Bebelan Terbaru BeloG MTT

Friday, August 5, 2011

Tak main la kad raya , laman bersawang kan ada (!)

 

kadraya

 

Adalah menjadi kebiasaan dan kesemestian bagi para adinda dan kekanda berbalas balas kad raya tatkala raya menjelma..Sambil di selangi dengan kata kata pujangga lagi indah hinggakan boleh melayang layang diri terasa jika membaca..

Tidak kurang juga ada yang boleh memuntahkan darah kaler hijau kebiruan muda yer dek kerana bahasa yang terlalu indah dan sepoi sepoi bersepoi ..

Akan tetapi yer,di zaman yang serba moden dan hebak ini masih ada lagi tak yang merajinkan diri dan meringankan tulang jemari pat kerat untuk menulis sepucuk kad , *sepucuk ?? kepada rakan rakan yang tersayang..

Biasa la kan , sekarang ni semuanya dah semakin advance , jangan katakan kad raya , nak invite ke majlis pertunangan , perkahwinan semuanya guna facebook .. Seakan telah lupus di telan mukabuku segala apa yang pernah kita lakukan pada waktu waktu sebelum ini ..

Dan sebenarnya bak kaya Yuna, pabila kita menerima kad raya ni sebenarnya rasa terharu nak meniteskan air mata cecah ke pipi tu memang lain sangat rasanya .. Yela,kalau dulu selalunya menjadi pereka dalaman rumah yang tak bertauliah tatkala raya datang menjelma..

 

Pesal cite pasal raya pulak ni ? Teruskan membaca sekiranya masih berminat ..

 

  • Bila dapat kad raya di simpan dulu,tak nak bukak dulu,sayang la..
  • Nak kumpul banyak banyak dulu baru bukak
  • Baring atas katil sambil baca dan terkekek kekek sorang sorang diri
  • Proses berbalas balas bermula,sambil pasang lagu raya tulis kad raya
  • Dah siap pos kan dengan hati berbunga bunga
  • Setelah baca segala jenis kad raya mulakan operasi tampal menampal di keliling dinding rumah *konon kreatipp

 

Bila kita cuba nak kembalikan zaman zaman keseronokan berbalas balas ucapan hari raya menerusi kad raya yang shomel shomel dengan pelbagai reka bentuk yang sangat kreatip ada pulak alasan alasan yang munasabah di berikan ;

 

 

  • Alaaa ko tag jela haku kat mukabuku
  • Nak hantar kad raya ? Takpe sms pon boleh
  • Err kad raya , mms jela senang tak yah ko pergi pejabat pos
  • Haa ? Nak bagi kad raya gambar warna warni ? MMS jela tak pon kita 4g

 

Rasa seronok sangat sangat bila teringatkan zaman kegemilangan nostalgia berbalas balas kad ucapan raya ni..Kalau zaman kanak kanak girang gumbira kalau nulis kad raya pantun dua kerat ni mesti tak boleh miss .. Hikhik

 

Pecah kaca pecah gelas ,

Dah baca harap di balas ..

 

Nota kecik : Budaya menghantar kad raya ni dah semakin di lupakan kankankan ? =..=’

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata ^^

38 Orang balas bebelan:

Cik Purple Pinkypuff said... [MTT reply to this comment]

pen merah pen biru.. u marah i luv u..hahaha. cp teringin gak nak kasi member kad raya, tp bila mintak alamt umh, dia suh tag kat fb jer senang..=='

Cik Asma BLuppy said... [MTT reply to this comment]

aah la... da xramai gune kad raya sekarang..
waawaa... rindu lak kat kad raya=(

BERT said... [MTT reply to this comment]

pecah kaca pecah tong
dah baca harap gantong...

ahhaha memmang kenangan masa kecik2 suke hantar kad raya.. dah besar malas plak hehee

d_tieah said... [MTT reply to this comment]

Lama giler dah tak dapat kad raya.. Tahun lepas dapat satu dari sorang blogger.. Rasanya kita blogger ni patut kembalikan balik ek kenangan hantar kad raya.. ye tak??? Hehehe..


Entry Terbaru 1 : Cerita Putus Tunang
Entry Terbaru 2 : Isu Video Iklan Raya dan Ramadhan

Nabila Huda said... [MTT reply to this comment]

ha'a.. dah x ramai yang hantar kad raya. sekarang ni main sms aje..

dylla abas said... [MTT reply to this comment]

yelah dah lama sangat rasanya tak dapat kad raya.meh address..bleh send 1 yg comey..hoho :p

Cik Eka said... [MTT reply to this comment]

MTT.....tau takpe skang sume suke guna medium perantaraan yg lain mcm laman sosial..

tapi eka lebih kepada kad raya.hahaha

eka baru buat pengumuman kat fb sapa nak kad raya sila bagi alamat..

ramai lagi yg minat tu.jap lagi nak mula proses beli kad raya untuk yg dah bagi alamat...
nostlagia yg bahagia...

setiap tahun masih guna kad raya....

