BEG KURSUS/SEMINAR/GALAS

Bebelan Terbaru BeloG MTT

Monday, August 22, 2011

MERDEKA pada nama tapi kita masih DIJAJAH (!)

Assalammualaikum ..

 

Pemberitahuan : Entri ini tidak panjang berjela ataupon berunsur perkauman.. Ohhhh ! Gosip laju jer nak menelaah yer, bab patriotik jangan memalaskan diri ya..

 

MerdekaRaya !!

merdeka

Haihh sibuk benor dengan entri sakan nak beraya dan cuba mengembalikan tenaga setelah seharian berpuasa.. Macam la kerja angkat tong gas berat berat sampaikan terjelepot sehinggakan melukut di tepian ladang gandum..

Tak kurang lagi 7 hari kita semua akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.. Err tak,tak cukup dah entri pasal raya ..Tahun ni kita merayakan 2 hari kebesaran yang bermakna yakni Hari Raya Aidilfitri dan juga Hari Kemerdekaan negara terchenta..

Ramai yang mengaku hidup dalam kemerdekaan, dan yang pastinya sememangnya ramai yang boleh memberitahu dengan dengan rasa bangga dan berbesar gedabak hatinya tentang erti kemerdekaan..

 

 

MERDEKA ? Bebas daripada penjajahan fizikal dan mental

MERDEKA ? Negara bebas daripada jajahan

MERDEKA ? Negara bebas dari peperangan

 

 

Kalau sebut pasal merdeka ataupon laungan kemerdekaan semestinya budak seawal umur enam tahun pon dah mampu melaungkan MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA ! dengan penuh semangat kembara ngalah kan myvi baru lagi best lagi lagi best tuh !

Tapi dan sebenar dan sebenar benarnya ada juga para manusia yang menetap di atas planet bumi dan celahan pelusuk yang di berikan nama Malaysia masih tak terlepas daripada jajahan pemikiran..

 

Euwwww ~ Berniaga kat bazaar Ramadhan ?

Euwwww ~ Meniaga kat kedai makan ?

Euwwww ~ Duduk flat jer ?

Euwwww ~ Duduk rumah setinggan jer ?

Euwwww ~ Baju you tak branded lolz ..

Euwwww ~ Baju pasar malam jer you pakai ?

 

Ramai yang mengaku hidup dalam negara yang dah mencapai kemerdekaan, bebas daripada segala jenis jajahan sekali gus turut merasakan bahawasanya sekalian organ badan dah pun bersatupadu menyatakan yang tuan punya badan dah benar benar merdeka..Merdeka daripada segala jenis aspek la kononnya..

 

Tapiiii tapiiii tapiiiii , Dalam sedar tak sedar masih ada lagi yang pemikiran di jajah ?

 

Why are the McDonalds outlet playing the Muslim chant during the dinner time in the restaurant ? Can I request Buddhism chant on Wesak Day ? ( LINK )

 

Sebab munasabah itu lah MTT katakan bahawasanya kotak pemikiran makhluk yang menetap di atas muka bumi yang di beri nama Malaysia ni masih ada lagi yang di jajah.. Mungkin kemerdekaan yang di kecapi Malaysia pada hari ni masih tak dapat nak di hargai dan di rasai..

Yela,lahir ke atas muka bumi ni negara dah pon merdeka..Tak yah dah nak senseng seluar kaki sampai paras lutut,tak yah dah sensengkan lengan baju sampai siku nak berhempas pulas dapatkan sesuap nasi .. Tu pon yang dapat di jamah pon ubi kayu jer untuk meneruskan kehidupan..

 

Tapiiii tapiiii tapiiiii , zaman sekarang ni dah tak payah dah nak bersusah payah macam sebelum ni ..

 

Lapar ? Fast food ada,call jer .. Tak sampai setengah jam dah dapat memboroikan perot dengan kadar segera kankankan? =..=”

Yela,kita ni manusia yang hidup dalam zaman yang serba moden kan,nak apa semuanya ada,tak payah dah nak bersusah payah..Apa saja semuanya dah tersedia dan tersergam indah depan mata..Sebab munasabah itu lah agaknya masih ada yang pemikirannya di jajah..

Secara langsung mahupon tak langsung , perkara perkara begini hanya mendatangkan kemudaratan.. Orang nak hidup dalam negara yang aman,damai tapi ada juga yang masih  nak wujudkan konspirasi agar tercetusnya perbalahan sesama kita..

Pandai cakap , “ kita 1 Malaysia maaa .. “

Akan tetapi sebenarnya pemikiran kita ni masih lagi di selubungi misteri nusantara..Ehh tak tak di selubungi dengan pemikiran seperti orang orang yang tak sayangkan negara,yang tak chenta kan kedamaian malah sukakan perpecahan .. Wallahhualam..

Selamat menyambut hari kemerdekaan negara yang ke – 54 , semoga negara kita akan terus menerus aman serta damai lagi permai tanpa adanya perbalahan di antara penduduk di Malaysia yang berlainan etnik mahupon kepercayaan agama..

Kita semua serumpun,berpijak di atas negara yang sama,jadikan lah apa yang berlaku di negara luar sebagai iktibar dan renungan untuk kita terus mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara..

