BEG KURSUS/SEMINAR/GALAS

Bebelan Terbaru BeloG MTT

Saturday, September 24, 2011

Jika terus berlaku , apa terjadi dunia blog akan datang

Assalammualaikum…

 

Selamat pagi , tengah hari dan malam bagi sesiapa saja yang membaca entri ini pada ketika dan saat ini.. Ecehhh ! Kemain skema lagi tengah hari buta ni .. Hari ni bersamaan dengan hari Sabtu (24 September 2011) adalah hari kemalasan buat pekerja yang sentiasa malas macam MTT ni..

Tiba tiba terdetik dalam sanubari lobak hati yang paling dalam ni , kenapa ehh dunia blogging ni dah tak seceria dulu dlu kala katop.. Sama dengan suasana girang gumbira itu dah di telan dan di mamah waktu.. Cehhh ! Macam kan dah berpuluh ribu riban tahun dan ber-blogging walhal baru 8 bulan .. toinkkk toinkkk !

Al kisahnya masa mula mula ber-blogging dulu suasananya tu memang membolehkan buat orang lain yang tumpang menepek bijik mata merasakan terkesima dengan kebolehan kebolehan yang ada dalam setiap diri blogger baik daripada segi ;

 

  • Penulisan
  • Penyampaian entri
  • Peramah
  • Bantu membantu
  • Tidak tikam menikam

 

Tapi sayangnyaaa , semua tu bertahan sekejap jer pabila ada yang cuba cuba menjatuhkan sesama sendiri dan membawa haluan masing masing , jadinya terjadi lah ;

 

  • Permusuhan
  • Pecah belah
  • Putus sahabat
  • Kau kutuk aku , aku kutuk kau

 

P/s : Tapi tak kesemuanya , masih ada yang tidak tergolong dalam golongan di atas ya Smile

 

Dan terkadang sebab munasabah Blogger SEORANG habis rosak BLOGGER sebelanga ( LINK ) .. Perumpamaan yang boleh juga di guna pakai tatkala tiada apa yang boleh di gambarkan lagi melainkan itu semata mata..

Seperti mana yang kedengaran di corong corong kaca tv yakni blogger suka mempebesarkan sesuatu isu yang remeh ? Hmmm , bukan mempebesarkan mungkin ada yang antara kita menyalah gunakan medium yang ada untuk melontarkan suara dan pendapat..

Tetiba terasa nak menyumbangkan lagu daripada kumpulan Axl’s yakni Andai Dapat Ku Undurkan Masa.. Jiwang berkarats pulak tengah hari buta ni.. Hakkktuihhhh !

Sila redakan minda sambil menikmati askem magnum yang sangat mengujakan..Sememangnya mabeles habesss !

MTT selalu terkesima melihat ini ---> LINK

 

 

 

 

Nota kecik : Aktiviti hujung minggu yang sangat padat dengan kenduri kendara dan open house ..

Selamat berhujung minggu !!

 

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata.. ^^

 

Luahan sanubari lobak hati ,

belog

14 Orang balas bebelan:

Nur Zulaikha said... [MTT reply to this comment]

nak aiskrimmm MTT

Elih Japahar said... [MTT reply to this comment]

Muhasabah diri..semua itu bermula dr diri sendiri dahulu :) peringatan yg sangat bermakna...akan berusaha menjadi yg positif

fRaMe+LenSeS said... [MTT reply to this comment]

tu la kan? napa nak menikam2 belakang ni kan? tak baik laa.

Sunah Sakura said... [MTT reply to this comment]

kenapa hambar sangat dunia blog sekarang ye?

Saiazuan said... [MTT reply to this comment]

demam blogging ni macam storm.. come n go.. so one day, i think blogger akan kurang..

wow bz ngan schedule ek :D

Syazwan Che Deraman said... [MTT reply to this comment]

orang yang narrow minded je guna blog nak cari musuh..takkan sebab blog nak gaduh kan?..

manusia manusia.

wan layan gak lagu tu dulu.
hehhe..best gak..

bestnya magnum..
best kalo dapat makan time panas panas ni.

Niena Pengembara Ilahi said... [MTT reply to this comment]

erm.. mtak dijauhkan dri sikap ke4 tu...

btul.. kekadang tu blogger ni suka membesarkan sesuatu yg remeh.. sbbtu jdi xbest

msredcheesecake said... [MTT reply to this comment]

dunia blogging msia bukannya besar sgt, kalu sebok nak tikam2 orang, kita sendiri yg rugi....

Namee Roslan said... [MTT reply to this comment]

MTT, tak best kan bila jd bnda macam tu. kita jd berpuak2. walaupun xnak join bila kita rapat dgn org yg byk haters, kita pun kena.

mas saari said... [MTT reply to this comment]

tulah, blogger sekarang lebih suka berblog untuk hentam blogger lain!

Scarlett O'Hara said... [MTT reply to this comment]

Ala MTT.Kenapalah tayang magnum yang sangat menggiurkan tu.Tak tahan tengok!

maszull said... [MTT reply to this comment]

salam MTT...semoga kita semua x jadi mcm blogger yg bergaduh sesama sendiri tu yer...kekalkn semangat berblogger sesama kita n tingkatkn silatulrahim tu...:)

selamat berhujung minggu...:)

Santri T.P.I.N.I said... [MTT reply to this comment]

salam ziarah MTT...tumpang tinggal link di sini, mana tau MTT nak join jugak ke...

http://sun3tpini.blogspot.com/2011/09/1st-segmen-santri-komputer-kesayanganku.html

| Irfan Roslee | said... [MTT reply to this comment]

mmg slalu jd mcm ni..kite kena laa jaga penulisan kita sbb blog ni dah kire tmpt utk bersuara dgn cara yg plg mudah..

È