Bebelan Terbaru BeloG MTT

Saturday, August 6, 2011

Apa yang best sangat entah kau ber-blog (?)

Assalammualaikum ..

 

Kehidupan sebagai manusia dan bukan sebagai makhluk asing di planet bumi ni seringkali buatkan kita merasakan tertekan dengan pelbagai bentuk daya tekanan.. Termasuk juga la daya tekan tubi yakni bagi mengempiskan perot agar kelihatan lansing dan ramping .. Kihkih

 

Apa yang best sangat entah kau ber-blog ?

 

Kedengaran la suara suara sumbang mambang tapi bukan daripada mambang tanah akan tetapi daripada suara suara yang hidup di atas muka bumi dan berpijak di atas tanah.. Secara serius dan dengan lantang suara tegas mengatakan bahawasanya sebelum berblogging itu la yang pernah lahir di hati suci murni sesuci minyak sapi ini tanpa ada sedikit pon taik gigi di celahan hati..

 

Mula mula buat blog

Kalau nak di ceritakan masa masa dulu berblogging memang sangat naif lagi daif,sambil kemam cekelat Daim kat celahan lidah hupdate blog cerita pasal apa yang di buat seharian , hupload segala jenis gambar berjuta limau ais , cerita selagi boleh nak cerita sampai lemah jemari kurus meruncing ini ..

Dah settle membebel sakan seorang diri,log out dan sibuk lagi dengan mukabuku pada dan ketika itu..Kemain seronok lagi berbalas komen sampai tak hengat dunia.. Blog ? Alaa,tadi dah hupdate dah , esok lusa lusi lusuh pulak baru hupdate laaa.. Kecoh la .. =..=”

 

Mula tertarik untuk menjengah ke blog blog yang di follow

Pada zaman dahulu kala katop,blog yang MTT gemar follow adalah tutorial blog, yela baru nak mula menapakkan diri harus la memfollow blog blog yang mempunyai pelbagai jenis ajaran yang tidak sesat lagi menyesatkan yer tak ?

Daripada situ la dengan rasa rakusnya MTT memasang segala jenis widget yang ada pada abad ini dengan niat nak mencantikkan blog..Masa tu tak fikir hape dah.. Blog berat ? Alaa ada tak ada widget sama jer beratnya kankankan ? Pasang selagi termampu nak sumbatkan segala jenis widget,sambil ruangan sidebar di penuhi gambar gambar feberet ..

 

Mula tertarik dengan istilah blogwalking

Tu la MTT , orang ada blog sibuk juga nak berblog , pasang segala jenis shoutbox .. “Saya BW sini” Ape kebendanya pulak BW ni ? BMW ker ? A&W ker ? Grrr ! Segera cari kenalan yang dah sememangnya aktif berblog pada masa dan kertika itu,antara orang orang terawal yang MTT mengkucar kacirkan hidup mereka Cik Senah , Aerol Hafiezi ..

Pada masa dan ketika itu memang tidak tenteram dan tidak aman permai la hidup mereka berdua dek kerana di ganggu oleh pendatang baru seperti MTT ni.. Tapi memang tabik dorang sebab tak ada pon rasa nak marah ker hape ker, mana yang dorang taw dorang jawab dengan tulus mulus ikhlas.. Terima kasih korang ..

 

Mula perasan yang komen satu daya tarikan untuk menghulur salam perkenalan

Masa mula berblog dulu, dunia haku dunia haku,blog kau blog kau la “ .. Maleh la haku nak baca blog orang lain,sampai terdetik dalam hati , Err bosannya .. Haku hupdate haku baca pulak .. “ Mula la merajinkan diri dengan berblogwalking ke semua blog blog yang di follow, yang tak follow pon singgah baca dan tinggalkan komen pantun duatigapat kerat bagi menghulurkan salam perkenalan ..

