Bebelan Terbaru BeloG MTT

Saturday, September 10, 2011

Pihak TELCO setuju tangguh kutipan cukai perkhidmatan prabayar

Setelah pelbagai komen dan respon yang di terima daripada seluruh rakyat jelata yang menggunakan perkhidmatan prabayar yakni tambah nilai.. Pihak Telco telah pon sebulat sepetak dan sebujur suara untuk menangguhkan kenaikkan cukai 6% sepertimana yang di gembar gemburkan akan berkuatkuasa 15 September 2011 ( LINK )..

 

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

GEMPAR!!! - Top Up Handphone Kena Bayar Cukai Mula 15 Sept

KUALA LUMPUR: Syarikat telekomunikasi (TELCO) bersetuju menangguhkan kutipan cukai perkhidmatan enam peratus daripada pengguna prabayar sehingga perbincangan semula dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata antara cadangan yang dibincangkan bersama TELCO adalah caj enam peratus itu hanya dikenakan kepada pengguna yang membeli pek permulaan prabayar.

“Setakat ini, itu saja yang kita boleh beritahu.

"Kerajaan akan mengambil kira sumbangan RM6 bilion oleh TELCO kepada sumber pendapatan negara dari 1998 hingga kini sebelum membuat sebarang keputusan," katanya pada sidang media selepas mesyuarat bersama TELCO, di Angkasapuri, di sini, sebentar tadi.
Hadir sama, wakil dari Celcom Axiata Berhad (Celcom), DiGi Telecommunications Sdn Bhd (DiGiTel), Maxis Berhad, dan UMOBILE Sdn Bhd (U Mobile).
Minggu lalu, TELCO mengumumkan mereka akan mula mengutip cukai perkhidmatan enam peratus untuk perkhidmatan prabayar Jumaat ini.

 

Sumber : Berita Harian Online

 

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

 

 

Nota kecik : Kalau tak naik langsung lagi bagus kankankan? ^^

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata.. ^^

 

belog

4 Orang balas bebelan:

Nadzirah K. said... [MTT reply to this comment]

yeay...harap tangguh sampai bila2...hehe

Paris Hilton (M) said... [MTT reply to this comment]

baguslahhh

mas saari said... [MTT reply to this comment]

baguslah camni!
mereka dah kaut keuntungan berlipat kali ganda dah dari para pengguna!

Fazreen Misbae said... [MTT reply to this comment]

itu la yg terbaik..wtpe la nk charge cukai bagai. sian kat org2 yg gak=ji ciput tu. da la hp tu keperluan skrg ni...haila m'sia tanah tumpah darah ku..mcm2 hal...

È