Bebelan Terbaru BeloG MTT

Friday, September 9, 2011

Bumi ni bulat wahai manusia , tak sedar atau buat tak sedar (?)

 

Hati ni tertanya tanya sampai bilakah mood raya ini akan hilang daripada sanubari berserta jiwa dan raga agar dapat memulakan tugasan seharian seperti sedia kala.. Mood cuti cuti Malaysia masih lagi membelengu benak pemikiran ini ..Yela,setahun sekali menghuru harakan kampung halaman kankankan ?

Sana sini dan merata rata boleh di katakan rakyat Malaysia daripada seluruh pelusuk dan celahan bumi yang menetap di negara bernama Malaysia seakan akan memprotes tentang ‘kenaikan’ ataupon lebih tepat lagi katanya cukai perkhidmatan bagi pengguna tambah nilai prabayar.. Lanjutnya klik dengan kadar segera di sini (LINK) ..

Sehinggakan banyak fan page yang di buat bagi menunjukkan protes terhadap tindakan drastik syarikat syarikat telekomunikasi tersebut.. Wahhhh tak sampai sehari dah ada 17K plus like yakni menunjukkan tanda protes .. Sekiranya kalian ingin meng-joinkan diri dan menyatakan ketidakpuashatian silalah ke sana tanpa rasa segan terngilu) ya .. (LINK)

Dan sebenar benarnya silalah abaikan mukadimah panjang sejengkal di atas tersebut kerana ianya langsung tiada kena mengena dengan apa yang cuba di sampaikan MTT dalam rancangan kita pada hari ini yakni ‘membebel syok sendiri’ .. toinkkk toinkkk !

 

bumi

 

“ Jika dikhianati ,jadilah seperti pohon yg menghadiahkan buahnya walau dibaling batu.
Jika menghadapi kesukaran hidup
, ja
dilah seperti sungai yg terus mengalir walau dihalang benteng.
Jika ditiada yang menghargai , j
adilah seperti awan yg sentiasa memanyungi walau kepanasan di pancar matahari.
Setiap kebaikan pasti berakhir dengan kebaikan.. “

 

Kata orang tua tua buat baik berpada pada buat jahat jangan sekali..Sekali sekala tak apa,boleh di maafkan.. Ehh tak tak, kalau boleh cuba di elakkan dengan kadar berjengkal jengkal ataupon ber-ela ela .. Setiap yang berlaku di atas muka bumi ini mempunyai sebab tertentu dan ada hikmah di sebalik setiap kesusahan dan kesenangan yang kita lalui..Bagi mereka yang berjaya melalui titi gantung tersebut dengan jayanya alhamdulillah..

Tapii,tapiii,tapiii dan tapiiiiiiiii , persoalannya kini adakah menjadi satu trend dan budaya sehat sekalian manusia dari pelusuk muka bumi ini pabila khianat mengkhianati sesama manusia semakin bermaharaja lela majnun ? =..=”

 

Nota kecik : Sesungguhnya sedar lah wahai manusia yang baik pasti di balas dengan kebaikan manakala yang buruknya , silalah ke bilik termenung untuk renung renungkan yer..

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata..

 

belog

15 Orang balas bebelan:

aizamia3 said... [MTT reply to this comment]

kalau protes pun ianya tetap akan dijalankan.. :(

aimie amalina said... [MTT reply to this comment]

huuuuuu
jgn ade PHD dalam hati kan cek MTT
huuu
tu yg jadi cam tu...
aiyaaaakk
makin sakit ulser dgr pasal hal top up ni
huuuu

mas saari said... [MTT reply to this comment]

kita protes pun tak guna sebenarnya..jom pakat pasang public phone je kat depan rumah!

hehehehee...jimat sikit!

Rara Faramyza said... [MTT reply to this comment]

protes sangat pun kalau kerajaan dah kata YA tu memang akan YA jugak. kan kan? huuuu

::budak:: said... [MTT reply to this comment]

ayat tacing ni..hehe..benda dah umum memg berlaku le tu..nk wt cmne kan..

Eddy Dce said... [MTT reply to this comment]

adoii..semua nak naik...apa pon x bleh...kena jimat cermat la lpas ni...haha...

si cantik sally said... [MTT reply to this comment]

haha!!~~nak baling batu bata boleh..euuwhhh..entry sentap ke ni..:P

hatikubaik|mohdhazlan Dreadlock said... [MTT reply to this comment]

trm lah hakikat bahawa kita xkn berada di zaman yang sama ...ia akan berubah ...dan kita kn bersedia atau kita tertinggal...

aku pun sedih semua benda dh naik harga...

appun life must go on ...")

Oshin said... [MTT reply to this comment]

apa nak buat...inilah nasib jadi rakyat jelata yang tiada kepentingan...sentiasa ditindas dan ditindas...huhu

Elih Japahar said... [MTT reply to this comment]

Entahlah..kalau diam mcm kena ketuk! kalau membantah & boikot kata tak fikir positif..mana yg mampu sgt menyara hidup tu kira ok la kenaikan tu tapi bayangkan org yg tiada pendapatan tetap??..terpaksa rela la jawapnya

Namee Roslan said... [MTT reply to this comment]

taktau nk kata apa dah hal ni. :( bersuara pun takde sape nk dengar..

asamasin said... [MTT reply to this comment]

betul2..yg baik dibalas baik..tp kalu xdibalas baik..maka itu adalah ujian.. :D
huhu...folowing u. :D

Diana @ bilakukatacinta said... [MTT reply to this comment]

khianat mengkhianati kerana kita sudah jadi iri pada yang lain...

Wanz Mejuez said... [MTT reply to this comment]

Kalau 6% tu macam banyak sangat!

Kalau aku aku nak depa buat tetapan semula..

3% derma anak yatim malaysia
2% duit syarikat telco
1% Kasi kerajaan..

kalau lah aku ada kuasa... aku ubah semula..

rasanya untung satu pihak walaupun nampak sakit..

entah lah! 6% tu BANYAK KOT..!

maszull said... [MTT reply to this comment]

salam MTT...betul tu seriap apa yg berlaku itu ada hikmah disebaliknya...kitalah yg sepatutnya melalui itu semua dgn hati yg redha dan semoga segalanya dpt kita tebus dgn sempurnakan...:)

È