Bebelan Terbaru BeloG MTT

Sunday, July 10, 2011

Gangster jalanan semakin berleluasa (!)

Assalammualaikum..

Tersedu sedu pagi ni dengan keadaan tekak yang tidak stabil akibat tercekik tulang makan ikan talapia malam semalam di rumah mama..Kemain seksa lagi nak keluarkan tulang yang melekat ni..Nak hilangkan kotoran degil pon rasanya tak la susah kemain macam tulang ni.. =.=’


Pagi ni macam biasa pergi kerja dengan tahap kemalasan sebanyak 101 peratos… Isnin adalah hari kemalasan bagi setiap pekerja yang sememangnya pemalas macam MTT ni..Bagi la cuti sebanyak berjuta lemon hari tapi tetap sukar untuk menghindarkan rasa malas yang memang dah sebati seperti tepong gomak di dalam badan ni..


Pagi ni cadang hati nak manis muka la sehingga ke malam hari sebab munasabah tak nak mood yang tak sepatotnya menyinggah dan menyelinap masuk ke dalam sekalian organ badan yang semakin menggemok dan membesar bagaikan johan ini.. Ada tips diet tak? =.=’


Okay sila abaikan mukadimah yang boleh membuatkan korang pening kepala di pagi hari Isnin yang sememangnya memeningkan kepala korang semua..Ceritanya bermula begini..Pagi tadi seperti biasa la MTT pengguna jalan raya yang sangat sopan santun memandu dengan sangat berkhemah,tinggal tak pasangkan khemah jer kat atas bumbung kereta tu..


Tiba tiba datang nya sebuah kereta yang agaknya turun daripada planet yang tak ada manusia tinggal memotong tanpa adanya rasa tanggungjawab dengan memikirkan bahawasanya tindakan yang dia buat tu boleh membahayakan seluruh rakyat jelata di abad ini.. =.=’


Dalam kehidupan ni bukan setakat dengan orang yang ada depan mata kita jer yang kita kena hormat dan bertolak ansur..Di atas jalan raya pon kena ada caranya nak berkomunikasi dengan pengguna jalan raya yang lain..Bukannya kita sorang yang bayar cukai jalan kan? Kalau nak gunakan sorang sorang sila duduk dan memandu di atas pokok..


Jalan kau jalan aku,jalan aku jalan aku


Bila adanya konsep mementingkan diri sendiri dan tak memikirkan aspek keselamatan pengguna jalan raya yang lain dengan selambernya tag line di atas akan sentiasa berada dalam kepala hotak manusia yang senonet..


Signal aku hanya untuk perhiasan,kalau nak aku guna silakan bayar (!)


Ini lagi satu masalah besar bila tak reti nak fikirkan tentang pengguna jalan raya yang lain yang menggunakan jalan raya yang sama dengan mereka.. Nak masuk simpang mereka akan melulu tak tentu hala tujuan,kereta kat belakang tengah laju?? Sila abaikan sebab munasabah kalau nak mereka gunakan signal,orang belakang kena bank in duit terus ke akaun bank mereka.. =.=’


Bila aku bagi kau laluan jalan,aku yang kena angkat tangan tanda terima kasih


Sekiranya korang sedang berada di lorong yang sempit lagi boleh menyemputkan pengguna lain,dan kamu telah pun memberi laluan kepada pemandu yang berada di hadapan kamu,seharusnya korang yang memberi laluan yang harus mengangkatkan tangan tanda berterima kasih,dan si pemandu yang di berikan laluan tu pulak haruslah memandang dengan jelingan yang tajam lalu memecut laju dan berlalu daripada situ.. =.=’

Teringat pula satu kejadian yang berlaku masa tengah memandu di area Taman Maluri,jalan kat situ bila nak keluar dari simpang memang akan tertempang tempang la segala jenis kenderaan yang nak masuk ke tengah jalan sebab munasabah tak ada sifat tolak ansur rakyat Malaysia di atas jalan raya..


