Bebelan Terbaru BeloG MTT

Friday, July 1, 2011

Ya Allah,beratnya dugaan yg harus di pikul (!)

MTT baru jer balik,balik jer kerja tadi terus singgah makan dengan Cik Kazen..Sampai jer kat rumah MTT terus buat apa yang sepatotnya dan capai lappy untuk hupdate list segmen Gegar Blog Julai 2011..Tertarik pada satu entri daripada salah seorang blogger yang join segmen tu tentang kisah sepasang suami isteri yang baru sahaja memasuki alam rumahtangga dan di kurniakan seorang cahaya mata yang sangat comel..

Tertarik dengan kisah yang di kongsikan, buat MTT terus mahu terus menerus baca kisah tentang pasangan tersebut bila ternampak satu entri yang di hupdate oleh Sunah Sakura..Ya allah bertapa alpha nya kita sebagai manusia sampaikan terkadang terlupa nak bersyukur dengan kenikmatan,kesihatan dan kebahagiaan yang Allah kurniakan buat kita..

Saat kita semua bergelak tawa dan bergumbira menikmati nikmat yang Allah SWT kurniakan kepada kita,yang terkadang buatkan kita terlupa untuk menadah tangan menghadapnya menyatakan bertapa kita bersyukur dengan segala nikmat yang telah di berikan kepada kita..Pernah tak kita terfikir yang tak mustahil suatu hari nanti segala kebahagiaan kita boleh di rentap dengan sekelip mata sahaja dengan kuasa Allah SWT..

 

24582_377738046597_754826597_3652315_930498_n[1]

 

248033_10150192079186598_754826597_6800323_6461394_n

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari nie ada special entry sikit...Aku sendiri tak tau nak start dari mana dan nak start macamana..

Kalau korang perasan sorang blogger nie.. nama dia Moon.. dia antara kawan yang terapat dengan aku.. dan kalau korang follow blog Moon.. korang mesti tau masalah yang dia dan keluarga tengah hadapi sekarang.. Sebenarnya Moon dah puas fikir panjang samada nak buat benda ni atau tak perlu... so sebagai kawan, aku rasa takde salah pon kalau Moon nak teruskan niat dia.. yang penting dia tau niat dia ikhlas...

-Norma-

Adik ipar Moon menderita menghidap cancer... memula aku dapat tau.. aku pon macam terkejut jugak.. sebab adik ipar moon nie baru jugak kahwin.. lepas tu mengandung.. dan Alhamdulilah selamat melahirkan bayi lelaki yang comel dan sihat.. kita panggil je dia Norma ye.. so, selepas Norma melahirkan anak pertama dia tetiba jatuh sakit.. aku ingat lagi masa tu Moon kata ingatkan penyakit misteri.. siapa tak sedih? orang lain selepas melahirkan anak, gembira menyambut kehadiran orang baru.. lagi-lagi anak pertama.. buat yang ada pengalaman manisnya memeluk anak pertama mesti faham bahagianya rasa tu..

-Norma bersama Rafiq-

tapi Norma tidak menerima nasib sebegitu.. selepas je bersalin Norma stay di rumah Moon.. nasib ada kakak ipar dan abang ipar yang penyayang, prihatin dan mengambil berat.. Moon lah yang menguruskan anak Norma yang bernama Rafiq. bila pegi hospital, buat check up semua.. barulah tau yang Norma sebenarnya menghidap cancer.. sebak mengenangkan nasib Rafiq yang baru lahir tapi tak sempat merasa belaian seorang ibu.. tak sempat merasa susu ibu.. ok aku sebak. hmmmmm..

Suami Norma, Talib ke hulu ke hilir menguruskan isteri yang terlantar sakit.. aku tak boleh bayangkan bila Moon selalu datang melawat Norma sambil bawak Rafiq... Norma hanya mampu pandang tak mampu membelai bayi kecil itu.. tabahnya Talib suami Norma.. hanya Tuhan yang tau apa ada di hati Talib.. apa ada di hati Norma saat melihat Rafiq..

-siapa sangka selepas setahun perkahwinan, dikurniakan cahaya mata dan bermula sebuah penderitaan-

-Talib sentiasa ada disisi isteri-

Dugaan bertimpa-timpa.. sampai Talib pon aku tengok dah susut sangat badan dia.. condition Norma plak tak menentu.. kadang lepas operation dia ok.. kadang dia tak ok.. hati mana lah yang sanggup tengok penderitaan ditanggung mereka..

