Bebelan Terbaru BeloG MTT

Wednesday, July 6, 2011

Hebak juga anak mat salleh ni ekk (!)



Assalammualikum..

k

Semalam satu hari suntok dok bersenang lenang dekat rumah macam ayam penyet dok menepek depan lappy sampaikan lebam bijik mata.. Terasa bosan sekali sekala sms sana sini kot kot ada geng yang boleh dok menepek sambil bertukar tukar pendapat di selangi dengan gosip liar kankankan..


Terasa pulak nak amek angin luar,apa lagi dengan kadar segera sarung apa yang ada dengan tertepeknya setem di kedua belah kepala dan menuju ke rumah geng bas sekolah.. Si geng bas sekolah ni rupanya tengah nak tunggu sorang kawan dia nak bawak anak anak dorang ke Taman Tasik Titiwangsa.. Ingat nak tumpang sekaki dua tapi kesihatan badan ni macam tak mengizinkan so batalkan saja niat suci minyak masak murni tu.. =.=’


Ternampak satu kereta park masuk berdekatan rumah GBS tu.. Keluar la seorang minah salleh dengan 2 orang anaknya.. Terdetik pula dalam hati “Anak mat salleh mana pulak sesat ni?” GBS tu bersuara “ Ha kawan aku dah sampai dah.. “ Laa ni ker kawan dia yang di tunggunya.. Okay,siap sedia lah konon bajek nak membelitkan lidah dengan speaking “Yes,no,alrite,no thank you,please come again”…


Sampai jer minah salleh tu hulurkan tangan .. “Haii ..” katanya… Okay,tangan di sambut dan hai pon di sambut dengan senyuman manis dari orang sakit… Tiba tiba .. “Azenda…u rasa tak jem ker kita nk pergi ke sana waktu begini ..” Okay, MTT tersengap seketika sambil cakap naseb baek tak membajek cool speaking omputih.. =.=’


Tertarik dengan kepetahan dia dan anak anaknya dalam bertutur Bahasa Melayu MTT terasa ingin tahu berapa lama pulak dorang ni dok bertenggek kat Malaysia ni sampaikan petah kemain lagi berbahasa Melayu.. Umangaihh ingatkan dah lebih 10 tahun dok sini rupanya baru 5 tahun tapi dah boleh berbahasa Melayu dengan baik !


Katanya masa dia belajar di UKM,dia amek kelas untuk membolehkan dia berkomunikasi dengan baik dengan orang kat Malaysia..Dan yang buatkan MTT tabik spring dengan minah salleh ni masa dia ceritakan tentang kawasan rumah lama yang pernah dia tinggal dekat Kampung Melayu Tambahan..Katanya dekat sana dia di larang sama sekali untuk memasak masakan yang tak halal,membela anjing mahupon memakai sebarang pakaian yang boleh di katakan seksi..Dan keluarga mereka benar benar ikut peraturan sebagaimana yang telah di tetapkan !


Anak sulungnya berusia 9 tahun bernama Ester dan sorang lagi 4 tahun bernama Sara.. Anak yang kedua lahir di Petaling Jaya..Kedua anaknya pon berbahasa Melayu dengan baek.. Anaknya cuma di ajar daripada rumah oleh Mummynya sendiri,Cami..Sebab munasabah katanya kalau mereka balik ke Amerika segala pendidikan kat sini pon tak boleh di guna pakai di sana..Tiba tiba..


“Eyhh you termenung kenapa nak goreng pisang ni? “


Nota kecik : Kalau kita yang menetap dekat negara dorang mampu tak kita nak jadi berdikari macam tu dan fasih bertutur bahasa mereka dalam masa singkat macam tu… Kemain lagi siap bawak kopok lekor dengan goreng pisang lagi taw !


Terima kasih membaca sampai juling bijik mata.. ^^


16 Orang balas bebelan:

Alya Esprézzo said... [MTT reply to this comment]

wahahhahaha style lah, huhuhu nasib baik anak dia kecik lagi, kalau tak dah kena noratt..huhuhuk :P

siti kektus said... [MTT reply to this comment]

Kalau ad usaha, boleh pny nk kuasai bhsa asing, antra nk ngn x nak je kak, kn?

Hehe, nseb bek org tu yg ckp dlu, kalau x,, hehe

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said... [MTT reply to this comment]

memang teror lah dia ckp melayu kan.. tabik3 =)

˩α∂ʏвιя∂ℓʋʌѲиɛ ακα ΔиɢɛℓιЯα ʝѲℓιɛ said... [MTT reply to this comment]

mak aiii sib baek MTT tak speaking london time tu..hahhaha goreng pisang yes²..

mas saari said... [MTT reply to this comment]

diaorang ni belajar budaya yang baik kalau menetap kat negara kita!

tapi orang kita kalau menetap kat negara diaorang dok ikut2 budaya tak elok..

niena shopping2u said... [MTT reply to this comment]

wah..pndai ckp melayu..erm, cam paku & belacan :D

ada pak arab yg leh ckp bhsa kelantan ngan lancar, xde pelat lngsung hehe

Edy Ramanov said... [MTT reply to this comment]

fuh, memang best entri kali ni. cute pun ada gak. hehehe

Rozuan Ismail said... [MTT reply to this comment]

memang mat saleh jiwa melayu.huhu

risa said... [MTT reply to this comment]

pakcik akak omputeh dah kawin ngan makcik berpuloh2 tahun cuma tahu cakap terima kasih..selamat hari raya..itu aje..emmm

hajar said... [MTT reply to this comment]

mampu kalau kita x de pilihan.. mampu gak kalau kita berusa nk upgrade diri kita...

hajar said... [MTT reply to this comment]

mampu kalau kita x de pilihan.. mampu gak kalau kita berusa nk upgrade diri kita...

hajar said... [MTT reply to this comment]

mampu kalau kita x de pilihan.. mampu gak kalau kita berusa nk upgrade diri kita...

Nadya O'Conner said... [MTT reply to this comment]

itu lah..jangan pandang org sebelah mata..hehe...sebab kawan nad pernah mencarut kat mat salleh ni..sekali mat salleh tu cakap Bahasa melayu dengan fasih...pergh..tercengang-cengang...sebab tu nad akan jaga percakapan nad..

panjang lak komeng..:)

Lieyda said... [MTT reply to this comment]

wow.impressive !

Yayan said... [MTT reply to this comment]

kadang2 ,orang kita yg nk lupakan bahasa sendiri .. konon duduk oversea mcm duapolohtahun , padahal baru duatahun .. hehehe

~Queen Q~ said... [MTT reply to this comment]

nak goreng pisang!!

È