Punya la berebut rebut nak masuk ke tengah jalan sampaikan sikit jer lagi kereta kami nak bertembung dan secara tak langsung boleh mengeratkan silaturahim sesama manusia apabia kereta bertembung..Yela,nanti akan bertukar tukar no telefon,untuk memudahkan segala jenis urusan..


Tapi kes ni lain sikit,punya la berpusu pusu nak masuk ke tengah jalan,tengok sebelah ada seorang awek ayu berbaju kurung bertudung biru muda..Kemain garang lagi muka dia punya la tak nak bagi kereta lain cross jalan dia..Tapi apa la salahnya bertolak ansur untuk mengelakkan ketengangan muka berlaku di situ..


Okay,dengan rasa tak bersalah MTT pon terus menerus berdegil nak masuk ke tengah jalan tu jugak(Kalau nak tunggu,sampai tahun 2020 pon tak dapat masuk)..Tapi dengan signal dan muka yang manis dengan bertemankan kueh seri muka…Tiba tiba jer awek tudung biru muda tadi naik hantu lantas menaikkan jari hantunya dan di tunjukkan kepada MTT..Hebak kemain dah tu la kan..Okay,awak tunjuk jari saya angkat lock stereng kereta saya dan tunjuk pulak dengan muka awak..Terkebil kebil mata awak kan..Haa bagi pon saya jalan..Kan lebih senang dan mudah tanpa adanya WWF berlaku di tengah jalan terbentang luas tu.. Huh.. =.=’



Nota kecik : Punca punca kemalangan selain daripada struktur jalan ianya juga melibatkan pengguna jalan raya sendiri..


Terima kasih membaca sampai juling bijik mata.. ^^

10 Orang balas bebelan:

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said... [MTT reply to this comment]

memang stress kan kalau ada org mcm tu drive di jalan yg kita drive.. pasti nak marah aje rasanya kan ..

Izzat Nazmi Saiful Bahri said... [MTT reply to this comment]

segelintir pemandu kat Malaysia ni mmg ada yang macam ni MTT... takde timbang rasa...nak dia je betul..bila tegur mula lah nak melenting...yg jenis tak bagi signal mmg bersepah..agak2 nak masuk terus je masuk tanpa bg signal.. tak ke yg kat blkg kereta tu kena brek emergency...

p/s: hehe... pnjg lebar pulak komen kat sini...yg penting pagi2 mcm ni kena selalu la senyum.. (^^,)

ainondreamergirl♥ said... [MTT reply to this comment]

xsuka ada orang xbertanggungjawab macam tuh.

mas saari said... [MTT reply to this comment]

akak pun selalu gak berhadapan dgn pemandu camtu...memang panas hati betul! rasa nak langgar je kereta dia...

MARIA LIZA said... [MTT reply to this comment]

macam2 perangaikan orang kat jalan raya ni..memang sengal betul...

Syazwan said... [MTT reply to this comment]

hahahah..nah kau..nak angkat jari kat aku!.kau nak kena pukul dengan lock stereng ka?..hehe.
cayalah luu..

nice entry by the way.
have a good day toink-toink!..
awk drive ke lompa-lompat toink-toink!

zuwaidah said... [MTT reply to this comment]

adoi!!..sabar yek, takut jadi kemalangan lak dipagi hari.

Siti Suriani said... [MTT reply to this comment]

bawak bersabar yerp.. hehe

Isteri Encek Bard said... [MTT reply to this comment]

huhuhuhu banyak gelagat pemandu yang bleh kita lihat di jalan raya.. kebanyakan yang kuarang ajar dari yang bertolak ansur nie

Namee Roslan said... [MTT reply to this comment]

benci gila org tak bg signal...kita punya lah tunggu kt simpang tu ingat dia nak jalan terus..rupanya nk belok masuk simpang, rasa nak bakar kereta dia. hahah.

È