BEG KURSUS/SEMINAR/GALAS

Bebelan Terbaru BeloG MTT

Tuesday, August 2, 2011

0.01% lagi patah semangat berblog (!)

Assalammualaikum..

 

Alhamdulillah dah selamat berbuka dengan kadar melahap yang sangat rakus..Macam tak makan duapuluhpat hari jer.. Macam mana la rasanya kanak kanak dan manusia manusia yang tak dapat makanan di negara luar tu kankankan? Kita yang dapat makan sesuap nasik ni patotnya di berikan kesedaran dan bersyukur dengan rezeki yang di berikan..Alhamdulillah..

Sebelum waktu berbuka tadi sempat la juga jengah ke facebook , kot kot ada mesej mesej penting yang di sampaikan oleh para makhluk chomelll.. Suspender bercampor hangit secara tiba tiba menaikkan darah dengan kadar segera sampai buatkan rasa nak pitam !

Ada seorang rakan blogger yang wall MTT ,

 

blog

“Kenapa blog not found ? “ – Terima kasih Mr Pilot

Haaa ? Blog not found ? Banana papaya betikkkk ! Memang masa dan ketika tu MTT tak jenguk lagi ke blog sejak balik daripada mengerah tulang pat kerat .. Dengan kadar jantung yang berdegup kencang MTT segera menaep url blog dan cuba sedaya upaya dengan keadaan internet yang sangat tenatt ..

OMGGGGGG ! Memang confirm dan tak syak lagi url blog MTT NOT FOUND ! Rasa nak luruh hati,jantung serta limpa malah sekalian organ dalaman badan yang dah nak reput ni.. Apekah ? kenapa kah ? mengapa kah ini yang terjadi ? Rasa nak menangis sekuat hati dengan nada merdu seakan Siti Nurhaliza di bawah bantal busuk..

Terus la ke wall Mista Sifu dengan niat di hati nak mengadu naseb yang telah menimpa diri ni bersama blog buat kali kedua setelah airmata pertama berblogging menitis ke lantai bumi pada beberapa bulan yang lepas.. =..=’

Mungkin Mista Sifu sibuk dengan persiapan untuk berbuka agaknya.. Takpe cuba lagi dengan cuma tinggal 0.01% lagi hati ini terasa dah malas dah nak berblogging sambil terdetik dalam hati ..

 

“ Apelah salah blog haku yang tak seberapa nie? “

“ Apelah salah jari jemari lemah gemalai yang suka sangat menari syok sendiri nie ? “

 

Cuba la dengan hati yang hampa lagi hampehh , cuba ke website blogspot masukkan id dan cuba masukkan password.. Keluar la menatang hapetah meminta supaya memasukkan no telefon .. Okay, di turuti dengan kadar pasrah sambil menyanyikan lagu Pasrah – Erra Fazira ..

Masuk mesej dalam inbox handphone dan meminta supaya memasukkan kode yang di hantar ke dalam ruangan yang di sediakan ..Sekali lagi di turuti dan yaaaaaaaaaaaaaa dan golllllllllllllllllllllll ! Dapat juga akhirnya log in ke dashboard tanpa meneteskan air hedong .. Lega rasanya.. Dapat lah berbuka puasa dengan hati yang lapang selapang jelapang padi dengan senyuman selebar kambing..

 

Nota kecik : Tolong la wahai blogspot jangan bagi hatiku ini luluh serta merasakan seperti di tikam tikam menggunakan pensel manikam ..

Nota kecik lagi : Tak dapat teraweh dan berpuasa pada hari kedua Ramadhan .. Sad smile

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata .. ^^

27 Orang balas bebelan:

Salim Harmanain said... [MTT reply to this comment]

sabar je la dengan dengan blogspot ni..rasa nak tukarWP je...=.='

tyka said... [MTT reply to this comment]

apa lagi sis , jom tukar wordpress. pasti tiada berlaku lagi hal begini

CIK PARO! said... [MTT reply to this comment]

kamu cuti-cuti malaysia ke hari ini?

Alya Esprézzo said... [MTT reply to this comment]

hahahahahahaah..syg buat cuak jela! yg masukkan no fon tu ade setting ke? hahahaha sebab alya punya pun mcm tu jugak, kena masukkan no yg dia bagi melalui fon baru boleh bukak blog..