Isteri Encek Bard said... [MTT reply to this comment]

DULU ZAMAN SEKOLAH2 BERLUMBA NGAN KENGKAWAN SAPA DAPAT KAD RAYA PLING BANYAK.. HIHIHI SKANG HURMMMM MALAS DAH NAK ANTO.. KOSER STEMPON MAHAL

Pure Mahabbah Fillah said... [MTT reply to this comment]

assalam..

ihihii x kira nk2 kad rya jgk...

stp thun mst da jgk kad rya smp kt umh..ihihii

teringatzmn sekolah dlu..

blh wat juai klu nk...hiihi

byk sgt kad rya dr kwn2...

smp skrg Ruby smpn..ihhii

salam ziarah MTT

abdullah gazali said... [MTT reply to this comment]

pupus dek ditelan mukabuku..haha..
skrang semua nk senang je..

Terbelog said... [MTT reply to this comment]

zaman skrg mmg canggih dan senang
kad raya kat opis je
buat gantung2 hehe

mas saari said... [MTT reply to this comment]

betul tu, zaman sekarang orang dah malas nak antar kad raya!

tapi akak tetap akan antar kad raya tiap2 tahun utk kawan2...

~Queen Q~ said... [MTT reply to this comment]

rindu zaman tu!

pRiNCe said... [MTT reply to this comment]

tringat zaman cinta monyet dulu..hukhuk..:)

kaizen said... [MTT reply to this comment]

err... agak laa kdang2 kesibukkan menghalang niat kite yg nk anta kad2 nih...

aimie amalina said... [MTT reply to this comment]

wuuwuwuw
dah lame x merasakan suasana bg kad reya ni..huhuhu
rindu =(

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Cik Purple Pinkypuff : Haha Tu la masalahnya,baru ingat nak kembalikan nostalgia.. :(

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Cik Asma BLuppy : Budaya yang dah nak lupus .. Hukhuk

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@BERT: Kad raya tu buatkan kita semangat nak rayaaaaaa .. =D

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@d_tieah : Setuju setuju ! =)

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Nabila Huda : Kurang nikmat la kalau sms.. :(

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@dylla abas : Baeknyaa hati nak pos kad raya... Hehe

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Cik Eka : Wahhh Cik Ekaa ! MTT nakkkkkk ! :')

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Isteri Encek Bard : Lepas tu gantung kat ruang tamu.. :)

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Pure Mahabbah Fillah : Rindu zaman kanak kanak gemilang dulu.. :')

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@abdullah gazali : Tu yang kad raya pon maleh nak hantar dah tu..

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Terbelog : Gantung satu wish untuk semua orang ekk? Tak besttt ! =..='

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@mas saari : Rumah MTT jangan lupa taw kak Mas.. Hehehehe =D

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@~Queen Q~ : Yelaaa =(

merahitujambu said... [MTT reply to this comment]

KALAU KAD BIRTHDAY SY GUNA LA.LAU RYA SMS JEE LA.XDE KAD2..TPI SERONOK KAD NI LAGI DR SMS KAN

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@pRiNCe : Ni mesti hantar kad raya yang ada love love love tu kankankan? Haha

Nurhasliza Jeffry said... [MTT reply to this comment]

Setakat tahun lepas, saya dan Mr. Tunang masih lagi main kasi-kasi kad raya. Tu lagi nampak nostalgia. Tapi dengan kengkawan, sume guna mende alah yang canggih manggih jeh. Ehehe.

cik Beskod said... [MTT reply to this comment]

time sekolah2 dulu selalu bgi kad raya kat kawan2 hehe.. wah rindu pulak heehe...

Miss Nadya said... [MTT reply to this comment]

nad masih simpan lagi kad raya yg nad pernah dapat dulu...hehe..zaman dulu penting sangat kad tu kan..hehe..:)

new entry :: Day 01 - A picture of yourself with fifteen facts

Norhisham Nordin said... [MTT reply to this comment]

dah lama sangat rasanya tak dpt kad raya yg kertas nih... org skang pakai digital jek...

Nurul Ain Sakimon said... [MTT reply to this comment]

kad ucapan yg sgt comeyyy...... suka3...

SweetLikeWhat said... [MTT reply to this comment]

memang seronok zaman anta kad raya dulu..tiap-tiap hari tunggu kot2 ade kawan2 anta kad raya..:)

BiNtaNg HaTi said... [MTT reply to this comment]

betul la dah lama tak dpt kad raya...zaman dah berubah semua main di hujung jari jer...sapa nak htr kad raya utk BH tahun ni sila angkat tangan...hehehe

È