Bebelan Terbaru BeloG MTT

Friday, September 23, 2011

‘Bismillahhirahmannirrahim’

Assalammualaikum..

Bismillahhirahmannirrahim

“ Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani “

 

 

Alhamdulillah kekeyangan dan perot yang montel ni pabila dapat di sumbatkan dengan Asam Laksa yang sangat super sedapp dan mantopp ! Terasa nak tambah lagi semangkuk tapi terasa malu pula dalam hati yang senonet ni nak menebalkan muka.. Oleh kerana nak cover line harus lah tapau saja nak buat makan di rumah nanti.. toinkkk toinkkk !

Masa kecik kecik , mama selalu pesan sebelum nak makan baca bismillah lepas tu baca doa makan , jangan lupa.. Dan semestinya lah setiap yang makhluk chomel yang menetap atas muka bumi ini dan beragama Islam juga tak terlepas daripada mempraktikkan perkara yang sama setiap kali , setiap hari dan saban hari ..

 

Dan mama selalu pesan setiap kali ,

  • Nak keluar dari rumah jangan lupa baca bismillah
  • Nak buat sesuatu perkara jangan lupa baca bismillah
  • Nak makan jangan lupa bismillah
  • Kalau boleh dalam setiap perkara di mulakan dengan bismillah

 

 

Sudah sedia nyata di dalam hadis menyatakan yang bermaksud ;

" Bahawa sesuatu perbuatan yang baik tanpa dimulai dengan Bismillah maka ia akan terputus dari rahmat Allah s.w.t. "

Dalam satu hadis lain juga dinyatakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda ;


"Tiada seorang hamba yang mengucapkab Bismillah kecuali Allah s.w.t. memerintahkan malaikat yang bertugas mencatat amal manusia untuk mencatat dalam
buku amalannya 400 kebaikan."

 

 

Di antara kebaikan & kebesaran bismillah ;

  • Barang siapa membaca Bismillah dan diikuti dengan lafaz, maka dia akan dihindarkan daripada 70 musibah, kesusahan, penyakit akal dan bebal
  • Sesiapa yang mengamalkan membaca Bismillah sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya dia aman dan bebas daripada syaitan, kecurian. maut yang mengejut dan sebarang bencana.
  • Barang siapa membaca Bismillah ketika hendak bersetubuh (jimak) maka anaknya kelak akan menjadi orang yang cerdas dan terbuka hatinya sehingga anak-anak yang soleh.
  • Jika didapati seseorang yang sedang pensan, maka hendaklah dibacakan Bismillah sebanyak 41 kali pada telinganya, insya-Allah, dia akan sedar dan kembali siuman dengan serta merta
  • Sesiapa yang membaca Bismillah sebanyak 313 kali dan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. sebanyak 100 kali pada hari ahad di saat matahari terbit dengan mengadap kiblat maka Allah s.w.t. akan menganugerahkan rezeki tanpa diduga sama sekali.
  • Seseorang yang membaca Bismillah sebanyak 786 kali lalu ditiupkan pada air sebelum diberi minum kepada seseorang yang bebal selama tujuh hari sebelum matahari terbit, maka akan lenyaplah kebebalannya dan insya-Allah dia akan mudah hafal terhadap apa yang
    didengarnya.
  • Sesiapa yang membaca Bismillah sebanyak 50 kali dihadapan orang zalim atau penguasa yang bengis, maka dia akan segera tunduk atau ketakutan.
  • Barang siapa menulis Bismillah 101 kali lalu diletakkan di sawahnya, maka insya-Allah sawah itu akan menjadi subur dan terjaga daripada sebarang bencana.
  • Barang siapa yang menulis lafaz Bismillah sebanyak 50 kali dengan huruf jawi lalu dibawa dan pergi ke depan orang zalim, maka dia kan terhindar daripada
    sebarang niat jahat itu. Ketika menghadapnya, hendaklah dia membaca Bismillah sebanyak 50 kali pula.

 

 

Betapa besarnya kebesaran mengucapkan bismillah tu tak kira dalam apa jua yang kita nak lakukan ..MTT ada terbaca di satu blog tentang kebaikan bagi mereka yang selalu menyebut bismillah tapi terlupa pulak nak bookmark supaya dapat bersama berkongsi menjulingkan bijik mata sambil mengingatkan kembali apa yang dah pon kita terlupa..

 

Sang semut selalu sangat nak memasuki rongga tekak sampaikan jadi pelupa teramat.. =..=”

 

Sudah menjadi kebiasaan terasa di hati bagi memulakan sesuatu perkara dengan melafazkan bismillah bagi memulakan apa jua perkara yang hendak di lakukan.. Kalau nak pergi merompak silakan jangan mengamalkan membaca bismillah..Ajaran terpesong dah tu.. =..=”

 

 

 

 

Nota kecik : Indahnya Islam kankankan … Smile

 

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata.. ^^

 

Di bebelkan oleh ,

belog

 

 

 



12 Orang balas bebelan:

NeoBalanoCarpus said... [MTT reply to this comment]

info berguna utk di amal..tu juga sbnrnya doa...lazimkan kehidupan dgn doa..

ieyza afieyna said... [MTT reply to this comment]

betul2.. nak mula kn ape2 pun ucp la bismillah sekurang2nye..

Gen2Merah said... [MTT reply to this comment]

Bismillahhirahmannirrahim

“ Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani “.

semga dipermudahkan segala urusan seharian kita. Thanx MTT atas perkngsian bermanfaat ini...

ღ p!nk veLvet ღ said... [MTT reply to this comment]

kdg2 terlupe gaq nak bace Bismillahhirahmannirrahim ni, huhu~

Rozuan Ismail said... [MTT reply to this comment]

alhamdulillah.wan akan doakan MTT

rara pinkmafia said... [MTT reply to this comment]

rara pon skrg ni mmg apa2 pon bismillah dulu.nk start enjin keje pon bismillah.moga terlindung dr apa2 yg tak elok.

Edy Ramanov said... [MTT reply to this comment]

perkongsian yang best. tq MTT. =)

Azzah said... [MTT reply to this comment]

nice info..thanx mtt

mas saari said... [MTT reply to this comment]

memang elok dibaca setiap kali nak memulakan sesuatu!

Saiazuan said... [MTT reply to this comment]

dimulakan dgn bismillah, diakhiri dgn alhamdulillah :)

AIEN NOT ALIEN said... [MTT reply to this comment]

teringat lagu nasyid...

"Dimulakan dengan Bismillah, disudahi dengan Alhamdulillah...begitulah sehari dalam hidup kita, mudah-mudahan dirahmati ALLAH"

Namee Roslan said... [MTT reply to this comment]

:D permulaan yang elok..

È