 

Group The Faceblog (The Faceblog)

Mula perasan rupa rupanya ada platform perantaran yang lain yang membolehkan para blogger beramah tamah mesra sesama mereka .. Tatkala itu group blogger yang pertama MTT join adalah Ruangan Sembang Faceblog.. Daripada situ la mula dapat menambah follower dan semakin bersemang-gat kembara untuk membebel syok sendiri.. Dalam satu hari memang la sebanyak 164578kali sesaat MTT akan mem-ping url blog sambil meninggalkan pesanan khidmat masyakarat “Tinggalkan link kat sini..Nak follow ni .. “

Tanpa merasa bersalah yang telah menye-pamkan link,perkara yang sama terus di buat berulang kali..Sehingga lah semanggat berblog tu mula naik mengikut peringkat , sekolah ,daerah lalu negeri.. Erkkk !

 

Asyik asyik muka Ben Ashaari jer yang nampak , sape dia ekk ?

Mula bertanya apa functionnya bloglist di setiap blog , pergi mana mana blog mesti ada nampak nama Ben Ashaari , sape dia ekk ? Femes kemain macam biskut fames amos.. Follow dia laa sambil belek belek segala jenis entri yang beliau pernah hupdate , err patot laaa , banyak kongsikan ilmu dan tak lokek berkongsi kejayaan dengan blogger lain rupanya .. Mula meng-joinkan diri secara tak malu join group Kelab Blogger .. Pssttt ! mekasih Mista Sifu di atas pelantikan menjadi admin group tersebut semalam.. =..=

Segmen ? Apa pulak segmen bagai ni ? Yang MTT tahu masa dan ketika itu,cuba buat contest dan cuba meng-joinkan diri dengan beberapa contest.. Tapi tak pernah menang pon.. Hikhik Takots la kalau nak join segmen ni, blog dorang semua femes amasto , blog ni masa tu ibarat hidup segan mati tak mahu ..

 

Mula bersemang-gat untuk terus berblog

Kalau orang kata “Alaa blog kau orang kenal pon sebab munasabah Ben Ashaari jer..” .. Yups,tanpa segan dan pilu MTT mengakui bahawasanya MTT mula mendapat kenalan daripada seluruh pelusuk dan celahan dunia adalah daripada menyertai segala jenis segmen yang Ben Ashaari buat..Kalau tak ? Macam semua sebab di atas jela blog ni.. Hupdate,log out , dah siap sambung berfacebooking sambil tersembol jembol pulak bijik mata..

Bila mula mendapat kenalan dan meng-joinkan diri di pelbagai jenis group blogger yang ada di mukabuku,mula merasakan ada satu kelainan antara berblog dengan dunia sendiri sahaja dan berblog bersama blogger yang lain..Boleh bertukar tukar pendapat tapi tak la sampai buat ketupat..Sampaikan terkadang keluarga MTT panggil MTT internet bergerak,segala jenis info dan berita semasa yang berlaku di sekeliling satu persatu MTT boleh perjelaskan dekat dorang.. Kureng asam jerok mangga panggil internet bergerak.. =..=”

 

Kesimpulan yang ingin di sampaikan

1) Berblog ni ada banyak kategori,ada yang sekadar nak buat macam diari dan mencatat segala jenis aktiviti harian kemudian log out,ada yang mencatat segala jenis aktiviti harian akan tetapi dalam pada masa yang sama ingin menyampaikan sesuatu mesej dalam setiap entrinya..

2) Bagi MTT kalau tiada yang baru tak akan adanya la yang lama,kalau yang baru tu ada salah dan silap di dalam setiap perlakuan dan tindak tanduk tenduk,haruslah yang lebih berpengalaman menunjuk dan mengembalikan mereka ke jalan yang benar lagi tanpa di ragui..Tegur biar lah kena pada gayanya dan jangan la memperlekeh ataupon memperkotak katekkan mereka mereka ini..

3) Sebelum kita berdiri di tempat yang kita berdiri sekarang kita juga pernah melalui detik detik cepuk cemas dengan terkongtang kanteng seorang diri mencari sesuatu yang kita nak buat dan boleh di banggakan suatu hari nanti

 

 

Nota kecik : Berblog bukan nak mencari publisiti public phone akan tetapi ketahui pabila kepuasan diri dah tercapai adalah sesuatu pencapaian yang membolehkan kita tersenyum .. Smile

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata .. ^^

22 Orang balas bebelan:

fRaMe+LenSeS said... [MTT reply to this comment]

siapapun kita, jgn lupa tanah. ;) kan?

