BEG KURSUS/SEMINAR/GALAS

Bebelan Terbaru BeloG MTT

Tuesday, August 16, 2011

Raya OH! Raya (!)

Assalammualaikum ..

 

Selamat pagi para para lalink yang shomel lagi macho dan hebak hebak di abad dan alam semesta ini..Alhamdulillah hari ni dah masuk Ramadhan yang ke 16 , ada tak yang mengkantoikan diri dengan tidak berpuasa dengan secara sengaja mahupon tak sengaja ? Silakan angkat kening ngalahkan Ziana Zain .. Heeee~

Insya’allah dalam 2 minggu lagi kita semua akan dapat beraya sakan bersama sanak saudara serta keluarga tersayang.. Memang terasa dalam hati ni tak sabar kemain nak balik beraya di kampung,yela setiap tahun kan pasti ada kelainannya..

Dah check dah list persiapan raya pada tahun ni? kalau belum silalah check dengan kadar sesegera mungkin..MTT dah memeningkan kepala sampai terasa nak telan panadol dah petang semalam , tu baru check list belum lagi mengeluarkan apa yang patot.. =..=”

Dalam sibuk nak buat persiapan beraya sakan pada tahun ni jangan sampai TERover bajet pulak yer,nanti lepas raya kena sambung puasa balik.. (Kesederhanaan tu penting) ..

MTT cuba sedaya lebih upaya untuk membuat persiapan dengan kadar 1800km/sesaat oleh kerana lagi 2 minggu raya akan menjelang tiba.. Pagi tadi drive sambil dengar lagu raya terasa bagai nak gila di buatnya,terasa pulak nak patah balik ke rumah packing baju terus menuju ke Peneng.. Nngeee~

Seperti biasa pada tahun 2011 dan tahun tahun akan datang MTT akan terus menerus untuk berpegang pada prinsip mengamalkan kesederhanaan supaya tidak membazir dan tidak terduduk di tepian gantang sampai ibu jari tangan di sumbatkan ke dalam mulut yer..

Cuma mendahulukan keperluan dan segala keinginan hati yang tertanam dalam lobak paling dalam ini sememangnya akan di ketepikan,bukan niat untuk membiarkan ianya melukut di tepian gantang tetapi harus dan wajib untuk mementingkan mana yang perlu berbanding dengan yang tidak perlu..

Pening pulak nak fikir baju raya anak anak .. Erkkk ! Bila masa pula entah beranak.. =..=

 

 

  • Servis kereta (Termasuk tukar tayar yang baru)
  • Baju Raya (Baru tempah sepasang,lagi 2 pasang esok baru nak hantar..Naseb Cik Yah baek hati..Hehe)
  • Kasut Raya (Tak penting)
  • Beg Raya (Tak penting)
  • Tukar duit raya (Jangan mintak alamat nak datang raya pulak taw.. bluerkkkss)
  • Kueh Raya (Kueh tunjuk jer)

 

Pada masa dan ketika ini hanya ini sahaja la yang bermain di benak pemikiran yang seciput ni.. Otak dah jem dah tak taw apa lagi yang perlu di masukkan dalam list persiapan raya.. Ini baru hidup sendiri,yang dah berkeluarga tu mesti lagi pening lalu migrain memikirkan persiapan raya untuk anak anak lagi kankankan?

 

 

 

Nota kecik :  Setiap tahun terasa makin besar komitmen.. Tanggungjawab tetap tanggungjawab yer tak ? Smile

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata..

44 Orang balas bebelan:

Cik Bell said... [MTT reply to this comment]

kuih tunjuk je ke? haha

Panggil aku Han said... [MTT reply to this comment]

kesederhanaan tu yg penting :)

mas saari said... [MTT reply to this comment]

akak pun tak shopping raya lagi! hujung minggu ni barulah nak shopping utk anak2 dan maknya sekalilah! heheheeeee

Isteri Encek Bard said... [MTT reply to this comment]

ieb semalam baru tukar wet raya, pastu berkobar=kobar semangat nak amsukkan lam envelope

YanaMIB said... [MTT reply to this comment]

thn ni insyaAllah x over bajet sbb bajet dipegang oleh hubby..muahaha~ =P

BERT said... [MTT reply to this comment]

mekasehh... lupe dah nak raya kan..list pon tak buat lagi ehhehe

Edy Ramanov said... [MTT reply to this comment]

edy dgn family lum shopping raya lagi. huhuhu. samalah kita MTT, edy pun tahun ni kuih tunjuk seja. hehehe

namaakulynn said... [MTT reply to this comment]

mood raya belum sampai la mtt.hehehe.last min prep pon ok kot. :))

MARIA LIZA said... [MTT reply to this comment]

saya buat kira2 ajer almost 2k gaks perhabih tapi complete dah semua untuk ayah& bonda, adik, anak-anak, suami & diri sendiri..tak dilupakan juga rumah...tapi yg lebihnya untuk diri sendiri sebab husben yg bayar..he..he..he..

Eema Eshya said... [MTT reply to this comment]

Selamat Hari Raya MTT, tak pe tang kuih tu boleh order kat Emma if nak =)

Mr.Baiz said... [MTT reply to this comment]

ai..mr baiz pun tak service kete lagi...baju raye x beli lagi...hukhuk..

