakit. hehe
akak pun tgk cerita ni semalam, memang kelakarlah!
letih dpt mak mertua camtu..
tapi kan, lagi bagus kalau bini dia tu cuba ambik hati mak mertua dia tu dulu, pastu pandai2 la bodek... tak gitu?
tapi mintak simpang la drp dapat mak mertua n laki camtu... ngeee ~
moral of the story...blajarlah ambik hati emak mentua dahulu huhu...:)
hehehe.. dah agak dah.. semalam pun angah cakap mesti ader org update entry pasal citer anak mak..
yien dah agak mesti MTT yg gila drama...huhu
semalam ktorng tengok tergelak2 :)
aish tgk gak anak emak malam td..ish..hope jgn la dpt suami mcm tu..tak sgup.huhuh
eh , ada lagi satu watak . watak isteri tu yang terlalu kongkong suami dia . last2 ? hamek kaw .. laki dia cari perempuan lain ..
Post a Comment