BEG KURSUS/SEMINAR/GALAS

Bebelan Terbaru BeloG MTT

Thursday, September 15, 2011

Kerana BLOGGER setitik rosak BLOGGER sebelanga

Assalammualaikum ..

 

Keberangkalian perot yang sedang memboncet sememangnya seakan terbiasa tidak mekentedarah di pepagi hari buta .. Anak anak dalam sekalian organ badan ni semestinya minta di isi dengan pelbagai juadah yang membolehkan perot bertambah chomel akan tetapi diet seimbang perlu di amalkan bagi menjaga kesihatan jasmani dan rohani.. Hakkktuihhh !

Entah kenapa dalam sanubari yakni lobak hati yang paling dalam tak terselam ini merasakan dunia blogging kini semakin suram , kusam , seram dan segala jenis ram sam yang seangkatan dengan kaum kerabatnya..

Dunia , bumi ni bulat terkadang kta berada di atas , terkadang ada masa kita boleh jatuh tersungkur sejibik bagaikan buah nangka busuk yang terhempas ke bumi .. Manusia , bila sebut pasal manusia memang tak boleh dan tidak dapat kita cuba menafsirkan tentang sifat sifat yang ada dalam diri setiap manusia ..

Yelaa , rambot sama pacak , sanggol sama tinggi akan tetapi hati manusia ni kesemuanya lain lain..Sesungguhnya kita sedang berada dalam arena suka yang sama di atas muka bumi yang serba serbi hebak ini yakni sukan menaep tanpa batasan..Namun begitu ya para lalink menaep tanpa batasan ini tidak bermakna kita tak perlu dan tidak seharusnya menaep mengikut sedap anak tekak lalu menimbulkan kacau bilau dan huru hara yang boleh membinasakan sesama kita.. Cececehhh !

 

Kau Hebak ? Aku lagi hebak laa ! Buktikannn !

Konsep sebegini rupa merupakan peluru yang paling berbisa dalam nilai sebuah persahabatan ..Dan sebenarnya sebuah persahabatan kalau di nilai dan di kaji ianya adalah sesuatu yang indah , aman , damai serta harmoni keropok moni..Tidak seharusnya la mengamalkan konsep yang sebegini rupa kerana ianya hanya boleh menimbulkan kacak bilau M Daud Kilau ..

 

Kau boleh buat ? 10x aku boleh lagi bagus ! Buktikannn !

Ini merupakan sesuatu yang boleh merangsang otak manusia pabila kita ingin menjadi yang terbaik di antara yang terbaik akan tetapi tidak seharusnya lah kita menjadi batu hapi ataupon kata yang lebih tepat lagi menaikkan tanduk di atas kepala sendiri bagi memastikan apa yang hendak kita capai akan kita kecapi..Persaingan yang sihat tu perlu tapi tak perlu sampai menindas antara satu sama lain..

 

Kau bajek dah habes Gahhh la tuhhh ! Buktikannn !

Orang kata , kerana mulut badan binasa dan kerana mulut juga lah mampu membuatkan kepala hotak kita ini bagaikan di rasuk hantu kak limah yang tak dapat di kawal oleh sesiapa lagi melainkan diri kita sendiri yang ada keinginan untuk merubah apa yang septotnya tidak kita lakukan sesama manusia..

 

Hentam meng-hentam ! Ehhhhhhhh ?

“Kau tak yah la dengar sangat apa yang dia sembang ..Dia tu dah lama pungg pangg pungg pangg ..Blablablablablablablablaaa “ Seharusnya bila di nilai balik persahabatan dalam alam maya ni , tak sama dengan persahabatan yang kita jalinkan sesama makhluk makhluk chomel yang ada di atas muka bumi ini dalam dunia realiti..Kalau kita tak pandai nak hargai sememangnya ianya akan menjadi satu titik hitam yang legam lagi hangit buat arena sukan menaep tanpa batasan..

 

Dan sesungguhnya sebelum MTT mamasuki arena suka menaep tanpa batasan lantas membuka cawangan membebel syok sendiri tanpa mengeringkan air liur , memang terdetik pada hati yang senonet ini lalu di jentikkan di salur ke dalam kepala hotak ,

 

“ Hmm , blogging ? Sangat membuang masa okay .. Dapat apa blogging ? “

 

Tapi tapii tapiii tapiii dan tetapiiii , sejurus melangkahkan jemari montel ini untuk melibatkan diri secara langsung dan tidak langsung hati ni terasa bagaikan di awang awangan dan melayang layang.. Erkkk lari tajuk dah … Terdetik di hati ni ,

 

“ Wahhh seronok blogging ni , menaep tanpa batasan , tak yah keringkan air liur , dapat kawan baru walaupon hanya dalam alam maya .. Dorang semua memang bestt ! “

 

Bila semakin ramai lahirnya mereka mereka yang melibatkan diri dalam arena sukan menaep tanpa batasan ini,terasa makin berkembang lah hasil penulisan walaupon tak seberapa untuk di kongsikan buat tatapan sekalian bijik mata para lalink..

