BEG KURSUS/SEMINAR/GALAS

Bebelan Terbaru BeloG MTT

Saturday, September 10, 2011

Fakta sejarah negara , perlu ker tiba tiba berubah (?)

Assalammualaikum ..

 

Selamat pagi,petang siang dan malam buat kalian atau sesiapa saje yang sedang membaca entri ini pada detik dan ketika ini .. toinkkk toinkkk ! Seperti kebiasaan dan sudah pon menjadi rutin pabila sebaik sahaja celik jer mata di pagi buta harus lah menjengukkan diri di hadapan lappy agar dapat melepaskan kerinduan terhadap blog terchenta setelah semalaman di tinggalkan sepi tak berteman ..

Syiok sehinggakan rasa nak terkiok pabila dapat melabuhkan tirai kelopak mata dan melabuhkan badan yang telah pon letih seharian menunaikan kewajiban sebagai seorang pekerja yang berkhemah.. Cettttt ! Kononnya berkhemah .. Hikhikhik

 

 

Kadang kadang tu terfikir juga dalam benak pemikiran yang senonet ni ,

 

“ Dah cukup bersyukur kah aku dengan keamanan dan kedamaian yang aku kecapi sepanjang hidup di atas muka bumi Malaysia ini ?  “

 

Diri sendiri pon terkadang diam termanggu di tepian gantang hinggakan melukut tersedu sedan di tepian ladang gandum .. Hakkkk tuihhh !

Entah kenapa sejak dua tiga pat menjak ni MTT amat tertarik untuk duduk di hadapan kaca tv tatkala Berita Utama TV3 mula di siarkan ..Terasa makin tertarik nak mengetahui tentang keadaan sekeliling dan terutamanya tentang apa saja yang berlaku di atas muka bumi Malaysia ini..

Tak sudah lagi dengan isu tentang kadar kadar cukai yang telah pon di kenakan oleh kerajaan , (Tapi katanya PM minta syarikat Telco mengkaji semula , wallahualam ) lagi isu mengenai Mat Sabu mengatakan Mat Indera sebagai pejuang sebenar .. =..=”

Terasa terkilan dan agak terkaku maku tatkala ada sesetengah pihak yang cuba mengubah sejarah negara yang sememangnya seperti mana yang kita tahu dan telah pon pelajari di zaman kegemilangan bergelar seorang pelajar..

Terdetik lah di hati dan lobak hati yang paling dalam tak terselam ini , apa yang menarik bila fakta sejarah seolah olah cuba diubah ubah sesetengah pihak ?

 

  • Negara tambah maju ker ? Tak ponnnnnn !
  • Ada kemajuan pada pemikiran rakyat ker ? Tak ponnnnnn !
  • Akan bertambah aman dan permai ker bumi Malaysia ? Tak ponnnnn !
  • Gaji boleh naik ker ? Tak ponnnnnn !
  • Malaysia akan merangkul anugerah perubahan fakta sejarah terhebak ker ? Tak ponnnnn !

 

Hmm , rasanya tak ada satu pon dalam apa yang di nyatakan di atas boleh memberikan apa apa kesan terhadap negara dan rakyat .. Ini bukan lah entri emo atau pon tacing macing dancing tapi adalah apa yang terbuku dalam sanubari hati ini ya para lalink.. toinkkk toinkkk !

Kalau lah negara luar yang selama ini mengangkat dan menjulang Malaysia dengan kepimpinan yang berwibawa dan aman damai apetah lagi semestinya permai tanpa kekacauan seperti di negara mereka , apa agaknya yang akan melintasi benak pemikiran mereka ?

 

  • Alaaaa , 2x5 juga la dengan negara aku ? Boooooooooooooooooo !
  • Akhirnya muncul juga muka muka yang bakal menggelirukan rakyat Malaysia ? Boooooooo !
  • Tu diaaa , dah muncul dah ahli ahli keparat yang bersuara ? Booooooooo !
  • Mana satu fakta sejarah negara mereka yang betul ? Booooooooooo !

 

Dan yang pasti dan sudah sejak azali di ketahui pastinya musuh musuh negara akan bertepuk tampar antara satu sama lain melihat pergolakan dan krisis yang sedang di alami dalam Malaysia ..

Sepatotnya dan seharusnya la menurut sekalian organ dalaman badan setelah bersatu padu dan menyampaikan mesej ke dalam pala hotak ini , sepatotnya bersyukur duduk dan menetap dalam negara yang aman damai permai lagi majmuk .. Teringin ker mereka mereka yang cuba meng-huru harakan negara ini duduk dalam negara yang tidak aman , tembak menembak di sana sini , darah bergelimpangan merata tempat ?

 

 

Nota kecik : Benar kah seperti yang di katakan bahawasanya mereka yang sangat jahat dan kejam ini membuat kejahatan adalah bukan kerana untuk mencapai sesuatu akan tetapi lebih kepada kepuasan membuktikan KEJAHATAN MAMPU BERKUASA ? Wallahualam .. =..=”

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata ..

 

belog

20 Orang balas bebelan:

Salim Harmanain said... [MTT reply to this comment]

ada bakat jadi ahli politik ni heheh .. :D

Fathin Fazila Razali said... [MTT reply to this comment]

sebab kerajaan tak tahu nak buat apa dh. semua benda nak uba, semua tax nak naik, semualah nak jadi baru.. tapi habuk pun ta ada! aduh! yang merananya akyat.. zya tgh tggu kerajaan nak laksanakan rancangan diorang utk pengharaman pelajar sekolah utk pakai tudung.. nk tgk mcm mana reaksi sebenar rrakyat malaysia.. tak tahulah isu ini betul atau tidak.. tapi kalau betul, mcm mana dgn rakyatnya.. gila apa nak bukak tudung... diorang n mmg nak kene jawab kat akhirat nantilah!