 

 

Nota kecik : Sepatotnya bersyukur hidup dalam negara yang aman dan tak ada perpecahan..

Nota kecikkkk : Makan minum semuanya cukup sampaikan ada yang terlebih,macam mana pulak kalau kita berada kat tempat mereka ni ? (LINK)

Masa tu baru nak menghargai keamanan dan persefahaman yang pernah di kecapi dah terlambat (!)

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata .. ^^

29 Orang balas bebelan:

Cik Bell said... [MTT reply to this comment]

slogan je yg jalan..praktisnya tak pun.kita merdeka dari segi takde peperangan dlm negara.Tapi setuju..yg minda dan pemikiran kita tnpa kita sedar dijajah. :)

kaizen said... [MTT reply to this comment]

agree! akal fikiran kite still dijajah & itulah punca kenapa kite still x maju2 walaupun negara ni dok canang sbg negara membangun...

akmalhilmi said... [MTT reply to this comment]

negara maju tapi otak segelintir rakyat tak maju

n aku rasa kita nieh masih dijajah dgn gejala sosial dari ngra asing
ramai yg leka
menumpang hanya kerana nama MERDEKA

Mr.Baiz said... [MTT reply to this comment]

MEMANG..PEMIKIRAN KITA MASIH DIJAJAH..SAYA SETUJU..

mas saari said... [MTT reply to this comment]

sesetengah orang tu merdeka pada nama je... tapi pemikiran masih sempit dan dijajah!

Niena Pengembara Ilahi said... [MTT reply to this comment]

org yahudi gunakan agenda lain utk menjajah kte.. tpi msih rmai yg tak sedar tu

Pembawa_Wacana said... [MTT reply to this comment]

Hanya mereka yang tersedar saje yang tau apa yang dah terjadi di bumi Malaysia nie.... Merdeka ke kita? Merdeka hanya pada dalam dokumen sahaja..... Yang sebenarnya.... :)

Amy Syaquena said... [MTT reply to this comment]

amy setuju dengan entri awak nie , betul tue walaupun negara kita tidak lagi di jajah tapi pemikiran kita masih lagi di jajah..setuju sangatttt.. dear entri ni memang x de tittle ke..

Amy Syaquena said... [MTT reply to this comment]

ye la dear kena view hold baru ada , kenapa erk..dah try check dekat setting ke , blog amy pulak masalah kat bloglist..yang terbaru masukkan x keluar x tau kenapa..

Amy Syaquena said... [MTT reply to this comment]

ok'ok x pe amy try tengok2 dulu nanti kalau dah tau punca amy oyak deh

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Cik Bell : Yelaaa,semuanya nak pertikaikan susah la.. =..="

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@kaizen : Sebab kita masih berfikiran sempit & semput..Hehe =D

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@akmalhilmi : Yups sebab terlalu ikut negara luar sampaikan terlupa pemikiran turut dijajah =..="

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Mr.Baiz : Tapi ramai yang tak sedar ..

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@mas saari : Sempit ! Semput nak mikirnya.. Hehe :D

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Niena Pengembara Ilahi : Yela kak MTT setuju tu ..

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Pembawa_Wacana : Yela hanya pada nama tapi hati dan pemikiran tak seiringan.. =..="

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Amy Syaquena : Hmm, sampai bila nak betul betul merdeka ekk ? Hehe

Psstttt ! Memang akan begitu kalau tak view whole page,akan jadi blank cam tu jer..Tak tahu nape.. :(

Nur Zulaikha said... [MTT reply to this comment]

sokong!!! pemikiran kita masih lagi dijajah dgn agenda barat...nak ckp,terlampau bnyk sgt..org melayu yg jadi barat pun ade..dijajah la tu kan?? betul MTT?
~just my opinion~

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Nur Zulaikha : Yups !! patotnya bersyukur dah jadi warganegara Malaysia,ini tidakkk..Berbangga lagi ikut budaya Barat.. =..="

Mrs.Yie said... [MTT reply to this comment]

sebenarnya rakyat kat negara kita ni dah memang hidup berpecah belah dek kerana politik..perasan x? :)

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Mrs.Yie : Sangat ketara sis.. =..="

tia @ Ini Kisah Tia said... [MTT reply to this comment]

negara kita masih dijajah . dijajah dengan masalh sosial dari barat ! malah makin menjadi2 ...

Panggil aku Han said... [MTT reply to this comment]

merdeka hnya pada negara tapi isi didalmnya masih banyak lg yg belum merdeka...

Ezad Skytech said... [MTT reply to this comment]

budaya Barat sekarang ni makin menular di Malaysia..yg dok Malaysia ni ponada yang jenis suka mengikut je..kena jajah..huuhh~

mr.dinie said... [MTT reply to this comment]

smngat je lebih tp sstengah 2 x pham mksud merdeka..

msredcheesecake said... [MTT reply to this comment]

penjajahan pemikiran dan emosi paling bahaya.org kita tau tapi tak berusaha untuk mengelak...kenapa gaknya?

Saiazuan said... [MTT reply to this comment]

sejarah mungkin berulang..

Marina said... [MTT reply to this comment]

diorang hanya laungkan di mulut je tapi tak tau makna sebenar kemerdekaan itu sendiri.

È