Oleh yang demikian seharusnya lah kita menghargai peluang peluang yang di berikan untuk kita membina tapak dalam sesuatu bidang yang kita sedang cuba memasuki..Jangan lah kita cuba tindas menindas antara satu sama lain hanya kerana kepentingan diri kita sendiri tak aman hidup derr ! walaupon hanya PERSAHABATAN DI ALAM MAYA ..

 

 

Nota kecik : Blogging ni bukan tempat kita mencari musuh akan tetapi tempat untuk kita berkongsi segala jenis perasaan dan apa yang berlaku di sekeliling kita dengan penuh emosi tanpa mengeringkan air liur.. Hakkktuihhhh !

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata.. ^^

 

Pesanan khidmat panjang berjela di bebelkan oleh ,

belog

42 Orang balas bebelan:

Lulu Caldina said... [MTT reply to this comment]

tanpa blog lulu tak kenal MTT ;)

Fazreen Misbae said... [MTT reply to this comment]

Haiyo, berbelit-belit bahasa MTT hari ni..hehe..tp, pd sy org yg tak join dunia blogging ni dia takkan tau ape kepuasanya. Tak semsestinya bila kita menaip kt boleh taip sesuka hati. Sebelum menaip kena fikir dulu sama ada apa yg kita taip baik ataupun buruk. So, kepada blogger sekalian, just have fun dalam dunia blogging tanpa sempadan ni yer... :)

aimie amalina said... [MTT reply to this comment]

weeeeeeeeee
betollllll!
tanpa belog mesti sy lagi sunyooo
dah la dok umah x wat pape
waaaaa..mau pitam x bangon2 kalo doooookkk je kan
yg pntg kene hepiiiii
yg pntg kene tawu niat berbelog tu utk ape sebenanye kan
yg pntg ikhlas dlm wat ape2 ponn

"betolkan niat, ikhlas kan hati"

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Lulu Caldina : Tanpa blog MTT tak kenal Lulu :')

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Fazreen Misbae : Berbelit belit ? Memang saja nak bagi pening ! Hehe :)

Yup yang dah sedia ada memang la dah tahu.. Apa pon sebenarnya memang happening ! :)

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@aimie amalina : Yelaa,setengah orang lagi suka habeskan masa dengan internet so blog ni pon macam satu medium untuk cari kawan dalam alam maya kan.. :)

Niena Pengembara Ilahi said... [MTT reply to this comment]

hmm... blog ni sbnrnya bagus tpi tu lah.... disebabkan sorg...hampir smua dipersalhkn..

Paris Hilton (M) said... [MTT reply to this comment]

mesra kan lg best dr hentam2~~

mas saari said... [MTT reply to this comment]

kerana bloglah akak dapat ramai kawan..buat apa nak gaduh2 kan?

~Kirin Selama Perak~ said... [MTT reply to this comment]

biasa la tu..
manusia..
:)

pCL [p@kcikLie] said... [MTT reply to this comment]

alahai..jangan la tarok nila dalam itu susu..nanti rosak habes la...aiyoooo, amik susu tarok dalam air teh..kasi tarik sikit, baru la kaw..okay !

rakan maya PCL semua baik2...best!

Myra Jay said... [MTT reply to this comment]

Myra pun masa mula2 berblog dah set tujuan berblog nak tambah kenalan dan suka2.

Harap2 janganlah sampai bermusuh kan ;)

Add Remove Block said... [MTT reply to this comment]

Selamat Tengahari, cuma kekadang tu, apa yg kita tulis org tersilap tafsir .. lain yg kita maksudkan lain yg dimengertikan (bahasa Indonesia jap) ... :)

Saiazuan said... [MTT reply to this comment]

totally x agree ngan blog membuag masa tu.. blog mengajar saya mcm2 perkara.. my social, my knowledge, semua la..

mulut orang perosak reputasi kan :)

Namee Roslan said... [MTT reply to this comment]

MTT, so true lah. dalam dunia blog ni kalau main lawan2 mmg x seronok. bg namee, dlm dunia blog ni biar lah kita kejar penulisan. yg lain kemudian. kalau ada rezeki, duit masuk, famous , dan org gemar tulisan kita.

buat masa ni baik kita focus tulisan kan :)

meaw said... [MTT reply to this comment]

berblog ni banyak kebaikannya,andai kebaikan itu digunakan dengan sebaiknya,baik lah ia...kalau disalah guna ,maka binasa lah ....

