BEG KURSUS/SEMINAR/GALAS

Bebelan Terbaru BeloG MTT

Thursday, September 8, 2011

Setahun sekali buat huru hara , entri dengan gambar penuh sepanjang beraya

Haaaa setelah tak tahu nak mulakan daripada mana dan akhiri yang bagaimana,terhasil lah juga entri mengimbas kembali saat saat kegirangan ketika menyambut Aidifitri yang lepas.. Sattt ! Lepas ? Masih raya lagi kankankan ? Raya sebulan maaaa .. Ramai lagi rasanya rumah kawan kawan yang belum MTT ziarahi .. =..=”

Terasa pula nak apply cuti nak sambung beraya.. Hikhik ^^

Setelah berhempas pulas sampaikan nak terkehel kepala menelaah satu persatu gambar yang ada lebih 500 keping dalam kamera yang nyaris hilang (LINK) , akhirnya ada juga gambar yang boleh MTT kongsikan bagi mencuci mata para lalink di petang hari setelah memboncetkan perot kalian dengan hidangan tengah hari..Terasa lapar pulak.. =..=”

Seperti kebiasaannya la Aidilfitri yang di sambut oleh keluarga MTT yang seciput akan di sambut dengan kadar bersederhana tapi insya’allah yang pasti setiap ahli keluarga cukup seronok dan terkinja kinja setiap kali berkumpul..

Tatkala malam raya menjelma seharusnya lah pelbagai persiapan bagi merayakan hari kemenangan bagi setiap umat Islam daripada seluruh pelusuk dan celahan bumi yakni menyediakan juadah yang enak lagi mengiurkan..

Ini lah aktiviti yang MTT , selaku cucu yang tidak akan terkehel tangan pabila membelit belitkan urat urat daun palas yang ada.. Tapi tapii tapiiii , kalau buat sorang sorang mahunya terkehel jugak tangan di buatnya..Naseb baik lah ada mama dan tangan tangan baru yang nak belajar terkehelkan tangan..Nak seribu daya tak nak seribu alasan yer tak ? Kankankan …

Ketupat palas MTT tahu lah menganyam , kalau ketupat nasi memang failed ! Itu adalah tugasan wife abang MTT , mama dan juga Maklang ..Hehe  =..=

Mempersembahkan lah dan tatap lah sehinggakan muntah darah kaler pelangi dengan gambar gambar yang di sediakan ya..

 

SAM_0300SAM_0302

Ini adalah gambar permulaan MTT meng-kehelkan jemari montel,yang dah siap punya 1 bakul tak sempat nak snap gambar.. =..=”

 

SAM_0291

Wajib di-cropkan agar tidak kelihatan sememeh untuk terpampang di ni..  ^^

 

Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ini adalah gambar gambar semasa beraya sakan .. Selepas selesai ahli keluarga ke masjid untuk solat Aidilfitri wajib lah mekenteradah segala jenis makanan yang sudah pon tersiap sedia..

♫ kueh dan mueh beraneka macam , makan la jangan hanya di pandang .. Ketupat rendang sila nikmati kawan , penat memasak malam ke pagi .. ♫

Dan sesudah sesi bermaafan sambil meneteskan air hedong , kami sekeluarga menziarahi kubur arwah Tok Wan .. Al Fatihah ..

Dan sejurus itu haruslah berjalan sakan !

Wahhhhhhhhhhhh !! Terasa feel raya datang merasuk semula dalam lobak dan sanubari hati laaaa…

 

Inilah keluarga kecil yang selalu menerangi kehidupan agar tidak sunyi sepi .. Cehcehcehhhh ~

Maaf kaedahnya gambor terpaksa dibuang sebab munasabah tatkala itu masih belum berhijab. Mohon sesiapa juga yang ada gambar saya sebelum berhijab dibuang dan jangan di siarkan di mana-mana. *ko ingat engko retis?? HAHA Hanya secebis pesanan buat mereka-mereka* Terima kasih Smile - 30/9/2014

Mempersembahkan juga buat julung julung kalinya abang MTT dan juga wifenya a.k.a kawan MTT berserta baby dalam perot menghiasi blog MTT..

 

Maaf kaedahnya gambor terpaksa dibuang sebab munasabah tatkala itu masih belum berhijab. Mohon sesiapa juga yang ada gambar saya sebelum berhijab dibuang dan jangan di siarkan di mana-mana. *ko ingat engko retis?? HAHA Hanya secebis pesanan buat mereka-mereka* Terima kasih Smile - 30/9/2014

 

Dan di sebelah kiri semestinya kakak kesayangan bersama suami terchenta , di sebelah kanan MTT dan mama terchenta … ^^

 

Maaf kaedahnya gambor terpaksa dibuang sebab munasabah tatkala itu masih belum berhijab. Mohon sesiapa juga yang ada gambar saya sebelum berhijab dibuang dan jangan di siarkan di mana-mana. *ko ingat engko retis?? HAHA Hanya secebis pesanan buat mereka-mereka* Terima kasih Smile - 30/9/2014

 

Pada malam hari raya ketiga seperti biasa pada setiap tahun akan adanya sesi ber-BBQ bersama keluarga bagi memeriahkan lagi Aidilfitri yang datang hanya setahun sekali ..

