BEG KURSUS/SEMINAR/GALAS

Bebelan Terbaru BeloG MTT

Thursday, July 14, 2011

Proses bajek diri diva terbantot (!)

Assalammualaikum ..

IMG00875-20110713-2345

Gambar yg di maklumkan dalam entri ini ..

Maaf sebab munasabah terlewat daripada menyambung sambungan entri ;

Terkenangkan zaman kegemilangan & Mengimbas detik detik permulaan

Sila klik dengan kadar 9709ratos persaat untuk bertolak ke entri tersebut..Al kisahnya terlampau buzy semalam di kantor yang mengakibatkan tidak dapat meneruskan operasi membajekkan diri sebagai diva kepada kalian semua.. =.=’

Konon,macam ada sangat orang yang tunggu entri daripada belog ni.. =.=’

Okay,sambung balik kisah mengimbas dan melibaskan zaman dahulu kala katop,selepas daripada memenangi pertandingan pertama yang MTT membabaskan diri tersebut,MTT terus menerus menenggelamkan azam yang kukuh lagi utuh untuk meneruskan cita cita setinggi pokok strawberri belakang rumah Pak So’od di Cameron Highland..

MTT mula merajinkan diri dan memberanikan diri yang kurang berkonpiden dengan mula memasuki banyak pertandingan..Celah bedah atau di celah joyah tetap MTT renangi demi memastikan niat yang tenggelam tidak akan terus tenggelam..Mama dan along MTT yang akan sentiasa meng-hupdate MTT di mana saja yang ada pertandingan yang membolehkan MTT terus membajek diva..

E.Y.R.A652

Salah satu gambar pertandingan masa sekolah yg masih di simpan..

Dulu,sekolah MTT selalu buat pertandingan karoks bila tibanya hujung tahun..Rasanya bagi menghilangkan stress setelah penat serta lelah belajar sepanjang tahun..Daripada situ MTT semakin berani untuk beraksi tanpa segan dan pilu di khalayak ramai..Semakin bertambah tumbuh rasa konpiden yang terhasilnya dalan sekalian jiwa dan raga..Itu la gunanya kegagalan pertama,ianya seakan menjadi penyunting semangat untuk terus berusaha..

MTT mula memenangi pertandingan karoks di sekolah setiap tahun.. 3 tahun berturut turut wa cakap lu derr ! Bila di fikirkan balik rasanya seakan macam dalam mimpi jer,cepat betul semua masa tu berlalu..Terasa pulak nak nyanyi lagu Axl’s Andai Dapat Ku Undurkan Masa.. Jiwang karatss sungguh ! =.=’

Macam akan panjang berjela seperti kueh jala pulak entri ni,kalau suka baca sila teruskan..

Pada suatu hari di keheningan malam mama dapat satu panggilan telefon daripada rakan tempat kerja lamanya..Lepas jer berita yang mama dapat di beritahu MTT terlompat terkinja kinja bagaikan nak gila bila mengenangkan bahawasanya akan ada peluang untuk MTT melebarkan sayap yang tenggelam..

Sebab munasabah yang membuatkan MTT terkinja kinja bagai nak gila tu sebab kawan mama ada tengok MTT perform dekat satu competition dan dia berminat untuk menarik telinga MTT joinkan diri sebagai vokalis band yang baru saja di tubuhkan..

Sejak meng-joinkan diri dalam group tersebut,hampir setiap malam kitaorang jamming di studio kawan lama mama di Serdang.. Kitaorang akan perform di mana mana function yang memerlukan suara MTT yang sumbang ini untuk mencerai beraikan irama dan lagu.. =.=’

comp4

Gambar dari print screen video sebab tu tak berapa clear..hehe ^^

Sedikit demi sedikit kami menapak,kami mula memberanikan diri dengan melibatkan diri dengan battle of the band yang pertama di South City Plaza pada tahun 2005.. Masa tu umanggaihh semputttt ! Rasa nak terkeluar segala jenis jantung,hati serta limpa dan semua la yang ada menginap dalam tubuh badan ni..Nebesssss !

Selepas bertarung nyawa dan melayakkan diri ke semi final,kami berperang pulak di pentas final bagi melayakkan diri ke final dan alhamdulillah kami berjaya melayakkan diri ke final..Bukan calang calang band yang menyertai battle of the band tu,daripada seluruh negeri datang untuk bertanding..Mana taknya,hadiah utama yang di impikan adalah mendapatkan contract rakaman bersama salah sebuah syarikat terkemuka..

Bayangkan la kami yang masa tu hanya terdiri daripada yang berumur 12 tahun hingga 20 tahun.. Drummer band kami 12 tahun .. Pemain gitar keduanya 15 tahun sebaya MTT pada ketika dan saat tu.. Sorang lagi 14 tahun dan vokalis kedua 20 tahun.. Kami berentap dengan band yang power power der ! Rocker’s habess,rasa nak balik jer masa tengok dorang perfom..Hebak kemain !

Dan alhamdulillah kami memenangi tempat ke 4 di antara 12 band yang bertanding di peringkat final..Betapa gumbira dan girangnya hati terasa bila buat julung julung kalinya penyertaan kami,dan mendapat kejayaan yang boleh di kira amat membanggakan..