IEQAH said... [MTT reply to this comment]

ieqah berblog bkn nak cr pasai or pe..ieqah nk isi masa mbaca pnulisan org n suka tgok gurl yg cntik cntik..mcm MTT jugak :)

W.R said... [MTT reply to this comment]

wah emosi entri nie......:)

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Niena Pengembara Ilahi : Hmm tu la kan kak,kehangatan tak seperti dulu..Cehhhh ! :D

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Paris Hilton (M) : Itu yang sebaiknya daripada hentam menghentam antara satu sama lain kan.. :)

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@mas saari : Betul , kita oleh tukar tukar pendapat..gaduh gaduh buat apa ? Menambahkan dosa sedia ada lagi ada la kan.. =..="

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@~Kirin Selama Perak~ : Lumrah alam semesta :)

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@pCL [p@kcikLie] : Tak semuanya begitu :)

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Myra Jay : Itu yang sebaiknya..Kita bukan nak cari musuh :)

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Add Remove Block : Haa , itu pon kadang kadang masalah juga..Kita tulis lain tapi orang tafsir lain..Bukan senang nak sampaikan bagi semua orang faham..Hehe :)

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Saiazuan : Haha Tu dulu la masa tu tak tahu lagi apa tu ERTI KEPUASAN DALAM PENULISAN .. :)

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Namee Roslan : Yup betul Namee..Tak guna berbalah sesama sendiri , dunia kita ni tak besar mana :)

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@meaw: Setuju , apa pon kita yang mencoraknya :)

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@IEQAH : Kita boleh bertukar pendapat , otu yang sebaiknya :)

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@W.R : Wahhh tak emo pon cuma sedih tengok rakan rakan blogger ada yang berbalah.. =..="

AbgFeroZ said... [MTT reply to this comment]

dah mcam tak besh jew.. dlu bkan maen mesra lagi.. sharing2.. skrang nie asyik nak ngutuk jew.. bowink bowink... kita bako ja blogger tuh.. kah kah kah :)~

siti kektus said... [MTT reply to this comment]

seronok lah berbelog ni. mcm2 dapat. hadiah dapat kawan dapat, ilmu dapat. ;)

SoLy SoLicious said... [MTT reply to this comment]

blog tmpat kite bermesra mencari sahabt ..dpt kwn maya pun best..

c genk bah ne said... [MTT reply to this comment]

genk dulu malas nak berblog..slh satu sebab tak tahu mcm na nak berblog..
tapi bila dah masuk dunia, dapat rasa keseronokan,yg blogger saja dpt rasakan..kdg tu adaa juga terniat nak berhenti berblog,tapi tak boleh nak berenti huhuhu..sebab seronok berblog..

shazwanazizan / wanblur said... [MTT reply to this comment]

wanblur jumpa mtt dgn bloq :)

cik najihah said... [MTT reply to this comment]

dengan berblog ni la fara jadi rapat sangat dengan blogger lain..yg pangkat akk rase mcm akk betul da..

fiq. said... [MTT reply to this comment]

bilaa tension je, buat entry, lepsas tu kawan2 alam maya komen, seronok gila walaupon tak kenal, tapi kita mcm ade dunia lain tau. rasa best gile

maszull said... [MTT reply to this comment]

salam MTT...kerana blog la mama dpt ramai kenalan dialam maya ini n mama dpt kenal MTT n tahu semua cite di dunia blogging ini...

p/s selamat berblogging semua...:)

aiEz said... [MTT reply to this comment]

politik berblogging,sejak aie berblogging ni macam2 dah jumpa jenis blogger ni...macam2..=,=!

si cantik sally said... [MTT reply to this comment]

haha..macam2 ragam kalo kite tgk kan..hm..gud idea pribahasa ni moden sungguh!!~~haha..janji rock la..kan..

Ariena Hisham said... [MTT reply to this comment]

Woowww, impressive post! Betul2. Tak elok buat persaingan yg tak sihat. Just be yourself. & be good :)

dhiera said... [MTT reply to this comment]

macam2 ragam dalam dunia blogging ni. ada yg tak suka tgk org lain dpt kelebihan sikit. ada yg smpi bergaduh-gaduh. sigh

È