Clara said... [MTT reply to this comment]

selamat takde bende berlaku. kalau berlku kat CR. mau menangis gx rasanye,,

Syazwan Che Deraman said... [MTT reply to this comment]

naseb baik..eh eh..blog saya plak not found kat link tu ..heheh..
thanks ;)

kaizen said... [MTT reply to this comment]

td nuffnang wat hal tghari.. ni blogger pulak??? adess...

Hans said... [MTT reply to this comment]

hehehehe
3 minggu lepas saya senasib dengan kamu
agak cuak juga sebab tiba2 orang mesej cakap xboleh masuk blog saya
saya tgok sendiri dan memang xboleh masuk
waktu tu rasa terkedu gila
hehehehe
nasib lepas dah masuk no phone n dia suruh verify
lepas tu dapat masuk balik
:-)

Innanie | Ariffin said... [MTT reply to this comment]

Seramnyaaaaa kalau berlaku sebegini!!! Mintak Jauh!

haslinda said... [MTT reply to this comment]

kte pn penah jadi mcm tu jugak kak. nsb bek pastu ok dah... risau jugak mula2 tu. da la baru lagi berbelog. hehehehe :)

Ashraf Jalil said... [MTT reply to this comment]

nasib baik entry tak hilang..jgn lupe export sume entri dlm bentuk xml.. tetiap kali update export pun bagos =D

cili_kering said... [MTT reply to this comment]

Alhamdulillah nasib baik dh ok :)
Han pn penah kena mcm ni masa mula2 dulu...mmg trkezut habis..

Anonymous said... [MTT reply to this comment]

pehal aku tgk blog ko cam yuyu zulaikha ha? ayat dah la sbijik, cara ko, tiru gedik gedik minah tu,header pun nk sama......dh dh la wey tiru dak tu.....ko cari la idntiti ko. patut la ramai orng ckp kat aku....yuyu pun ngaku.

wehhh,kate cik epal, ckop la ada hanis zalikha, fatin liyana, tak pyh la nk jd klon yuyu zulaikha..bapak sedih klau minah tu ushar blog ko!

aku cuma tgor, aku tak suka blogger jnis meniru nak famous.....

aimie amalina said... [MTT reply to this comment]

fuhhh
lega..kalo x...maw nanngis setaon cek mtt ni..heheh
alhamdulillah =)

Abe Goreng said... [MTT reply to this comment]

naseb baik ada balik.Huhu.:D

Wordless Wednesday#2 : Harry Potter

TeAqArH said... [MTT reply to this comment]

kesian btol MTT..dua kali dah jd cmni an..byk tol dugaan yg cik blogspot ni bg....

[sutera kasih] said... [MTT reply to this comment]

sy pernah mengalaminya..smpai skrg sy dh set kt setting, stiap kali masuk d PC yg berlainan, mesti tggu google hntr code via sms..

athirah said... [MTT reply to this comment]

bersabarlah ;)


come visit me
http://athirahshariffudin.blogspot.com

mas saari said... [MTT reply to this comment]

akak tak pernah lagi kena camni... tapi risau gak!

Miss Nadya said... [MTT reply to this comment]

blogspot ajak MTT bergurau r tu..hehe..^^

muhamadsufian89 said... [MTT reply to this comment]

mtt kena tukar ke wordpress kot kalau camni. hehe

PinKy MoMMa said... [MTT reply to this comment]

sgt saspender betul bila itu terjadi..nnt kalau jadi..akak cari MTT je la eh ;p

Cik Eka said... [MTT reply to this comment]

ahaaaa eka pon pernah kena gini...
eka buat cara yg sama...masukkan code n received kat hp

khansyaa' al khairiyah mohd ujang said... [MTT reply to this comment]

sama sama. baru jek jadi tadi =="

siap kena bagi verification code yg berkurun lama nak tunggu lagi.

fuuuu

Rosniena said... [MTT reply to this comment]

tak usah dilayan..if kamu layan..taraf n pemikiran kamu sama dgn Anon ni..

NasZ said... [MTT reply to this comment]

saspen betul..tapi nasib baik. pengalaman tu.

MOHD NASER.com

siti kektus said... [MTT reply to this comment]

pernah jugak disuruh buat macam mtt buat. bagi no hp pastu dia bagi kod. cuak jugak masa tu. pastu elok dah. ;)

È