Bebelan Terbaru BeloG MTT

Tuesday, September 13, 2011

Woiii , apa ni SPAM LINK .. Tak faham bahasa ker (?)

Assalammualaikum ..

 

Selamat pagi buat para lalink yang hensem , macho , cun serta jelita jelitup .. Alhamdulillah masih lagi kita bernafas diatas muka bumi ciptaanNya yang indah lagi aman dan permai ya.. Terasa macam bagi syarahan yang tidak di iktiraf pulak dah.. Hikhik

Setiap detik dan saat pala hotak ni tak pernah terlekang dek hujan ehh bukan bukann .. Tak pernah lekang daripada memikirkan tentang blog terchenta dan idea idea yang di harapkan mencurah curah ke ladang gandum bagi memastikan kepuasan diri terjamin dan dapat juga menjulingkan bijik mata kalian ..

Pabila telah penat , lelah , tersedu dan tersedan memikirkan idea idea bernas lagi mantop untuk tatapan umum , semestinya ianya haruslah di publishkan dengan semang-gat yang berkobar kobar , dan sedaya mungkin mengelakkan ke-cacar-an merba meletus..

Setelah dengan bersemang-gat kembara wajanya mem-publishkan entri seharusnya di selangi dengan mem-PING-kan entri entri yang telah di perap sekian abad didalam blog untuk di tatap oleh penggemar penggemar yang membaca menerusi laman bersawang mukabuku ya di group group blogger ( LINK ) yang semakin tersebar meluas..

Akan tetapi sewajarnya di ketahui umum pabila mem-PING-kan entri terdapat 2 kata kunci yang sering kali bermain di benak pemikiran para admin yang sentiasa menjaga keamanan dan keharmonian dalam sesebuah group blogger yakni memastikan tiada kejadian kejadian bencana yang tidak di ingini seperti meng-SPAM-kan link..

Sejak azali lagi di ketahui umum maka kita sebagai rakyat Malaysia telah pon berikrar dan berjanji.. Errr tak pasal pulak nak berikrar.. Mengamalkan budaya yang tidak lain tidak bukan lagi yakni budi bahasa budaya kita..Dengan keseronokan yang doi tonjol serta di sondolkan oleh para blogger maka lahir lebih ramai lagi la manusia masnuia yang hebak hebak meng-join-kan diri dalam arena sukan menaip tanpa batasan..

MTT sendiri sepanjang 8 bulan memulakan operasi membebel syok sendiri tanpa mengeringkan air liur , hanya pada blog ini berusia 4 bulan baru lah MTT tahu untuk membezakan mana satu yang TIDAk SPAM dan mana satu yang di katakan sebagai SPAM LINK .. Yer anak anak serta ibu bapa sekalian marilah sama sama kita menyaksikan gambar rajah di bawah sebelum menjawab soalan yang terendam , terpendam  yang tak terselam itu ,

 

* SPAM LINK

Spam Link2

 

Gambar rajah di atas merujuk kepada yang dikatakan meng-SPAM link dengan sewenang hati dan boleh menimbulkan kemarahan kepada para admin yang bertungkus lumus mengawal keamanan group group blogger yang selalu menjadi tempat kita berkongsi hasil penulisan..

Sila rujuk link yang di letakkan dalam kotak berwarna merah.. Link tu sewajibnya di padamkan sebelum meng-klik button SHARE

 

 

* TIDAK MENG-SPAM LINK

 

Spam Link

 

Dan merujuk kepada gambar rajah diatas pulak ialah dimana kita berkongsi hasil penulisan tanpa meng-SPAM kan link yang boleh menimbulkan kemarahan admin group blogger..

 

 

Tapi tapii tapii dan tapiiiiii ,

Ada juga pendapat daripada sesetengah individu yang mengatakan kenyataan dan gambar rajah di atas bukan lah dalam kategori meng-SPAM LINK akan tetapi yang serupa demikian ,

 

spam link3

 

 

Namun begitu ya sesungguhnya kalau tiada yang baru maka tiada lah mereka yang lama..Segala pembelajaran kita di atas muka bumi ini adalah bermula daripada bawah..Kita belajar merangkak , belajar berjalan , kemudiannya berjalan terkedek kedek sambil makan keledek dan sejurus itu lah kita berlari bersama sama ..

 

 

 

 

Nota kecik : Budi bahasa budaya kita , sekiranya terlihat , ternampak dan ada niat di hati senonet ingin menegur kesilapan para rakan dunia maya , seeloknya menggunakan bahasa yang indah lagi berpuitis yaa.. Selamat mencubaaa ! toinkkk toinkkk ! ^^

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata.. ^^

 

Pesanan khidmat masyakarat di bawakan oleh ;

belog

69 Orang balas bebelan:

Wanz Mejuez said... [MTT reply to this comment]

Susah sebenarnya nak memperbetulkan kepala otak oranag lain ni.. kekadang kita pun naik berang jugak.. hehehe

biasanya kita kalau dah tahu benda tuh salah, kita rajin2 lah tegur dekat orang yang kita kenal tuh.. nanti depa pun akan beritahu jugak dekat mereka yang belum tahu..