Niena Pengembara Ilahi said... [MTT reply to this comment]

haaa.. dh kawin nnti komitmen lgi bnyak.. :)




tu la, bla dgr lagu raya kan, rasa nk balik kampung jer... xsabar2 :D

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Cik Bell : Ha'ah kueh tunjuk jer..Hehe :)

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Panggil aku Han : Kalau belanja berlebihan pon nanti sakit pale jugak..Hehe

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@mas saari : MTT pon tak shopping apa kak..Apa yang perlu jer.. :)

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Edy Ramanov : Tiap tiap tahun kueh tunjuk..Pemalehh nak buat..Hehe :D

Pn. Sheila said... [MTT reply to this comment]

a'aa.. tul tu niena, kena pk tuk 3 family... mak ayah kita, family mertua, fmly sdiri... tanggungjawab sy besar... allhamdulillah Allah bg rezeki, blh tlg apa yang mampu...

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@namaakulynn : Last minit pon okay tapi kalau yang nak beraya kat kampung tu nanti jadi sikit kelam kabut la yunk.. :)

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@MARIA LIZA : Okay la tu kan untuk berapa orang tu kan..Kira akak dah bajek yang terurus la nie.. Hehe

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Eema Eshya : Ohh boleh rder dengan emma ekk ? Okehh2 ..Hehe Selamat hari raya..Duit raya? :D

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Mr.Baiz : Servis satu hal.. Tayar pon dah krek nak kena tukar ni.. =..="

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Niena Pengembara Ilahi : Tu la kan kak.. Patot la parent selalu dahulukan anak anak baru fikir tentang diri dorang.. =..="

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Pn. Sheila : Alhamdulillah Allah tu bagi rezeki kann.. :)

hafiz hafizol said... [MTT reply to this comment]

Nak duit raya!!!

::( ';')جو أمير(';' ):: said... [MTT reply to this comment]

duit raya utk alip tu jgn lupe plak ye mak ngah.. nak kaler merah 5 keping..:p

PinKy MoMMa said... [MTT reply to this comment]

nak datang mnta duit raya kt pakcik man bolehhh? hahahaha

MTT tlg anyamkan utk akak tupat palas hehe

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@hafiz hafizol : Meh datang raya rumah..Tapi yang datang MTT bagi sorang 50 kupang jer..Boleh? Haha :D

~Kirin Selama Perak~ said... [MTT reply to this comment]

hoi !
raya sakan !
nak duit raya !!
:D

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@::( ';')جو أمير(';' ):: : Wahhhh 5 keping kaler merah ? Bankrup la makngahnya kalau gitu.. :d

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@PinKy MoMMa : Boleh bolehhh ! Meh la datang beraya..Hehe

Nak tolong anyamkan boleh jer sis ! Takot sampai ganu nanti penyet semua..Hikhik ^^

pRiNCe said... [MTT reply to this comment]

akhirnya jumpe juga comment box prince kan..hehe..:)..MTT dah ada nak ke ? tak ajak pun kan bila nikah..hukhuk...

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@~Kirin Selama Perak~ : Meh datang raya rumah.. 5 kupang sudi ker nak terima KSP ? Haha

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@pRiNCe : Tu laaa detik cepuk cemas betul mencari tadi..

Anak tekak,anak rambut ada laa.. Hehe ^^

zuwaidah said... [MTT reply to this comment]

kak zu pun kueh raya tunjuk gak, baju lebih pada anak2, yg paling malas sekali nak pack utk balik kg, kekadang pagi nak balik, baru nak packing!!!

Amy Syaquena said... [MTT reply to this comment]

nampaknya samelah kita dear , amy pun semua kuih tunjuk je , x de makna nak buat eh hehehe... bab baju raya lak ini tahun pertama amy x tempah baju raya , semua beli dah siap , kasut dan handbag sama macam awak x penting, duit raya sudah menjadi kemestian..cuma sayangnya x de org nak bagi duit raya kat kita sebab x de baby lagi hehehehe....

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@zuwaidah : Sama laaa..Nak balik beraya memang eksaited tapi kadang kadang tu last minit gak packing baju..Hehe :D

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Amy Syaquena : Utamakan yang mana perlu jer kan?

Takpe Amy,tak ada rezeki lagi,insya'allah nanti..Amin.. :)

aimie amalina said... [MTT reply to this comment]

weeee...
xpela..yg pntg dpt meraikan hari bahagia umat ISlam kan cek MTT =)

Baju Kurung Budak said... [MTT reply to this comment]

Salam.
Sekarang ni kalau nak buat sederhana pun, RM1K tak cukup. dengan minyak lagi naik harga.

kaizen said... [MTT reply to this comment]

sy xnk minx alamat tp sy nk gak minx wet raye... bank in jer... nnt sy bg no akaun eh?? hehehe

Syarafi[skyforce331] said... [MTT reply to this comment]

ya betul kesederhanaan penting...tapii..hehe...

Syazwan Che Deraman said... [MTT reply to this comment]

wan tak beli lagi baju raya.
tahun lepas tak ada baju raya.
tak sempat nak beli.
:(

TeAqArH said... [MTT reply to this comment]

oh...teaqah ak kad raya buleh?? gewdik tak??gewdik x??

Kancil 8349 said... [MTT reply to this comment]

persiapan awal lebih baik kerana membuat kita persediaan dalam perancangan kita balik kampung...yang penting bawa kereta slow...jangan dibuat macam perlumbaan F1...hehehehe

È