Bebelan Terbaru BeloG MTT

Friday, September 9, 2011

Apekah ? Topup handphone kena bayar cukai mulai 15 Sept ?

Assalammualaikum ..

 

Alhamdulillah bernafas sekali lagi di atas muka bumi dunia ini dan telah pon selamat memboncetkan perot kesayangan dengan nasi goreng Cik Nab dengan jayanya..Lama rasanya tak mekentedarah dengan lahapnya di siang buta di kantor..Rindu pula nak kembali ker Ramadhan..

Sedang memandu dengan rakusnya di atas jalan raya sambil mendengar radio kegemaran tak lain dan tak bukan yakni hotfm la der… Tertarik dengan perbualan mereka dengan pendengar yang seakan memprotes tentang ‘kenaikan’ harga bagi pengguna untuk seluruh pelusuk syarikat telekomunikasi yang bakal menjelang tiba pada 15 september 2011 .. Kenaikan bagi pengguna tambah nilai prabayar akan di kenakan caj sebanyak 6% yakni bersamaan 0.60sen bagi setiap tambah nilai..

Dah tiada lagi dah tanjat boboi terus OMG ! apekah ? tambah nilai pon di kenakan caj ? Pabila mereka menghubungi salah seorang daripada pihak Telco.. Kenyataan yang di katakan bahawasanya ‘kenaikan’ itu dan sebenarnya bukan lah kenaikan seperti yang di wawarkan akan tetapi adalah cukai perkhidmatan yang selama ini di tanggung oleh pihak Telco untuk pelanggan sesebuah syarikat telekomunikasi.. Ekkk ?

Hmm, segalanya naik naik naik dan naik lagi ..Alangkah indahnya bahagia serta aman dan permainya dunia terasa jika gaji kita kita dan kalian semua sama naik bersama sama dengan peredaran harga harga barang yang semakin melonjak naik .. =..=”

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

GEMPAR!!! - Top Up Handphone Kena Bayar Cukai Mula 15 Sept

KUALA LUMPUR – Pembelian tambah nilai prabayar dan permulaan prabayar/pek SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus, berkuat kuasa 15 Sept.

Pelanggan prabayar akan dimaklumkan melalui SMS bermula tengah hari ini mengenai cukai perkhidmatan itu, demikian menurut industri syarikat telekomunikasi Malaysia dalam kenyataan bersama di sini hari ini.

Para pelanggan juga boleh merujuk kepada laman web syarikat telekomunikasi masing-masing untuk maklumat atau menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan sekiranya mereka mempunyai pertanyaan lanjut.

Syarikat telekomunikasi itu berkata cukai perkhidmatan merupakan cukai penggunaan dan boleh dikenakan kepada pelanggan sebagaimana yang disediakan dalam perundangan cukai perkhidmatan.

Akta Cukai Perkhidmatan 1975 memerlukan syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan pada kadar tertentu terhadap perkhidmatan telekomunikasi, termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih.

Ini sama seperti cukai perkhidmatan yang dilevi terhadap pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel.

Cukai perkhidmatan terhadap prabayar bukan baru kerana syarikat telekomunikasi telah menyerapnya bagi perkhidmatan prabayar mudah alih sejak pengenalan pada 1998.

Langkah yang diambil adalah bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah alih kekal kompetitif berbanding pasca bayar, memandangkan kadar prabayar tinggi bagi panggilan dan SMS pada permulaan.

Dengan kadar prabayar berkurangan sejak bertahun, ia kini ditawarkan pada kadar yang amat kompetitif.

“Dengan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap perkhidmatan prabayar, seorang pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, dengan
60 sen sebagai cukai perkhidmatan,” kata kenyataan itu. — BERNAMA

 

Sumber : Mynewshub

 

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

 

Nota kecik : Lepas ni para lalink sila gunakan public phone supaya kita dapat membasmi kemelesetan ekonomi poket yang semakin rabak.. =..=”

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata..

 

belog

 

35 Orang balas bebelan:

Mr.Baiz said... [MTT reply to this comment]

hehe..nak naik gaji nak naik gaji, nak naik gaji nak naik gaji..hahaha..semua barang naik..gaji kita bile nak naik?jap nak tye bos..hihi

mas saari said... [MTT reply to this comment]

nak pasang public phone satulah kat luar rumah sebagai tanda protes...hahahahahaaa

d_tieah said... [MTT reply to this comment]

WTFish???????????????????????? Bengong betul lah.. Ape yang tak untungnya Syarikat Telco ek? Padahal hari hari kot orang bli topup.. Gggrrrrrrrrrrrrrr..

Entry Terbaru : Topup Dan Pek Sim Baru Naik Harga

Eema Eshya said... [MTT reply to this comment]

alangkah indah nyer if gaji kita pun tut naik =) kalau macam nie kena pasang public phone laaaa....

Ezad Skytech said... [MTT reply to this comment]

kalau gaji naik sekali takpe la kan...ni barang naik..gaji tak naik2..huhu~

Namee Roslan said... [MTT reply to this comment]

entah ape2 kan ni...suka naaa dengan duit rakyat..

