Bebelan Terbaru BeloG MTT

Friday, September 16, 2011

Laman bersawang , pusing pusing tang tu jugak (!)

Assalammualaikum ..

 

Lagi lagi dan lagii isu laman berswang yang tak pernah terbiar usang apetah lagi terkulai layu di mamah waktu..Semakin dunia di telan arus pemodenan semakin kita di telan arus tetttttt ! Kemain nak ber-tett tett lagi di siang hari yang indah lagi permai ini..

Seperti yang sedia maklum ya para pari pari yang hebak , macho jelita jelitup dan chomel chomell belaka..Dengan kadar 1800km/sejam MTT akan cuba memulakan operasi membebel sakan yakni syok sendiri tanpa mengeringkan air liur yang sejak azali berada di dalam tubuh badan manusia..

Laman bersawang adalah tempat ataupon medium untuk kita kita kita dan kita semua beramah tamah mesra bersama orang orang yang di kenali , mengenali ataupon tidak di kenali sama sekali.. Ehhh bukannn ! Selalunya amatlah di alu alukan untuk yang mengenali dan bagi yang nak mengenali juga tidak kurang hebaknya,akan diberikan sedikit ruang yang terbendang luas untuk menumpang di ruang sudut hati yang senonet.. Hakktuihhhh !

Akan tetapi dunia yang kita sangkakan besar gedabak ini terkadang tidak membuatkan kepala hotak kita seakan tidak berfungsi seketika dan memberikan amaran bahawasanya dunia ni adalah kecik senonet lagi seciput para penduduknya..

 

Ragam Maya 1

Tersebut lah kisah di zaman dahulu kala katop tergatal jemari ini lantas menjentik pintu jemari montel supaya meng-join-kan diri dalam laman bersawang myspaca/facebook atau yang seangkatan dengannya..

“ Hott lah awek ni .. Nak add ! Boleh beramah tamah dan bermesra alam ! “

Begitulah berbisiknya satu suara di benak pemikiran manusia .. Pabila dah meng-ADD sekali gus merapatkan jurang di antara kita sesama manusia untuk memulakan sebuah pertalian yang di berikan nama persahabatan..

Pabila sedang asyik di buai mimpi yang indah serta di terbangkan bersama bayang bayang yang tak dapat di bayangkan..Terasa nak berkongsi pula dengan teman seperjuangan yang mengamalkan gaya hidup berkonsepkan Ulat bulu naik daun

“ Cer tengok cer tengokkkk , hot tak awek ni.. Marka baru cekkk ! “

“ Err marka hang ? Ni gf haku la dongoiiii ! Hang ayat dia ker dia ayat hang ? Hamwaw punya kawan “

Pungg pangg pungg pangg pungg panggg pungg panggg yakk dushhhh !

Kesimpulannya : Nak menggatal ataupon cuba memikat anak dara sunti lagi gebu silalah kaji kot kot tersangkot dengan hak orang..Kalau yang tak jadi hak mutlak tak apa lagi ..Akan tetapi tak baik merampas kebahagiaan orang lain.. Yang dah berpunya sila jangan menggatalkan diri.. Cettttt !

 

 

Ragam Maya 2

Ketahui lah wahai seluruh pemilik account mukabuku bahawasanya di dalam friendlist yang sedia ada pasti adanya terselit 1 , 2, 3 atau lebih yang mempunyai mutual friend dengan kenalan kitaaa..

Notification masuk dengan rakusnyaaa menandakan ada personal mesej;

mesej

“ Haiiii boleh kenal .. I dah lama admire you… Suka tengok muka you, chomell lah macam Nora Danish ! “

“ Ohh yer ? Nora Danish tu kembar 18 dengan I sebab tu sama kot “

“ You dah ada bf , If you don’t mind boleh I dapatkan contact number you..I nak sangat kenal dengan you ni.. “

“ Ohh yer ? Tengok laa nanti kalau  rasa berkesempatan nak bagi no I dekat you , tak pon you minta jer number I dekat wife you .. Nama wife u Jamilah Binti Jemol kankankan ? Dia ada no I..Okay daaaaa ! “

Alamakkkkkk ! Kantoiiii .. toinkkkk toinkkk !