-Talib bersama Rafiq-

-tangan Norma yang lebam-

-gambar terkini baby Rafiq-

Moon dan suaminya Sutan ni aku kenal dah lama.. diorang baik dan lembut.. aku tau Moon malu, Talib malu nak mintak tolong aku buatkan entry nie.. tapi berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.. dalam serba salah tu aku rasa tak pelah Moon, kita usaha je..

aku rasa ramai yang nak membantu, cuma tak tau cara.. ini tiada paksaan langsung.. tak kira lah kalau kita mampu nak derma RM5 sekalipon, janji ikhlas..kalau ada sikit-sikit sumbangan ikhlas dari korang utk Norma, InsyaAllah duit tu akan keluarga dia gunakan untuk kos rawatan Norma yang menelan belanja ribuan ringgit.. baru-baru nie kos untuk injection je dah menelan belanja 10K.. sumbangan tu juga akan digunakan utk bayaran ambulans.. kos untuk beli susu untuk Norma minum.. dan mungkin selepas ni keluarga Moon akan ikhtiar perubatan-perubatan lain yang dah tentu memerlukan belanja.

Moon malu nak buat benda ni actually.. nampak macam meminta-minta..tapi yang penting niat demi untuk membantu Talib dan anak dia Rafiq, maka Moon dan Sutan terpaksa tolak perasaan malu ke tepi..lagipon aku rasa tak salah kot.. bukan paksaan.. kot-kot korang ada rasa nak bersedekah boleh lah bantu-bantu ringankan beban orang yang dalam kesusahan..

hanya Tuhan yang dapat membalas jasa murni atas sumbangan ikhlas korang.. Sama-sama kita doakan semoga keluarga Talib dilindungi Allah dan semoga Norma cepat sembuh supaya dia berpeluang melihat Rafiq membesar di depan mata dan dapat mencurah kasih sayang buat suaminya Talib... Amin....

TOTALLY COPY & PASTE dari KasihAleeya

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Baca selanjutnya di SINI ..

Jika ada yang ingin menghulurkan sedikit bantuan boleh di salurkan kepada :

CIMB


01070068677528


Noormawati Mohd Rasif

 

Nota kecik : Menghulurkan bantuan dapat meringankan beban dan mengukirkan sedikit senyuman ...

Terima kasih membaca...

13 Orang balas bebelan:

Eera Shera said... [MTT reply to this comment]

sedih baca kisah dorang...

Namee Roslan said... [MTT reply to this comment]

sedihnya laily.. :( u made me drop my tears :(

risa said... [MTT reply to this comment]

alahaiii..kenapa ni?
takut nak baca ni kang mesti nangis:(

myra ashrul said... [MTT reply to this comment]

sedih kan ?
myra da bace semua storynye .
sebak jek rase . nak nanges tp dok thn thn jek . huhu .

zarulfarhana said... [MTT reply to this comment]

ya allah..mudah mudahan cepat sembuh...

mas saari said... [MTT reply to this comment]

sedih..
moga entri semua blogger dapat meringankan beban beliau!

Tea said... [MTT reply to this comment]

tersentuh baca.. harap bnyk bantuan boleh dihulurkan..

ghab van hal said... [MTT reply to this comment]

semoga norma sentiasa dikurniakan semangat yang kuat. sebab ada perasan menganai orang yang fight cancer just dengan will yang tinggi. semoga norma tergolong dalam golongan itu.amin..

Fad said... [MTT reply to this comment]

insyaAllah moga2 ramai yg hulur bantuan...ke blog sy jom..jemputan ikhlas..:)

z a z a said... [MTT reply to this comment]

insyaallah ade himah disebaliknya. tabah ya.

ir yien 9897 said... [MTT reply to this comment]

sedih nyer..

terkelu n sangat sedih..

kan elok beribu2 blogger yg ada nie..

masing2 menghulurkan,sekurang2 nyer RM5,insyallah dapat meringakan beban keluarga mereka...

wat Gathering blogger kempen menderma untuk NORMA =(

Miss N said... [MTT reply to this comment]

sedihnya, berat betul ujian macam ni.. berkaca ar mata..

Miss Moon said... [MTT reply to this comment]

thanks dear ..moon tak tahu cam na nak ucap terima kasih sebab u sudi share kan kat your lovely blog ..moon ucapkan jutaan terima kasih

alhamdulillah Allah telah bukak kan banyak pintu utk kami n salah satunya adalah membukak pintu2 hati semer saudara saudara Islam ..moon tak sangka ia akan berkembang ngan pantas sangat and bersyukur pada yg membantu ...dan sebarkan


and many many thanks for your support

Love
Moon

È