 

IMG_4012

raya6

IMG_3973

 

Dan seharusnya pada malam malam terakhir seperti kebiasaannya MTT beserta sepupu sepapat menjelajahi Peneng Town bagi mengambil gambar sebanyak berjuta limau ais bagi menjadi tatapan masa hadapan..

Banyak gambar yang tak senonoh terpaksa di tapis bagi mengelakkan Cik Anon menjejak semula.. Hikhik Biasa lah kalau semua dah berkumpul mesti ada yang buat kepala gila sampaikan nak putus urat perot bila terkenang ataupon melihat kembali gambar gambar yang ada.. ^^

 

 

“ Selamat hari raya buat para lalink semua , maaf zahir dan batin sekiranya ter-over dalam penulisan dan melukakan sesiapa ! 0 – 0 yer ? :’)

Tulus ikhlas dari lobak hati ,

belog

 

Nota kecik : Dah dah dahhhh dah panjang berjela jela jelut dah entri MTT ni,nanti ada pulak yang tersembol sembol bijik mata nak menatap.. Sambung kerja balik .. toinkkkk toinkkk !

 

Terima kasih membaca samai juling bijik mata .. ^^

66 Orang balas bebelan:

BERT said... [MTT reply to this comment]

wahhh meriahnyeee... kita tader gbr raye laaaa.. sedehhh uwaaa

Mr.Baiz said... [MTT reply to this comment]

hamboi beraya sakan die..hehe..td my mum kol..sabtu ni my mum raya lagi..so dia dah buat ketupat palas untuk yang kedua kaliny..yeah..mr baiz nak balik kampung sabtu ni..bye...

miszatie said... [MTT reply to this comment]

yeayy seronokkan anyam ketupat.rugi sape x pandai..:P

mas saari said... [MTT reply to this comment]

bestnya BBQ!

Lulu Caldina said... [MTT reply to this comment]

lawanya dia :)

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@BERT: Alaa sedihnyaaaa, camera hilang ker hape sis ? Sesi terjah berlangsung satg ni baru boleh tahu stori mori.. Hehe :)

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Mr.Baiz : Wahhh syoknyaaaa,sama la mama MTT pon nak buat ketupat palas lagi hujung minggu nie ! :)

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@miszatie : Tu laa,tak susahkan kankan? Hehe :D

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@mas saari : Sedapppp ! :)

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Lulu Caldina : Lulu lagiiiiiii la lawaaaaa.. :)

Diana @ bilakukatacinta said... [MTT reply to this comment]

salam lebaran MTT..ketupat palas ek? kat johor ketupat nasik je..tp ada mcm2 jenis (ketupat bawang la..ketupat sate la)

rara pinkmafia said... [MTT reply to this comment]

mtt ketupat palas tu sedap.

Cik Puan Zura said... [MTT reply to this comment]

eee bestnya siap ada bbq...

SoLy SoLicious said... [MTT reply to this comment]

waahh... sakan sgguh na beraya MTT...

Eema Eshya said... [MTT reply to this comment]

weee MTT beraya sakan ek ???

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Diana @ bilakukatacinta : Salam lebaran juga buat Diana... :)

Ohh biasa dengar juga,kalau dekat belah selatan ketupat palas memang jarang jarang di temui..Hehe :)

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@rara pinkmafia : Setahun sekali tambah terbaek tuh ! :)

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Cik Puan Zura : Mengisi aktiviti sambil beramah mesra..Hehe :)

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@SoLy SoLicious : Setahun sekali jer pon kan yunk..Hikhik ^^

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Eema Eshya : Nama pon hanya setahun sekali..Ecehhh~

normala_ali said... [MTT reply to this comment]

slamat hari raya... :)

Saiazuan said... [MTT reply to this comment]

stahun skali je raya! :D

tp makin lama makin kurang meriah

Alya Esprézzo™ said... [MTT reply to this comment]

duit raya? sobb sobbb... :(

kotak bulat said... [MTT reply to this comment]

kb tak pndai nk anyam ketupat,..hehhee

hatikubaik|mohdhazlan Dreadlock said... [MTT reply to this comment]

raya sakan ye ...ketupat tu aku suka....")


slmt hr raya mtt

aimie amalina said... [MTT reply to this comment]

hehehhe
alolo comei jek sume gambo tu
kat peneng pon anyam ketupat beras ye
hehehe
tula..same la..kite pon x reti anyam ketupat nasi
palas tu taw gakla..hihi
camat ari aye cek MTT..hehee

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@normala_ali : Selamat hari raya jugaa :)

Cik Eka said... [MTT reply to this comment]

wow meriahnyaaaaaaaa mTT

siap bako2 lagi..

hehehe

selamat hari raye

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Saiazuan : Setahun sekali jer kan...