Rozuan Ismail said... [MTT reply to this comment]

kita ni terlampau selesa sebab tuh kita lupa.diorang ni nak sekali menderita baru rasa nak perjuangkan negara.cukuplakh dengan keperitan yang dialami nenek moyang kita.

Gen2Merah said... [MTT reply to this comment]

setiap org berbalah dalam politik, asalkan jangan sampai menjual negara kita yang aman damai ini..

Add Remove Block said... [MTT reply to this comment]

saya xpasti apa maksud dan kepada siapa ia ditujukan cuma apa yang pasti pemahaman ahli politik dan pakar sejarah tentang sejarah Malaysia berbeza ...:)

Ismi Azraf said... [MTT reply to this comment]

Kesilapan sebilangan manusia dalam memahami erti SYUKUR. SYUKUR bukanlah bererti diam atas keselesaan makan,tido dan bekerja tetapi SYUKUR adalah memastikan kebahagiaan dan kedamaian atas dasar Islam diteruskan.

Sejarah tidak boleh diubah tetapi manusia mampu menipu fakta sejarah dengan memutarbelitkan fakta di buku2 seperti konon wujud Zaman Batu dan lain2 sedangkan zaman tersebut sebenarnya tidak wujud dan ia cuma analogi dan evolusi pakar pemikir sekular.

Seandai ada perbezaan pendapat berkaitan fakta berkaitan sejarah , setiap pihak perlu berani untuk menyediakan forum penerangan. Kerana manusia yang tertipu dengan sejarah akan mengulagi kembali kesilapan lama.

Mengungkit kesahihan sejarah bukanlah menghuruharakan negara tetapi mematangkan lagi pemikiran masyarakat untuk lebih sayangkan negara.

Maaf kalau comment terlalu panjang.

Wallahua'lam.

Miss Nadya said... [MTT reply to this comment]

semua nak politik..:(

new entry :: Cik Anon Komen Muka Nad ツ

mas saari said... [MTT reply to this comment]

orang macam tu memang tak reti bersyukur! tak sedar ke negara ni aman atas usaha pejuang dulu2..

Namee Roslan said... [MTT reply to this comment]

susah jugak. sebab pendapat lain2. dan demand lain2. ada yang macam ni nak macam tu. tapi tak unite..so susah lah...mat sabu bangang. hehe. macam taktau sejarah. mungkin apa yg dia cakap tu betul tapi pihak lagi satu lebih make sense.

Mr.Baiz said... [MTT reply to this comment]

saya tak suka sejarah.sejarah pun cukup2 makan,.saya pun tak suka politik..huhu..nice entry..

Mr.Baiz said... [MTT reply to this comment]

saya tak suka sejarah.sejarah pun cukup2 makan,.saya pun tak suka politik..huhu..nice entry..

Syazwan Che Deraman said... [MTT reply to this comment]

secara generalnya.
kat malaysia ni ada dua parti politik.
masing masing nak naik.
maka mulalah episode.
kata sana, kata sini,
fitnah sana, fitnah sin.
semua nak bergaduh.

sehinggakan benda melibatkan nyawa pun dikaitkan dengan politik.

adakah besar kemungkinan negara kita akan dijajah kembali?.

mungkin telahpun dijajah dengan pemikiran.

Wanz Mejuez said... [MTT reply to this comment]

di sebab kan kuasa ada pada diri , macam macam boleh terjadi... aku tak paham apa pemikiran depa... nak sangat jadi perdana menteri ke apa... grrr... kalau dah depa perangai macam celaka susah arr nak kasi muka... lebih lebih lah sokongan rakyat....

sebab kuasa di bawah pepaduan rakyat...

sYafIk-wAy said... [MTT reply to this comment]

kalau ubah sejarah negara makna nya sia-sia aku belajar sejarah masa sekolah hari tuh . hampeh !

maszull said... [MTT reply to this comment]

salam MTT...yer la kita sebagai rakyat Malaysia yg prihatin hendaklah kita sama2 berganding bahu menaikkn nama negara kita di mata dunia....

semoga negara kita tetap maju dan aman selalu hendaknya...:)

hana sudradjat said... [MTT reply to this comment]

atas sebab ini lah sejarahwan itu sebenarnya berperanan berat.mereka memgang amanah untuk mengkaji sejarah secara telus.

terdapat pelbagai interpretation tentang fakta sejarah ni.

sepatutnya sejarah ni jadi subjek critical thinking,bukannya subjek berfakta semata-mata.

aimie amalina said... [MTT reply to this comment]

huuu
sesungguhnye saya merindui Msia yg dahulunya
mungkin tak seheabk la ni
tapi makin hebakk
makin lainn pulak jadinya
huuuu
sejarah..sukee sejarah
tapi sejarah msia dah tak macam sejarah..huu..sedih :(

Kancil 8349 said... [MTT reply to this comment]

politik punya pasal...banyak benda kena ubah itu ini...yang mangsa rakyat juga nie

hatikubaik|mohdhazlan Dreadlock said... [MTT reply to this comment]

manusia biasanya hanya akan menangis bila mereka kehilangan sesuatu yang selama ini mereka anggap xberguna ...

sedangkan mereka sebenarnya lupa atau buat2 lupa kpd nikmat ...

aku sayang malaysia !

mynameismy said... [MTT reply to this comment]

ni psl isu y digembar gemburkan tu eh..

mls nak amik port. boleh? hehe

È