>_<


dekat Group Blogger kat FB ni banyak sangat newbiew.. sampai tak tahu nak kata apa da.. sebab depa baru lah ramai sangat spammer link berlaku..

nak tak nak kita tegur jugak secara berhemah..



*ramai kan blogger baru muncul? sejak tertubuhnya group blogger makin bercambah plak golongan blogger ni,,, huhuuhu

A to Z Lyrics said... [MTT reply to this comment]

biasa la... kenkadang tu kita lupa juga... nak buang spam link!

azrijohan said... [MTT reply to this comment]

hmmm,lagi payah sebab sekarang ni fb dah update baru..

kalau dulu kat semua group ade tempat share link...skng da tak semua yang ada...tu pasal laa


setuju ngn komen mejuez

mas saari said... [MTT reply to this comment]

akak dah malas dah nak ping entry kat mana2 group blogger ni...

hanya ping di fanpage sendiri je!

Saiazuan said... [MTT reply to this comment]

eh blog ni bru brusia 4 bln ke?

btw mtt leh tlng komen ckt tmplate blog sy? nk redesign balik sbb ramai kurang selesa..

Mila Ahmad said... [MTT reply to this comment]

mula² xpaham gak..tapi bila baca betul² dah paham dah.

siti kektus said... [MTT reply to this comment]

yeke. baru tau. hehehe ;p

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Wanz Mejuez : Hehe biasa lah Mejuez , kadang kadang ada yang terlupa :)

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@azrijohan : Ohh patot la kadang kadang sesetengah group tak oleh ping ..

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@mas saari : Lagi senang tak ada sape nak marah yer tak? :D

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Saiazuan : 8 bulab Saizuan , dah masuk 4 bulan baru MTT tahu pasal spam meng-SPAM ni :)

Baekk,MTT terjah ! :D

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Mila Ahmad : Risau jugak kalau ada yang tersalah faham dengan entri ni ..Hehe

Al kisahnya MTT ternampak ada yang menegur dengan bahasa kurang elok,kalau nak tegur gunalah bahasa yang manis sikit kankankan .. :)

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@siti kektus : Yes dear.. :)

Fiq Fikri said... [MTT reply to this comment]

makseh miss mtt huhuhuuh bru thu ni :D

nazirulhazwan~ said... [MTT reply to this comment]

gambar 1st tu kire spam ker?
tak kot, yang aku tau, kalau kat sahabat blogger, yang dorg marah tu spam link kat komen.

Add Remove Block said... [MTT reply to this comment]

tu rupanya spam link, ingat yg setiap saat/minit ada je ping ... kalau gitu alhamdulillah, aku xde buat spam link sebab sebelum share aku padam dulu url tu ... cuma tu la FB sekarang ni dah lain beno, mcm xsuka org share2 link ...

Rara Faramyza said... [MTT reply to this comment]

spamming tu dah sebati dgn jiwa manusia.

nasib rara tak buat macam tu. hehehe.

tapi bukan setakat spam link je.

event kat fb pun ramai yang spam spam lah cik MTT.

grrrr

aimie amalina said... [MTT reply to this comment]

weee
maceh utk info ni cek MTT
tu la
kekadg konpius gak canne yg dikatakan spam link tu
huhu
skrg dh taw
weweeeeee

bloghok said... [MTT reply to this comment]

BIASA LA TU...KIFIKFIKF

Mr.Baiz said... [MTT reply to this comment]

mtt tq ye bagi info ni....baru ku ahahah

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Fiq Fikri : sama samaaa :)

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@nazirulhazwan~ : Yup, sebab sebelum ni MTT pon penah kena tegur dengan salah sorang admin dari group blogger kat fb..Mengikut penerangan dia , mcm tu laa..Tak tahu la pulak kalau kat group lain itu tak di kira spam link :)

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Add Remove Block : Hmm, tu laa dah banyak perubahan kat fb .. Boikot boikot.. Hikhik ^^

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Rara Faramyza : bukan blogger pon banyak jer yang spam link tapi sebabkan kat wall sendiri jarang jarang ada yang menegur kot :D

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@aimie amalina : sama samaa yunk..MTT dulu mula mula pon confused jugakk :D

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@bloghok : Kebiasan.. Hehe :D

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Mr.Baiz : Sama samaa Baiz :)

Cik Azizah said... [MTT reply to this comment]

wah yg pitca atas tu dikira spam ke...semua group jijah buat gitu..beserta keterangan lagi..hikhik ingatkan spam tu di katakan kat dalam komen link org lain..ngeee

Niena Pengembara Ilahi said... [MTT reply to this comment]

hehe,, aritu akak tatau pape...

meh kta teruskan sukan jari ni :D

PinKy MoMMa said... [MTT reply to this comment]

tegur secara sopan sopan lagi berhemah itu lebih sweeettt :)