Kesimpulannya : Kalau dah membina empayar besar gedabak yang bernama mahligai rumahtangga,silalah mengawal emosi,diri serta jiwa dan raga tatkala menyaksikan keindahan wajah wajah ciptaan Tuhan..

 

 

Nota kecik : Alam maya ni pusing pusing tang tu jugakkkkk der !

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata .. ^^

 

Pesanan laman bersawang di bawakan oleh ,

belog

17 Orang balas bebelan:

Rara Faramyza said... [MTT reply to this comment]

ragam pertama tu biasa la. orang yang suka sorok relationship. terlebih friendly. berkawan dengan ramai orang tup tup skandal dengan kawan baik sendiri belakang belakang. dunia ni bukan besar sangat tak boleh jumpa. huhu

yang ragam ke dua tu selalu berlaku. dah ada gf/bf dok menggatal lagi. cehhh. tak cukup dengan satu. pantang nampak lagi cun.handsome sikit mula lah. kan kan kakak? hehe :D

aimie amalina said... [MTT reply to this comment]

hehhehehe
sungguh byk ragam maya ni kann
aiyaaaaaakkk
nasib la kurg comei
x de owg kaco
kikiki

Eera Shera said... [MTT reply to this comment]

banyak sgt kan ulat bulu ye MTT..nyah mereka jaoh2..huhu

Saiazuan said... [MTT reply to this comment]

what goes around, comes around ;)

Az-Zahra Fauzee said... [MTT reply to this comment]

hahaha~
2 la pasal...
nak menggatal 2 biarlah berpada-pada kan?

Beauty Farmasi said... [MTT reply to this comment]

tak nampak pun sawangnya. comel aje dgn ladybirdnya. bahayanya mukabuku kalau disalahguna. Laily Qaisyirah (sedap nama) comel, ramailah yg nak menggoda. Moga tabah dgn dugaan.

cik najihah said... [MTT reply to this comment]

like entry ni..mcm2 kan ragam alam maye ni..

Namee Roslan said... [MTT reply to this comment]

dunia maya ni org dah salah gunakan. sebab tu dah tak selamat. gambar pun pakai muak org lain. plak tu cakap2 lucah. emm, tak sangka facebook pun dah jadi mcm myspace.

Wanz Mejuez said... [MTT reply to this comment]

KEna pesan awal2 dekat orang yang mengatal tuh...

encik.. saham nafsu encik ni tinggi sangat.. cuba encik kasi saham nafsu encik ni dekat orang lain.. rasanya saya tak layan nak bernafsu dengan encik..

>_<

maszull said... [MTT reply to this comment]

salam MTT...ye nak berkawan tu boleh tapi biarlah berpada2 jgn sampai terkena isteri atau suami orgkn...

jgn main boh jer yer...:)

kawal emosi bila di alam maya ini jgn terlebih2 plak...:)

Diyana said... [MTT reply to this comment]

kelakar lah akak ni

followed you !

Diyana said... [MTT reply to this comment]

kelakar lah akak ni

followed you !

meaw said... [MTT reply to this comment]

macam-macam kan laman sesawang ni,huhu

Nur Salsabilla said... [MTT reply to this comment]

betul-betul..

macam dunia blog ni jugak..pusing-pusing..eh! orang yg sama. hehehe

;)

dhiera said... [MTT reply to this comment]

sape la yg mengorat tu kn?

salam perkenalan!

Niena Pengembara Ilahi said... [MTT reply to this comment]

hmm..akak pnah kwn ngan sorg laki ni,xsgka dia tu boye besau...terkantoi masa dia komen picca hosmate...

SweetLikeWhat said... [MTT reply to this comment]

mintak dijauhkan dari perkara-perkara tak baik..huhu

È