BEG KURSUS/SEMINAR/GALAS

Bebelan Terbaru BeloG MTT

Wednesday, July 20, 2011

Betul betul terkilan,tak sampai 24jam.. :(

Assalammualaikum..

Berusang terkulai layu jer blog ni setelah sekian lama tak meng-hupdate dan mem-polish agar bersinar sinaran seperti rembulan bersinar.. Termelalut pula mukadimah yang cuba di terapkan seawal pagi ini..

Oleh kerana kebizian yang teramat dasat yang membataskan daripada meng-hadap blog ni sampai kuyu kelopak dan bijik mata..Terasa rindu sangat sangat..Tak tergambar rasanya rindu ni..Melampau pulak sampai nak gambar gambaran.. =.=’

Cerita pasal gambaran MTT nak gambarkan perasaan yang tak tergambar tatkala barang yang di miliki dalam tempoh tak sampai 24jam telah lesap daripada pemikiran dan pandangan mata yang kabur ini..

samsung_es80
Ini la rupa camera tu… =.=’

Jumaat malam lepas MTT telah membeli sepucuk pistol untuk menembak tupai tupai yang sering kali berkeliaran mengganggu pemandangan ke arah KLCC.. Tak tak..MTT membeli sebuah camera digital yakni untuk meng-snap snap segala jenis gambar agar dapat meng-hupdate blog dengan kadar keadaan diri yang teruja lagi seronok la selepas ini..

Akan tetapi pada Sabtu tengah hari di kala mencuci kereta dengan tulang pat kerat bang bang la yang berdekatan dengan kawasan rumah,teruja betul nak snap satu keratan dalam majalah yang ada di situ..Di keluar dan di tayangkan la camera yang baru bagi membolehkan gambar di hamek dengan terang lagi jelas..

Selepas itu terus la menuju ke rumah mama terchenta di Putrajaya,lepas dah lepak lepak macam ular sawa kekenyangan kitaorang pon bersiap siap untuk keluar berjimba jimba..Teruja sangat nak buat surprise dan menayang camera baru pada mama..Carik punya carik dan menggali ke dalam handbag sedalam 4 kaki tak jumpa ! Dalam hati terdetik mana la pulak camera tu?? Tinggal kat rumah ker?? Tinggal kat car wash ?? OMGGGGG !!

Dengan kadar 1800km/sesaat MTT menuju ke rumah di Cheras dan mencari di sekalian pelusuk rumah..Tapi sayang,tak jumpa pon ! Tuju pulak ke car wash tadi dan bertanyakan kepada bang bang la yang berada di situ…Dorang kata tak ada jumpa ! Okay fine,agak sedih di situ.. Tak pe la mungkin bukan rezeki agaknya.. =.=’

Keluar la kami pada hari Sabtu tu dengan memek muka seposen akibat terlalu terkilan dan tertekan.. Kemain terkilan sampai tersekat sekat segala jenis pernafasan..Banyak mendiamkan diri daripada membebel bebel dan bercakap cakap macam mulut Joyah Spot..Mana taknya,beli Jumaat malam pukul 9.00malam hari Sabtu 3.00petang dah hilang dari genggaman..Sangat careless.. =.=’

Lepas dah balik rumah dengan muka ibarat mati anak kucing 18 ekor,berehat la dengan muka monyok di atas sofa rumah mama dan terasa pulak ada bonjol bonjol di bawah tempat duduk tersebut..Timbul rasa ingin taw apekah yang sedang menggangu ketenteraman d tengah malam buta tu.. OMGGGGG sekali lagi,camera yang di cari bagai nak gila telah di jumpai terperosok di bawah tmbunan bantal di atas sofa..Fuhhh ~ Habes satu rumah riuh rendah MTT menjerit bagai naik hantu… Lega rasanya.. =.=’

Nota kecik : Sila jangan membeli handbag yang tiada zip supaya barangan kesayangan tidak hilang..Jumpa camera,handphone pulak hilang.. =.=’

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata ^^

13 Orang balas bebelan:

MARIA LIZA said... [MTT reply to this comment]

OMG!!! u ha bikin kecoh satu umah ha...Sangat careless & clumsy ok...Takpe at last dah jumpe..mesti gumbira tak hengat...

BERT said... [MTT reply to this comment]

saya pun suke hilang barang.. memang cuai.. tapi bila dah jumpe memang gembira.. sok2 hilang lagi.. itulah saya.. wuwuwu

H.J said... [MTT reply to this comment]

haha..nasib baik jumpa gak kamera tu..

Alya Esprézzo said... [MTT reply to this comment]

wahahahahah..adoii carelessnya syg nieeeeeeee, camrea dah jumpa fon plak ilang ke?? adehh laa...

MiSs ChUbBy ChEeK said... [MTT reply to this comment]

adddooii...suspen baca.....feel 'kehilangan' tu dah rasa....tapi last2 happy ending rupanya....

Munna said... [MTT reply to this comment]

oho ingat hilang terus...bgus la da jmp balik...pasni makin meriah la blog MTT dgn gmbr...hihi

Sang Penulis said... [MTT reply to this comment]

: lain kali berhati-hati dengan barangan and.. :)

mas saari said... [MTT reply to this comment]

adoiiii...cuailah MTT ni!
lain kali hati2 tau...

diana said... [MTT reply to this comment]

tak pe l..
dapat beli barang baru..
hehehehe

Ezad Skytech said... [MTT reply to this comment]

lain kali kena la hati2 sikit..
lagi2 kalau barang kesayangan...kalau hilang...menangis tak berlagu..

Niena Pengembara Ilahi said... [MTT reply to this comment]

isk.. nasib baik ,len kali kna lebih berhati2..jgn careless tau!

Cik Purple Pinkypuff said... [MTT reply to this comment]

hahahahaha~~ MTT dah nyanyuk..kekekekeke. naseb baek jumpa~ kalo tak.. sayangnyer..klu cp kompem nanges2..hihi

Namee Roslan said... [MTT reply to this comment]

wahahha, namee selalu mcm tu laily. handbag mesti nak besar2...last2 barang mesti hilang dalam handbag. cari2 kunci kereta..ingat tercicir...berjam jam cari rupanya dalam handbag padahal dah cari dalam handbag. so jangan pakai handbag besar n takde compartment. wahhaha

È