Bebelan Terbaru BeloG MTT

Saturday, July 16, 2011

Ubat penyakit berangkai BLOGGER

 

 

 

Untitled

Sila rujuk di PENYAKIT BERANGKAI BLOGGER di SINI

KOMITMEN

Mencari ubat bagi penyakit berangkai untuk komitmen adalah sesuatu yang sukar lagi memeningkan kepala kerana dalam kehidupan yang serba serbi hebak ini kita memerlukan kesabaran yang tinggi bagi menakluki masa..Yakni,bijak dalam membahagikan masa antara komitmen dan blog kesayangan..

Ubat ;

Hari Isnin perlu melangsaikan segala jenis kerja yang menggunung tinggi di atas meja..Dengan ini sekiranya kamu dan kamu seorang blogger yang tegar di sebelah malam hari cuba la untuk mencari sedikit ruang untuk menatapi dan mengisi ruang kekosongan untuk di auto pubish kan pada keesokan harinya..

IDEA HILANG TAK TENTU ARAH

Ini adalah alahan yang paling teruk di alami apabila kita sedang ada idea yang mencurah curah ke ladang gandum dan dengan eksaitednya ingin berkongsi dengan pembaca,akan tetapi hilang setelah berada di hadapan laptop..

Ubat ;

Sedang seronok berjimba jimba ternampak Cik Bedah melatah dan terketok kepala anak kucingnya.. Waktu dan detik itu kemain melimpah ruah lagi ideanya,sebelum idea tersebut hilang tak tentu arah,dan sekiranya tidak mempunyai gadget yang awesome seperti Mista Sifu,gunakan la hp 3310 yang kita ada dengan menaep point point di ruangan mesej agar idea itu tidak lupus dek masa dan tidak di telan waktu..

PATAH HATI

Hati siapa yang takkan patah tatkala berusaha gigih untuk meng-hupdate walaupon senonet entri untuk di kongsikan kepada para pembaca tetapi tidak di endahkan,ibarat tak wujud saja entri yang cuba kita kongsikan tu..

Ubat ;

Seakan dunia realiti juga alam maya yang serba indah ni ekk? Macam retis juga,bila ada aura daripadanya maka akan berduyun duyun tiba lah peminat setia yang akan melekat di celah celah ketiak mereka..Sekiranya entri tidak di endahkan cuba la PING kan di group group blogger yang ada di muka bumi planet fesbuk..Sekiranya tidak berkesan dan membawa pemusnahan ke arah keremukan hati,cuba la BW ke blog blog yang ada di planet ini agar akan adanya mereka mereka yang sudi untuk menjengah dan menepekkan bijik mata mereka pada entri kita tersebut..

KEMURUNGAN YANG SERING MENGHANTUI

Keterbatasan jari untuk menari secara ghairah di atas keyboard akan tergendala buat seketika waktu sekrinya penyakit kemurungan ini menghantui dan merasuki tubuh badan..

Ubat ;

Sekiranya ini terjadi elok lah kita merehatkan minda seketika waktu agar mood kembali seperti sedia kala..Ini kerana tiada ubat yang pakar pakar di seluruh pelusuk dunia temui..Jadi bila tibanya penyakit ini seeloknya cuba mengawal diri daripada melakukan perkara perkara yang tidak masuk dek akal..Tak tak.. Jika hilangnya mood untuk meng-hupdate sebarang entri,cuba la BW agar blog kita tidak terbiar terkulai layu dan sunyi sepi .. =.=’

 

Nota kecik : Ini adalah ubat yang sering kali di telan dengan lahapnya..Sekiranya mempunyai sebarang ubat yang tidak pernah di jumpai,sila tampilkan diri anda yer..

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mnata.. ^^

10 Orang balas bebelan:

Kalamhati said... [MTT reply to this comment]

Ada satu lagi..

Gundah gulana:
Hati duk ingat kat blog je..rasa mcm tak tenteram kalau sehari tak jenguk blog..hehe ada ubat ke tak ek

Dududu said... [MTT reply to this comment]

hihi ubat mujarab :D

mas saari said... [MTT reply to this comment]

itu sebab akak suka buat draf dalam buku dulu...takut lupa! hehehee

Nizam Ijam said... [MTT reply to this comment]

macam mana la ben leh dapat idea kan..hehe


” Nizam Ijam Dot Com”

miszfazierra said... [MTT reply to this comment]

huhu nice info , thanks for sharing :)

Nadya O'Conner said... [MTT reply to this comment]

bernas..:)

Muaz Faris said... [MTT reply to this comment]

jangan la layan emosi sangat..hehe..nanti menyesal di kemudian hari.

ariana's said... [MTT reply to this comment]

ohh..persaan mcm ni, satu penyakit juga rupanya ye..:)

Lilynn Sazlin said... [MTT reply to this comment]

lil masih lagi belum berjaya asingkan komitmen kerja dan berbelog. haishhh.. :(

Namee Roslan said... [MTT reply to this comment]

penyakit yang sama :( em tidur pun x lena fikir entry yang orang suka.

È