Tapi,lama kelamaan setelah kejayaan demi kejayaan yang kami perolehi..Band kami tak bertahan lama akibat daripada perselisihan faham di sesama mereka sebab berebutkan MTT..Oh tidakkk ! Dusta semata mata..

Kejappp ! Nak hamek tisu.. Crying face

Band kami mula berpecah apabila ada di antara ibubapa mereka yang tidak lagi membenarkan mereka bergiat secara aktif dalam bidang seni..Kami mula membuat haluan masing masing dengan hidup dan gaya hidup masing masing..Agak terbantot la niat untuk membajekkan diri sebagai diva lagi. =.=’

Ada lagi video video yang di simpan,tapi sangat segan dan pilu nak bagi kamu sekalian mendengarnya..Takots nanti ada yang muntah darah kaler pelangi.. =.=’

Selepas daripada berpecah daripada band tersebut,MTT mulakan hidup seperti remaja lain dengan menghabeskan masa hanya berkaroks di rumah bergendangkan bunyi dinding daripada jiran jiran sebelah rumah tanda sokongan moral di berikan 101% .. Bergerak secara solo pon tidak lagi seperti dahulu kala..

Minat yang tenggelam tu hampir tenggelam kesemuanya sekarang ni.. Bukan sebab kecewa dengan apa yang nak di kecapi tak dapat nak di genggami keseluruhannya tetapi sebabkan komitmen yang menghalang MTT daripada terus bergiat aktif..Cuma sekarang MTT selalu menyumbangkan suara di speaker usang di rumah,di dalam bilik mandi yang tersergam indah serta di karoeke karoeke jamban yang berdekatan..

 

 

Nota kecik : Gagal sekali tak bererti untuk selamanya,apa yang di impikan tak semestinya akan berada dalam genggaman..Yang indah tu tak selalu berpanjangan tapi ketahui lah ,

‎"Mengingati kenangan yg ada pada masa lalu terkadang buatkan kita tersenyum pada hari ini..Walaupon cuma hanya pada nama kenangan dengan pahit yg harus di telan,tapi ianya akan tetap terus buatkan kita tersenyum bila mengingatinya.."

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata.. Sobbbbbbsss !

20 Orang balas bebelan:

Alya Esprézzo said... [MTT reply to this comment]

fuhyo..ekekekek menang karoks setiap tahun!! hahha wewittt syggg, alya balik nanti kita dah boleh meronggeng dah pegi karoks!! :D

Edy Ramanov said... [MTT reply to this comment]

wah, kiranya MTT ni ada bakat menyanyi lah jugak kan. bagus2. hehehe

aimie amalina said... [MTT reply to this comment]

heee..bole karokssss sesame..kiki =)

mas saari said... [MTT reply to this comment]

masuklah Mentor ke...sure terpilih nye! hehehehee

Nazzue said... [MTT reply to this comment]

Apa kata MTT nyanyi dalam YouTube pula...skrg dah ramai yg kembangkan bakat menerusi medium itu. Antara contoh terbaru Najwa Latif..Try la mana nak tau meletoppp!!! jgn lupa kat nazzue yg bg suggestion ni yea...huahaha!!!

ir yien 9897 said... [MTT reply to this comment]

wah..syg setiap saat mengingau zaman muda jer dia kan..

Syazwan Che Deraman said... [MTT reply to this comment]

waahhh..
menarik..nie kalo yusry baca nie..
dia test nie.
eheheheh..

tak ape la MTT..
mgkin ada sebab dari ALLAH tak dapat teruskan semua nie..

upload la video tu kay youtube.
hehehe..

tapi kan , suara dulu dan sekarang masih sama ke kemerduannya?

TWEETY BERT said... [MTT reply to this comment]

perghh mesti sedap sore dia ni..
kenagan silam menggamit memori.. huhu

Lilynn Sazlin said... [MTT reply to this comment]

ngape aritu tak masuk contest hot.fm? dowg cari raja karok...lebih kurangla kot ngan minat MTT.. ^_^

btw.datanglah tengok header belog lil yg baru..cute tak?

http://belogcintasaya.blogspot.com/

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Alya Esprézzo : Okayyyyyyyyyy nanti sayang belanja MTT taw ! hehe =.=

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Edy Ramanov : Boleh la sikit sikit.. :)

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@aimie amalina : Jommmmmmmmmmm !

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@mas saari : Segan la kak.. :D

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Nazzue : Hahaha Malu la nak wat cmtu.. =..=

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@ir yien 9897 : ASyik nak balik ke masa lampau jer.. =.='

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Syazwan Che Deraman : Yusri dengar intro jer terus muntah kaler pelangi ! hehehe

Maluuu.. =.='

Ramai berkata masih sama dan mantain.. :)

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@TWEETY BERT : Biasa jela kak... :D

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Lilynn Sazlin : Komitmen tak mengizinkan nak aktif macam dahulu kala katop la sayangg ! =.='

Namee Roslan said... [MTT reply to this comment]

MTT..wah. boleh nyanyi ye?? try lah record kt utube!!! nk dengar!! mesti meletop2 lagi!! u shud!

miszatie said... [MTT reply to this comment]

sedari..ape lg gilah rakam nyanyian anda..mesti syok!!!

È