Hmm, tu la kemeriahan dah kurang dah,tak macam dulu :(

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Alya Esprézzo™ : Meh datang rumah lah sayanggg ! :D

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@kotak bulat : Boleh belajar,tak susah.. Hehe :D

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@hatikubaik|mohdhazlan Dreadlock : Hehe feberet MTT juga..selamat hari rayaa :)

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@aimie amalina : Selalunya memang tak buat tapi tahun ni mama MTT terasa nak buat pulak.. Hehe

Selamat hari raya jugaa sayanggg:)

sYafIk-wAy said... [MTT reply to this comment]

selamat hari raya meyh !

Wanz Mejuez said... [MTT reply to this comment]

Pergi hard rock hotel penang tuh.. tempat wan pratical dulu.. ehhehe

pape pun batu feringgi memang best!

tak pergi night bazaar?

http://www.mejuez.com/2011/09/jangan-tanya-sebab-apa-kereta-kau.html

Syafiqa said... [MTT reply to this comment]

Waaaa memang meriah :D

Salam aidilfitri

Nadzirah K. said... [MTT reply to this comment]

meriahnye:)
selamat hari raya..

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@sYafIk-wAy : Meyhh tu kalau tak salah dalam cina punya dialek sama dengan 'ker' .. Hehehe Selamat hari raya juga shapitt :)

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Wanz Mejuez : night bazaar tutup..frust giler.. :(

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Syafiqa : Alhamdulillah,sederhana tapi happy ! Hehe :)

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Nadzirah K. : Selamat hari raya jugaaaa dear :)

Minah Blur said... [MTT reply to this comment]

camat ari raye u! duit raye ade x? hehehe

mynameismy said... [MTT reply to this comment]

pandainye die anyam ketupattt
my tahu rebus ketupat segera jek..;D

slmt hr ry MTT!;)

Elih Japahar said... [MTT reply to this comment]

Slmt hari raya...suka bab BBQ, suka makan panas2 tu haha :)

::budak:: said... [MTT reply to this comment]

cun ah kak MTT ni..best nye da nak dpt ank buah..tp sy da nak masuk 7 pun..hehe :)

iyan shazlind said... [MTT reply to this comment]

meriahnya raya...best2
sama la kita..pandai wat ketupat palas je..ketupat nasi tu failed jugak..hehehe

iyan shazlind said... [MTT reply to this comment]

wah meriahnya raya..best2

p/s: sama la kita..pandai wat ketupat palas je..ketupat nasi failed jugak..:)

siti kektus said... [MTT reply to this comment]

tu dia. dah tunjuk dah semua gambar raya. ;)

setahun sekali je pon kan. ;)

My Name is Mar said... [MTT reply to this comment]

Mak aihhhh.....
Bergambo sakan MTT ni..

SiBudakKurus said... [MTT reply to this comment]

MTT..sorry lari topik..boleh ajar tak macam mana nak masukkan flash header yang .swf format kat blog..

maszull said... [MTT reply to this comment]

salam MTT...wah beraya sakan yer...
nice pic tu merah lg...

MTT bagi wet raya atau dpt wet raya tahun ni...hehehe...:)

Gen2Merah said... [MTT reply to this comment]

MTT ni memang lawa orang nya... ngeee~..

salam kat mami ye,. ehe

Namee Roslan said... [MTT reply to this comment]

meriah! :D

MARIA LIZA said... [MTT reply to this comment]

sangat meriah juga...gambar bnyk kat kamera org lain so, tunggu tengok kat FB aje..kamera sendiri lupe nak kuar..dahtu semua org pakai DSLR, kita aje pakai digital biasa...

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Minah Blur : Selamat hari raya dear..Meh datang rumah :p

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@mynameismy : Boleh la sikit sikit My..Hehe

Selamat hari raya jugaaa My! :)

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Elih Japahar : Tu yang buat best tu..Adehh terasa lapar pulak.. :D

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@::budak:: : Kamu lagi cun sayangg..

Wahh seronok la mesti meriahkan ramai ramai,MTT baru nak masuk sorang anak buah :)

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@iyan shazlind : Ketupat nasi susah sikit..Kena jemari lemah gemalai..Hehe :D

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@siti kektus : Jenuh memilih.. Hehe :)

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@My Name is Mar : Ada banyak lagi sebenarnya tapi dah tapis..Hehe

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@SiBudakKurus : Alamak yunk, MTT tak tahu menahu pasal tu semua..Refer dengan Ayeem Ayam yer..Sebab tu MTT tempah dekat dia :)

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@maszull : Macehhhh , keluar lagi ada laa.. Masuknya tak ada dah.. =..="

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Gen2Merah : Errr , orangnya biasa jer ..Hehe :)

Selamat hari rayaaa ! Insya'allah :)

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Namee Roslan : Setahun sekali kan ! :)

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@MARIA LIZA : Hehe MTT dah siap collect dah segala jenis gambar yang ada kat camera orang lain..MTT pon pakai digital camera jer.. Hikhik :)

È