Bebelan Terbaru BeloG MTT

Friday, July 8, 2011

Kesan BERSIH pada NAMA ke atas org ramai

Assalammualaikum..

Terasa macam nak makan buah limau pulak nak segar bugarkan badan yang tengah lemau ni..Penat berjimba jimba ke Muar hari Rabu yang lepas tak hilang lagi rasanya..Naseb baik la ada sebab munasabah yang membolehkan hanya berjimba jimba di atas katil sehari suntuk hari Sabtu ni..=..=

Malam tadi membongkang sambil makan kangkung belacan depan tv tengok berita,terkeluar la berita tentang satu perhimpunan yang di gembar gemburkan bakal menggegarkan Stadium Merdeka pada Sabtu ni..91 orang tidak akan di benarkan memasuki Kuala Lumpur,semua jalan masuk ke KL akan di tutup..Public transport pon tidak akan berhenti di stesen stesen yang berdekatan..Kemain hebak lagi impak sampai kalah cerita Impak Maksima..

Tiba tiba tangan ni rasa gatal pulak nak main sms memalam buta dengan bos..

“Dear,you tengok berita tak?Hari Sabtu ni semua jalan masuk ke KL akan di tutup,public transport pon tak akan berhenti dekat kawasan yang berdekatan sebab perhimpunan haram..”

Haram sebab munasabah berita cakap haram..Benda yang boleh membawa pemusnahan dan kacau bilau bagi penduduk setempat ni memang kena kategorikan begitu la kot?Tambah tolak bahagi darab sama dengan tak nampak apa apa yang positif pon daripada agenda mereka..Opss !

Selang beberapa minit kemudian bos MTT pon reply, “Yes dear..I tengok..”

Okay,malas dah nak reply you punya sms,macam tak faham faham jer lagi.. =.=’

Mama pon dah sms malam tadi,kalau kena keje jugak baik lah minta cuti,alangkah bahagia kalau semua staff dalam office tu mempunyai sayap dan terus masuk ke office melalui ruang udara yang terbentang luas di alam semesta yang paling hebak ni.. =.=’

Setengah jam kemudian,dapat sms dari bos..

“Yang,sabtu ni tak ye keje okay office di tutup..”

Wahh kemain ngelenjat lagi dengar tak yah keje,hilang habes semua tanjat boboi terus terkinja kinja tak tentu hala tujuan..Betapa BERSIHnya niat suci mereka sampaikan para pekerja seperti kami pon di berikan cuti sebab munasabah tak ada laluan di darat untuk membolehkan kami berkhidmat sebagai pekerja yang berkhemah.. =.=’

Senarai 91 orang yang tak boleh masuk KL sila semak di bawah,kot kot nama kamu ada yang tersenarai..hehe =..=

KUALA LUMPUR, 7 Julai — Berikut ialah senarai nama mereka yang dilarang memasuki ibu negara pada Sabtu ini.

Perkasa

  1. Datuk Ibrahim Ali
  2. Datuk Ab Rahman Abu Bakar
  3. Syed Hassan Syed Ali
  4. Irawah Fahmi Ideris
  5. Roslan Kassim
  6. Sharifuddin Abd Hamid
  7. Dr Zubir Harun
  8. Ameir Hassan
  9. Datuk Ahmad Saad
  10. Ahmad Zaini Ismail
  11. Muhammad Zaid Md Arip
  12. Abdullah Mansor
  13. Zaira Jaafar
  14. Norkhaila Jamaludin

Pemuda Umno

  1. Khairy Jamaluddin Abu Bakar
  2. Datuk Megat Firdouz Megat Junid
  3. Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
  4. Megat Zulkarnaian Omardin
  5. Rizalman Mokhtar
  6. Tengku Azman Tengku Zainol Abidin
  7. Lokman Noor Adam
  8. Datuk Abdul Azeez Rahim
  9. Ungku Saleh Ungku Jamal
  10. Arman Azha Abu Hanifa
  11. Tun Faisal Ismail Aziz