Namee Roslan said... [MTT reply to this comment]

laily!! :D haha bagus entry ni. dulu namee pernah kena maki sbb spam link.namee taktau pun spam tu apa..serious. but then dah kean marah..ayeem lah ajar itu spam. so thanks to him :)

Alya Esprézzo™ said... [MTT reply to this comment]

woii jangan SPAM link!! hihihihi.. :D

Farhan Hanif said... [MTT reply to this comment]

saya jarang bukak group blogger ni...sampaikan notify tu dan tulis 50+ baru bukak...
banyak sgt yg post link sampaikan cerita peribadi pon nak post jugak..sbb tu jarang bukak

IEQAH said... [MTT reply to this comment]

ohh thankss for info..hehehehe

Syazwan Che Deraman said... [MTT reply to this comment]

wan baru je tahu sebulan yang lepas.
tapi entry ni lagi clear dari segi penerangan..

thanks.
wahhh, baru 2sec post, dah print screen, sebab nak buat entry pasal ni..bagus bagus.
hehehe.

spam bob square pants!

Elih Japahar said... [MTT reply to this comment]

Tengkiu arr tak tau pun sebelum ni..main hentam je post link tu..

Jadi jgn spam link lagi !! huhu

JIJI YU said... [MTT reply to this comment]

jangan le marah..aku baru tau je ni ..spam cenggitu ghupenye

piccione blu said... [MTT reply to this comment]

macam tu ke?baru taw..thanx~~

c genk bah ne said... [MTT reply to this comment]

genk dah stop ping entri huhuhu..
sbb genk tutup FB..

anywy b4 ne genk suka juga ping entri,tpi yg bkin malas nak ping bila da SPAM link ne..

Saiazuan said... [MTT reply to this comment]

thanks sbb sudi terjah ya :D

ieyza afieyna said... [MTT reply to this comment]

xfham la. kalo nak ping mmg xbole ke ade link tu.? hehe

diana said... [MTT reply to this comment]

o..akak baru tahu..
terima kasih mtt..

echa takashimaya said... [MTT reply to this comment]

bile echa kene tegur then fhm ape 2 spam link.dah tak buat lg dah =)newbie lg kan =)hehe

nini said... [MTT reply to this comment]

ui kak sentap saya..haha..sebab saya nak post kat fb selalu kuar camtu lah....huhu...=(

Heidi Shafiq said... [MTT reply to this comment]

err.. aku tak tau ape2..

maszull said... [MTT reply to this comment]

salam MTT....bagus juga mtt dah bagitahu tentang spamlink ni...bagus tu kerana bagitahu semua dgn cara yg spontan n tidak menguris hati die org...:)

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Cik Azizah : Kalau text sahaja tak ada link tak di kira spam sayangg :)

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Niena Pengembara Ilahi : yeayyyy maju lah sukan menaep untuk negara :)

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@PinKy MoMMa : Itu yang sebaeknyaa :)

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Namee Roslan : laily ternampak ada yang kena sound gini tu yang buat entri ni..Hehe Yelaa,bukan semua orang terus pandai berlari kena la bagi tunjuk ajar tak elok la nak maki hamun kankankan :)

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Alya Esprézzo™ : Haippppp ! :D

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Farhan Hanif : Boleh setting tu supaya notification tak masuk belambak cmtu :)

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@IEQAH : my pleasure :)

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Syazwan Che Deraman : MTT tahu pom 4 bulan lepas wan.. Kalau orang tak cakap mana kita nak taw kan? Hehe :)

Wajib print screen dengan kadar segera :)

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Elih Japahar : Sharing is caring .. Hehe :)

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@JIJI YU : Ggrrrr ! Bukan MTT yang marah.. Meletusnya entri ni sebab munsabah ternampak ada yang kena sound gini..Kan lebih manis guna bahasa yang elok :)

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@piccione blu : Most welcome :)

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@c genk bah ne : Hmm tu la kan =..="

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Saiazuan : sama samaaa , template tu not bad ! :)

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@ieyza afieyna : Padamkan link tu tapi bila orang klik still boleh masuk ke blog kita sayam :)

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@diana : sama samaa kak :)

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@echa takashimaya : Kalau orang tak tegur mesti lah kita tak tahu kan? :)

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@nini: Nngeee ~ Jangan sentap la awakkk.. Entri untu berkongsi apa yang tahu jer :)

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Heidi Shafiq : Heeee~ Boleh gitu :D

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@maszull : Itu yang sebaiknya kannnn .. :)

Arda said... [MTT reply to this comment]

thx MTT..

ala...slama ni arda ni spam upanye...

thx skali ag !! :)

cik najihah said... [MTT reply to this comment]

act dulu kite x paham pon ape tu spam..
tapi skang dah paham..
huhuhu..
susah jugak kan.. efect kat org

ct N honey said... [MTT reply to this comment]

saya baru tahu apa spam tu sejak ping ke group,pas tu jgn main2 sbb akaun Fb boleh kena block disebbkan spam,ni..

Anith Hanisah said... [MTT reply to this comment]

ape jdk klau kita buat mcm tue jgk??ada effect ke??

È