Bebelan Terbaru BeloG MTT

Wednesday, August 3, 2011

Haaaaaaaaa kantoi , pakcik polis tu tak puasa (!)

Assalammualaikum..

 

Sebelum memulakan operasi membebel sakan sampai panjang berjela , MTT nak mengucapkan selamat hari raya aidilfitri .. Erkk? Tak tak terima kasih kepada para lalink sekalian yang tak putus putus memberikan semangat dan dorongan untuk MTT terus mara ke pusingan akhir dalam pertandingan angkat berat serta tenggelamkan kepala ke dalam kolah air.. Hikhik

Tak tak ingin di nyatakan terima kasih yang memberikan semangat tentang isu penyerangan daripada seseorang yakni hamba Allah.. Terima kasih sekali lagi.. MTT anggap tu semua satu permainan yang ‘dia’ cipta..Bila sampai masa dan ketika maka akan tersembol dan terjojol lah perkataan ‘GAME OVER’..Tapi kesian pada yang tak bersalah,terasa diri menjadi punca..Maafkan MTT yer J-Lo Malaysia .. =..=’

Tak bersedih tak bermaksud MTT suka dengan kemunculan hamba Allah tersebut.. Oleh kerana dan sebab munasabah MTT dah di didik sejak daripada azali tidak menjadi seorang yang lemah semangat dan gentar dengan segala ujian hidup maka dengan itu la MTT sekali lagi menyemakkan dunia blogging dan menghadapi setiap apa yang berlaku dengan hati yang terbuka ..

 

“ Susah untuk memuaskan hati sendiri apetah lagi untuk memuaskan hati orang lain.. Manusia yang tidak berpuas hati memang bersepah “

Sebab munasabah terlalu leka dan asyik melayani perasaan yang tak berapa nak menglipur lara semalaman sampaikan terlupa MTT nak share kan tentang betapa ‘kemaluan’ itu tidak di ambil kisah oleh seseorang di bulan Ramadhan yang mulai ini..

Al kisahnya bermula di pagi hari,kesibukan kota memang tak dapat lagi nak di nafikan oleh Hanafi, pepagi buta yang indah Cik Cousin punya perot tersayang dah mula meragam sakan ..Meronta ronta meminta agar mencari petrol pam untuk melabuhkan tirai ..

Berhenti la MTT di sebuah petrol pam,Cik Cousin masuk ke dalam rumah idaman perot tersayang dia yang dari tadi dok meronta ronta tu..MTT masuk ke dalam untuk membeli sebuku roti buat bekalan di kala katop perot meragam.. Bukan , beli topup dan sebenarnya ya..Tiada yang benar melainkan yang benar belaka..

Masa nak keluar daripada stesen minyak tu terselisih la dengan seorang anggota badan beruniform..Segak pakcik tu,misai dia dah macam A.Galak,galak kemain mencanak ke atas.. Hikhik Okay,dah settle kan apa yang patot MTT menuju masuk ke dalam motokar,pakcik polis tadi dok lagi kat dalam tu..Lama juga la..Meng-cover line agaknya.. =..=’

Tiba la masa yang di tunggu akan kemunculan pakcik polis itu tadi, dia keluar dengan sepucuk roti cekelat bersama dengan peluru air kotak soya ! Kemain lagi pakcik ni ponteng puasa yer..

Fikir yang positif, dia belikan untuk rakan sekerja dia yang cuti puasa kot kankankan?

Pakcik polis tu menuju ke motosikal yang di naikinya dan memasukkan air kotak tadi ke dalam bakul motor tersebut.. Aikk ? Roti tak masukkan sekali ker ?? Dengan kadar perlahan lagi berhati hati di toleh ke kiri dan ke kanan, roti tadi di buka dengan hati yang tenang dan di pegang di tangan kiri menuju keluar dari situ .. Tengok kat simpang ,

“Ngapppppppp ! “ di suapkan ke dalam mulut beliau… Haaaaaa ! Kantoi tak puasa.. Aiseymannn tak kacak la pakcik polis tu tak puasa makan depan khalayak ramai..Buat tontonan umum untuk semua lapisan masyakarat pulak .. =..=’

 

Nota kecik : Tak ada sifat serta kesedaran kemaluan langsung .. Hakktuiii ! =..=’

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata .. ^^

40 Orang balas bebelan:

Cik Purple Pinkypuff said... [MTT reply to this comment]

hahahahaha.. pe la pak polisi tuh.. klu kte org kantoi kna tgkp polis, klu polis kantoi sape nak tgkp??? muahahahaha..:D

Alya Esprézzo said... [MTT reply to this comment]

itulah..bila takde kesedaran diri, kalau polis sendiri pun dah tak puasa..mcm mana laaaaaaaa dorg boleh nak buat serbuan dkt org lain yg tak puasa?

lebih baik buat serbuan dkt anggota polis tu terlebih dahulu ye tak? alahaii pacik..

kamal "Özil" haziq said... [MTT reply to this comment]

eh sial lha.. tuih... HAHAHA

Asyieq-iN Rkey said... [MTT reply to this comment]

hhaha..hampeh pnye pakcik polis..ke muke die je mcm melayu MTT..kot bukan islam ke mane tauuu..hahhaha...

positip!

sakurasue said... [MTT reply to this comment]

haha apela pakcik polis tuh. xde kesedaran sivik tol.haha

mas saari said... [MTT reply to this comment]

kureng asem punya pakcik polis! memang muka tak malulah...

birumuda91 said... [MTT reply to this comment]

hahahaha..kantoi terus..xpndai cover line la pakcik tu..muahahaha

Pure Mahabbah Fillah said... [MTT reply to this comment]

assalam...

hihihi mmg x gna pak cik polis 2...

erm...polis x bertamadun mcm 2 lh..

erm22

GreenAppleKu.com said... [MTT reply to this comment]

terjah sini semula, jom kita tukar link, you masukkan blog i dlm blog u, i pun buat menda yg sama. sama2 kita happy. hehe.