Bersih

  1. Datuk Ambiga Sreenevasan
  2. Mohamad Sabu
  3. Hishamuddin Md Rais
  4. Khairul Anwar Ahmad Zainuddin
  5. Maria Chin Abdullah
  6. Chua Tian Chang
  7. Kamarulzaman Mohamad
  8. Dr Mohd Hatta Md Ramli
  9. Syed Shahir Syed Mohamud
  10. Syed Ibrahim Syed Noh
  11. Teresa Kok Suh Sim
  12. Badrul Hisha Shaharin
  13. Shamsul Iskandar bin Mohd Akin
  14. Arutchelvam A/L Subramaniam
  15. Wong Chin Huat
  16. Ong Boon Keong
  17. Enalini A/P Elumalai
  18. Haris Fathillah Sathiasingam bin Mohd Ibrahim
  19. Datuk Khalid Yunus
  20. Datuk Zulkifli Noordin
  21. Dr Zubir Harun
  22. Datuk Seri Abd Hadi Awang
  23. Datuk Seri Anwar Ibrahim
  24. Lim Kit Siang
  25. Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
  26. Nurul Izzah Anwar
  27. Kohila Yanasekaran
  28. Zaid Kamaruddin
  29. Khoo Teng Swee
  30. Fadiah Nadwa Fikri
  31. Yap Swee Seng
  32. Salahuddin Ayub
  33. Datuk Mahfuz Omar
  34. Nasrudin Hasan
  35. Mazlan Aliman
  36. Dr Syed Azman Syed Nawawi
  37. Dr Dzulkifli Ahmad
  38. Dr Mujahid Yusof
  39. Khalid Abd Samad
  40. Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin
  41. Azman Shapawi Abd Rani
  42. Suhaizan Kaiat
  43. Nor Azli bin Musa
  44. Mohd Firdaus Jaafar
  45. Loke Siew Fook
  46. Lau Wen San
  47. Mohd Azmin Ali
  48. Mat Shuhaimi Shafie
  49. Satipul Bahari Amamt
  50. Wan Hassan Mohd Ramli
  51. Mohamad Izzudin Hilmi Mohd Zaini
  52. Mohd Shazni Munir Mohd Ithnin
  53. Muhammad Hilman Idham
  54. Mohd Shukri Che Ab Razab
  55. Mohd Syukri Kamaruddin
  56. Ahmad Syazwan Muhammad Hasan
  57. Choo Chon Kai
  58. Sarasvathy Muthu
  59. Soh Sook Hwa
  60. Nurul Izham Nurul Anuar
  61. Abd Rahim Osman
  62. Mohd Sibri Ismail
  63. Mohd Lukam Muda
  64. Datuk Prof Kamaruddin Kachar
  65. Datuk Mohd Noor Nordin Abdullah

 

Nota kecik : Bersyukur dengan keamanan negara pada masa kini tanpa ada perpecahan kaum dan segala jenis pemusnahan..

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata.. ^^

17 Orang balas bebelan:

mas saari said... [MTT reply to this comment]

seronok ye dpt cuti!
tapi tulah..gara2 mereka kita yang susah kan?

mizzkechique said... [MTT reply to this comment]

seb bek nama tak tersenarai...hahaha

d_tieah said... [MTT reply to this comment]

Takde nama I pun.. Hahaha.. Sabtu memang tak kerja.. Yahooooooo..


Entry Terbaru 1 : 2 Video Pekerja KFC--Ayam Disapu Pada Tapak Kasut Dan Perahan Kain Kotor Dalam Periuk Ayam Spicy
Entry Terbaru 2 : Facebook Anwar Ibrahim Kena Hack ; Hackers Sekarang Pun Fokus Bab Politik

sesegar said... [MTT reply to this comment]

alamak adeyy.
deyy tambi..nama saya la adi maniss
saya lah itu ambiga paria!
kah kah

CWL wanie LovelA said... [MTT reply to this comment]

hehe...eh nama kita xde :p

MARIA LIZA said... [MTT reply to this comment]

ramai juga takleh masuk KL..takpe le tak nak pun masuk...dah rumahnye seblh KLCC aje...Buka tingkap dah nampak KLCC..Balik kampung lagi best..

hajar said... [MTT reply to this comment]

seb baik nama akk x de dik.. huhuhu

zuwaidah said... [MTT reply to this comment]

kesannya juga pada para peniaga yang akan kerugian besar sebab mereka akan tutup perniagaan pada hari tersebut. begitu juga dgn hotel2 di sekitar jln sultan ismail, mcm mana agaknya yaaa...nasib baik dah tak keja hotel di area tu..kalau tidak mcm mana la nak gi keja.

Headmaster said... [MTT reply to this comment]

fuuuuuu... gua sikit lega nama gua tak naik.macam bagus saja nama gua nak naek.apa kes.

niena shopping2u said... [MTT reply to this comment]

MTT diberi cuti.. :D
akak diberi keja haritu hehehehehe,

ghab van hal said... [MTT reply to this comment]

dem, bestnye dapat cuti..kekeke...

Izzat Nazmi Saiful Bahri said... [MTT reply to this comment]

fuuhhh... nasib baik name den takde... heee~

miszatie said... [MTT reply to this comment]

mcm2 hal la skang ni kan..huhu

missH strAw-BerrY said... [MTT reply to this comment]

alamakkkk!!!!camane nie!!!!name misssshhhh...xde pon!hihihi...
harap2 keamanan negara akan terus dikekalkan...kalo x abesla anaak2 cucu2 cicit2 missh nanti....ngegge,
MMT bestnyer dpt cuti....cuti dok umah je tau..post entry berbakul2...=)missh nk bace..

Fad said... [MTT reply to this comment]

nama cf xde kat atas..slmt...hehehehehe

Muaz Faris said... [MTT reply to this comment]

ade beberapa nama yang aku memang kenal dengan derang..harap takde pe2 la esk..

tambahan..entri ni bukan main superb lagi..tapi boleh superb kalo korang dok buat entri sambil ditemani bidadari khas..ayuh jemput bidadari anda..!

http://www.muazfaris.com/2011/07/menjemput-bidadari.html

Namee Roslan said... [MTT reply to this comment]

sebab BERSIH..peniaga rugi. palak kerajaan bg 10k each utk ganti rugi n saman kat bersih. menyusahkan org je. kot ye pn k protes...ada cara lain maa.. ambiga kepala hotak lah. dah la nk renew undang2...yg mustahil.

È