Acik said... [MTT reply to this comment]

itu ler .. terkejut beruk lak! pasni apa lah lagi .... :(

My Name is Mar said... [MTT reply to this comment]

Unlike gilerrrrr...
Tak kisah kalau diorang nak caj cukai tapi 6% tu dah kira tinggi..
Why not start from 1 or 2%..
Percaya atau tidak,..
Akan datang 6 % tu meningkat ke 10%..

Fendy said... [MTT reply to this comment]

sangat la hampeh kan...lepas ni buat syarikat topup sendiri....haha

SoLy SoLicious said... [MTT reply to this comment]

smua pakat nk guna burung merpati lpas ni..haha

MARIA LIZA said... [MTT reply to this comment]

OMG!!! Camne ni semua bende ada tax...Nampak gayanye sebulan sekali aje le top-up phone...

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Mr.Baiz : Ha tu la diaaa kan, g tanya bos.. :D

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@mas saari : Wahh good idea tu kak ! =..="

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@d_tieah : Katanya gov tax tu memang dah ada tapi sebelum ni di tanggung oleh Telco tu sendiri =..="

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Eema Eshya : Tu la kankankan? Gaji bila nak naik melonjak lonjak cm gitu juga kan? :)

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Ezad Skytech : Harga naik gaji dok tang tu jugak mana lah tak ramai yang poket jadi rabak.. =..="

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Namee Roslan : Hmm tu la kan.. Pakai prepaid pon nak kena cukai.. Konon selama ni syarikat telekomunikasi pengguna yang tanggung.. =..="

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Acik: Lepas ni nak masuk tandas pon kena cukai perkhidmatan kot.. =..="

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@My Name is Mar : Haa,setuju..Ini tak,terus menerus 6% .. Tak mustahil few month lagi akan naik mencanak.. =..="

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Fendy : Haha lebih menguntungkan... :D

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@SoLy SoLicious : Tak pon kembalikan zaman nostalgia utus mengutus surat.. Hikhik =..="

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@MARIA LIZA : Haha sebulan sekali jer topup , sekali topup RM100.. Haha :D

alif haris said... [MTT reply to this comment]

demmm .. buang handphone r cmni..

aimaniman said... [MTT reply to this comment]

kesian kita kene bayar orang lain punya .. macam dah menjadi2 plak, harga barang naik.. gaji memang ciput..

aimie amalina said... [MTT reply to this comment]

huuuu
tulah cek MTT
sume nak naik..mangla bagi bonus itu ini
tapi nilah cara nak hamek duet rakyat sikit2 kot..aiyoooo
malaysia ku
kene boh public fon depan umah la cm ni kan...hehehe

CIK PARO! said... [MTT reply to this comment]

Walaupun Rm0.60 tapi kalo dah sepuluh kali topup x ke rm6 jadinye??
aish..

azam said... [MTT reply to this comment]

ingat ye...ini baru permulaan...nanti ada lagi GST untuk belian barangan runcit pulak yang tertangguh dulu

aizamia3 said... [MTT reply to this comment]

bak kata BA..
rasa macam kembali ke zaman dulu.. semua menda nak kena cukai..

Edy Ramanov said... [MTT reply to this comment]

aiyo, apakah semua dah nak kena cukai bagai ni? kompom ramai akan boikot dan memang setuju dgn MTT, pasni berduyun2 agaknya yang akan pakai pondok telefon. =)

A retarded kitty said... [MTT reply to this comment]

nasib baik pakai bil.

kekkee

abu idris said... [MTT reply to this comment]

arrayah.info - Haram Pemerintah Malaysia Mengenakan Cukai Top Up Telefon Pra Bayar

Nur Azila Romli said... [MTT reply to this comment]

semua nk dikenakan tax... makan pn kena tax, gaji pn kena gov.tax, skrg topup pn kena tax jgk.. tapi gaji kita still byk tu jugak...

TOPUP FOR ALL said... [MTT reply to this comment]

Imbangi CUKAI TOPUP 6%.

Sertai KPE TOPUP, dan dapatkan reload dengan harga yang lebih murah! Kami menawarkan diskaun sehingga 12%

Topup Celcom RM10 = RM 9.70 + CUKAI RM 0.60 = RM 10.30 SAHAJA!
Kami serap 3% daripada Cukai dan anda UNTUNG RM0.30!!!!!!

Daftar lah sebagai ahli sekarang, PERCUMA !!!!!

Nur Zulaikha said... [MTT reply to this comment]

duit kertas x de nilai dah..tu pasal sume nak naik je..gune dinar emas lagi selamat....~lalalala

maszull said... [MTT reply to this comment]

salam MTT...masih ramai yg x bersetuju dgn apa yg pihak teleco ni lakukn tapi pm berharap agar dipertimbangkan caj yg akan dikenakn ni...
kalau tak terpaksalah kita turutkn juga caj yg dikenakn itu..:)

È