Bebelan Terbaru BeloG MTT

Friday, July 22, 2011

Jalan kehidupan manusia berperingkat

Assalammualaikum..

 

Kekenyangan dah melahap roti canai kuah banjir beli di kedai mamak entah hape namanya.. Dah lama tak mengisi perot terchenta dengan roti canai banjir di pagi hari oleh kerana bulan Ramadhan bakal menjelma,takot pula perot nie asyik nak meragam di pagi hari minta roti canai.. =..=’

Sesekali tu terasa pula nak membawa perubahan dalam diri dengan memakan McD di pagi hari supaya perot ini tidak sentiasa kebosanan asyik nak mekentedarah benda yang sama pada setiap hari.. Bukan ker perubahan tu sesuatu yang memberangsangkan dalam kehidupan seharian kita sebagai insan yang paling chomel lagi macho di atas muka bumi ini..

Bila sebut pasal perubahan,semua makhluk yang hebak hebak dalam dunia serba serbi penuh dengan pancaroba ini ingin membawa perubahan dalam kehidupan seharian mereka agar tidak la sentiasa akan berada di takok yang sama selama bergelar manusia..Setuju? Sila angguk kepala dengan kadar selaju yang anda mampu.. (Jangan sampai terkehel dah la yer..)

Kalau dulu orang kata Isyh anak si polan tu,dulu kemain nakal lagi..Rasa nak picit picit jer hedong dia bila nengok gelagat dia…Nakal sungguh ! Tapi bila dah besar gedabak lain pula perangainya rasa teringin pulak nak jadikan calon menantu,sopan kemain,keje pon dah bagos bagos dah..

Pendek tak kata panjang pon susah nak berkata kata manusia ni memang akan mengalami sikap sikap kronik pada usia tertentu..Kita hidup ni pon berperingkat kankankan? Dari bayi ker kanak kanak ribena di ikuti dengan alam remaja kemudian baru di susuli alam dewasa..

Jadinya setiap peringkat tu la yang membawa perubahan tertentu untuk kita mengorak langkah dalam kehidupan seharian,bukannya lahir ke muka bumi ni terus jadi besar gedabak yer tak? Sebab munasabah  itu la kita harus melalui saat saat genting untuk menempuhi setiap peringkat dalam jalan yang bernama kehidupan..Seteruk mana pon manusia itu,pasti satu hari akan terbuka pintu yang terbentang luas untuk membawanya ke jalan yang benar..

 

Nota kecik : Tanpa adanya kesilapan dan pengalaman mana wujudnya sifat kematangan dalam diri manusia …

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata .. ^^

6 Orang balas bebelan:

Cik Jari Tembam said... [MTT reply to this comment]

dan bukan semua sedar untuk mengambil peluang berubah menjadi lebih baik sbb semua lebih suka tgk transformers!heheh tp roti canai kuah banjir tu mmg terbaik! :D

Norhisham Nordin said... [MTT reply to this comment]

betul tu... apapun pengalaman laa cikgu yg terbaik dlm kehidupan kita...

mizzkechique said... [MTT reply to this comment]

kesilapan la yg mengajar kite utk berubah ke arah kebaikan..

SweetLikeWhat said... [MTT reply to this comment]

setuju tu..setiap manusia sentiasa boleh berubah jadi baik jika itu yang kita inginkan.. :D

Kalamhati said... [MTT reply to this comment]

kesilapan dan kepahitan mengajar kita utk jadi lebih baik dan trus bangkit..

alangkah rugi hidup orang yang berada di takuk lama je..dan taknak berubah ke arah kebaikan kan..

mas saari said... [MTT reply to this comment]

belajar dari kesilapan dan kegagalan! baru hidup jadi seronok..

È