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Cik Purple Pinkypuff : Ingat nak tolong tangkap tapi sebab dah lambat tak sempat la.. Haha ^^

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Alya Esprézzo : Haha tu yang musykil tu sayangg.. =..='

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@kamal "Özil" haziq : Kena sampuk KL Gangster la nie.. Haha

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Asyieq-iN Rkey : Haipp mula fikir gitu jugak.. Tapi kankankan,kalau dia bukan Melayu kenapa nak cover line cemerlang sangat.. Hikhik :)

GreenAppleKu.com said... [MTT reply to this comment]

me to with smile...

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@sakurasue : Nak kena setongkol tuh.. =..='

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@mas saari : Haha Tu la Kak Mas..

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@birumuda91 : Kurang cemerlanggg.. =..='

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Pure Mahabbah Fillah : Wasalam.. Dia gastrik kot.. =)

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@GreenAppleKu.com : I have DONE =)

Tholeha Mustapa said... [MTT reply to this comment]

dia mesti lupa baca niat puasa tu hahaha :D

aiman said... [MTT reply to this comment]

eheh.. ape la pakcik polis.. tangkap2..

Luqeem™ said... [MTT reply to this comment]

kantoi biar beradab..hehe

imnabila said... [MTT reply to this comment]

hahhaa.. ntah ape2 pakcik polis tu.. buat malu jer kantoi x pose.. sgt brani mkn dikhalayak ramai.. hadoii ~

[sutera kasih] said... [MTT reply to this comment]

pakcik tu uzur kot huhu memalukann sungguh..

˩α∂ʏвιя∂ℓʋʌѲиɛ ακα ΔиɢɛℓιЯα ʝѲℓιɛ said... [MTT reply to this comment]

hampeh je..dah la polis makan lagi secara terang²an..

Rai said... [MTT reply to this comment]

patut panggil van mayat angkut dia ngan roti2 nya sekali.. merosakkan imej polis je..

muhamadsufian89 said... [MTT reply to this comment]

polis ibarat idola kepada masyarakat. kalau polis pun tak tonjolkan sikap yg baik sape lagi la yg layak utk jadikan idola. hmmm.

Gen2Merah said... [MTT reply to this comment]

hakhak hak... lucu betul jalan cerita ni.. kes ngap seorang polis yang ponteng puasa.. bikin malu tul lah kan.. ehehe

MTT---> macam mana you buat header kat atas tu bergerak2 ye.. kreatif laa...

Rtp Farra Arisha said... [MTT reply to this comment]

how could it happened. ya ampun....

Gen2Merah said... [MTT reply to this comment]

oh, header tu tempah kat blogger lain rupanya.. cantik dan unik header ni.. gerak2 gitu.. ehehe

anyway, thanx follow my blog.. saya pun dah lama folow blog MTT ni.. cuma salu jadi silent reader ja kat sini.. maklumlah MTT blog femes.. segan2 siket nak tegur.. ehehehe

salam ramadhan..

Gen2Merah said... [MTT reply to this comment]

oh, header tu tempah kat blogger lain rupanya.. cantik dan unik header ni.. gerak2 gitu.. ehehe

anyway, thanx follow my blog.. saya pun dah lama folow blog MTT ni.. cuma salu jadi silent reader ja kat sini.. maklumlah MTT blog femes.. segan2 siket nak tegur.. ehehehe

salam ramadhan..

Gen2Merah said... [MTT reply to this comment]

owh, rupanya header ni tempah kat blogger lain. bayar ke? memang cantik dan kreatif.. (",)

anyway thanx ya follow blog saya.. saya pun dah lama follow blog MTT ni, cuma salu jadi silent reader ja kat sini.. maklumlah blogger femes.. segan2 nak tegur.. ekeke..

salam ukhuwah ya MTT

Fad said... [MTT reply to this comment]

adeh..hahaha...mesti kelakar je tgk..pakcik plak tu..xde kesedaran sivik lgsg la..huhu

Amy Syaquena said... [MTT reply to this comment]

apa dah ni memang jenis x tau malu nie , kurang asam poodeh betul la..

NK said... [MTT reply to this comment]

HAHAHHAHAHAHAHHAHA


amboi, bukan main lagi pakcik polis ye.. ish3, tak tua pun macam tu jugak.


tapi kalau ade video lagi best ni, masuk youtube, konfem esok keluar berita utama TV3, haha

Abang Stalker said... [MTT reply to this comment]

think +ve MTT,myb pkcik tu gastrik. :) nk tgu mkn kt rmh xtahan.ok la lg nk mkn cover line tgk kiri knn.

ada yg x hormat public,x toleh2 pun minum cm x bersalah je. =='

SoLy SoLicious said... [MTT reply to this comment]

aihh...kena saman pakcik tu...awat MTT xtgkap gmbr ka, hantar paper..baru ha terpampang kt muka depan polis xpose...hahaha

Syazwan Che Deraman said... [MTT reply to this comment]

hahahhaha..
kenapa la ada polis macam nie..macam mana nak jaga masyarakat?..

MTT sound je polis tu..biar terkejut beruk dia tu..kurang asam punya polis..

selamat berpuasa.
have a good day :)

Isteri Encek Bard said... [MTT reply to this comment]

pakcik tu luper kot.. hehhehehheh

SweetLikeWhat said... [MTT reply to this comment]

ish tak nalu ke orang tengok..

È