Gen2Merah said... [MTT reply to this comment]

hehehe.. teringat plak saya mula2 blog dulu.. macam tu juga lah yang saya buat. alhamdulillah, sejak BW ni, macam2 kawan blogger dah saya temui..

anyway, blog tetap menjadi identiti kita bila dah berusia nanti.. nnti dah tua mesti tersenyum sipu baca blog kita masa dulu2 ni kan.. ehehe

~Queen Q~ said... [MTT reply to this comment]

Kudos MTT!

Lavender Lassie Roses said... [MTT reply to this comment]

huhu.. Cik Senah?? cam kenal jer.. hehehe~ dlu pun rajin BW blog tu... cam sronok gitu last2 mengaktifkan blog sendiri dan rajin blog walking kat tempat laen juge sejak 2 menjak ne... :)

y u y u Z u l a i k h a said... [MTT reply to this comment]

hehehehe. banyak idea MTT pagi2 ni :)

Razis said... [MTT reply to this comment]

setuju dengan last note. mmg nak terjuling bijik mata baca..hehehe.

Semoga MTT terus sukses dlm berblogging yer... dan boleh jadi se-level dgn mista sifu MTT tu...

Fad said... [MTT reply to this comment]

ye la MTT...jgn kutuk dak2 baru...sbb dulu cf pun penah camtu..skrg masih br lg..tp dah lepas lalui zaman2 cenggitu..huhu

sYafIk-wAy said... [MTT reply to this comment]

dunia blogging ini luas . seluasnya . hehehe

AIEN NOT ALIEN said... [MTT reply to this comment]

happy blogging... dunia tanpa sempadan, blog jadi peneman...hehe

mas saari said... [MTT reply to this comment]

berblog utk kepuasan!
dan yg paling best dpt kenal ramai kawan2 yg best..

dylla abas said... [MTT reply to this comment]

create blog ni dh lama, dr tahun lepas lg.tap sebulan dua ni je baru nak aktif.rupa2nya seronok la berBLOG.walaupun dulu2 fikir buat blog ni untuk diri sendiri je.cerita karut-marut diri sendiri yg baca.tapi dah lama2 baru tahu seronoknya rasa dapat share cerita dgn BLOGgers lain dan dapat baca cerita diorang jugak.thanks MTT.entri ni mmg best dan sy akan jadikan basic utk terus berBLOGging..!!

Lydia Miza(Aidyl Azim) said... [MTT reply to this comment]

salam laily..

akak berblog suka2 je nak lepaskan apa yg terbuka di dada masa tu dulu.suka nak share dgn org pengalaman .tp tak sangka dpt rakan yg baik dan seronok berblog skrg ni.

aimie amalina said... [MTT reply to this comment]

weeeee
betol!
dari hati untuk semua
hnya pembace suke htilah nak menilai cam ne
yg pentg niat kite berbelog utk apa =_=

kaizen said... [MTT reply to this comment]

entry ni terbaik.. xde bias... kalo la sume blogger camni kn bagus...

latest entry Apa Yang BLOGGER PERLU ADA?? [PART 2] & Urban : Camera Paling CANGGIH

kiz said... [MTT reply to this comment]

suka ayat yang kat notakecik tu...terbaik

syira said... [MTT reply to this comment]

best entry nie.. kisah dari mula berblog samapi dah jadi senior..love love.. :)

dilladoodledat said... [MTT reply to this comment]

blog is about being written , not read . :)

Niena Pengembara Ilahi said... [MTT reply to this comment]

waaa lama xdtg sini.. sihat ke? selamat menyambut bulan Ramadhan!!

tia @ Ini Kisah Tia said... [MTT reply to this comment]

semua mula dari bawah kan MTT :D

Terbelog said... [MTT reply to this comment]

cpt2 terjah
tajuk entri berbelog
igt ade backlink terbelog kah kah kah

tahniah yer jd admin..
power tu..toink..toink..
internet bergerak :)

A retarded kitty said... [MTT reply to this comment]

ka-ching ka-ching

headayahchul :) said... [MTT reply to this comment]

sejak saye BW,,makin bertambah kwn-2 :D

È