Bebelan Terbaru BeloG MTT

Wednesday, December 7, 2011

Alhamdulillah , dah selamat melahirkan

Assalammualaikum

 

Alhamdulillah kekeyangan melahap nasi goreng yang sangat lama tak di jamah pepagi buta akibat kenaikan badan yang mendadak dadak dadak kemain tak hengat dunia.. Jangan kan kata nak kesiankan tuan badan nak simpati sejemput pon memang tak ada langsung.. Terus menerus jer dia menaik tanpa segan dan terpilu.. Sadiss ! –.-‘

Lama rasanya tak membebel tanpa mengeringkan air liur tentang diri sendiri sebab munasabah dah tak banyak aktiviti yang menariks tertariks dan memang debom yang layak di kongsikan di sini..Segalanya berlaku dengan suam suam kuku jer.. –.-‘

Biasa lah hidup kann,ada pasang dan surutnya..Ada kalanya kita dok di atas,adakalanya dok terperosok kat bawah celahan rumput.. Apa pon bersyukur masih mampu mengecapi nikmat hidup sebagai makhluk yang bernama manusia..

Cerita yang dah basi hampir seminggu lebih ini tetap juga MTT nak sharekan dengan para lalink yang masih sudi menjenguk di blog muruk ini tatkala ke-eksaited ingin bergelar MakSu telah pon berjaya di raih.. Dah macam menang pingat emas sukan pulak dah.. Hakkkphuihhhh !

Pada malam Awal Muharam yakni 26hb November 2011 MTT telah menerima panggilan daripada mama kesayangan memberitahu bahawasanya kakak ipar a.k.a wife abang MTT telah pon di masukkan ke hospital oleh kerana telah tiba masa dan waktunya untuk dia melahirkan anak pertama mereka,selaku cucu pertama dalam keluarga MTT dan anak buah sulung bagi MTT..

Siyes,tak tergambar keseronokan yang nak di perkatakan di sini betapa seronok dan bersyukurnya pabila segala urusan berjalan dengan lancar..Kami tunggu dari jam 2.30petang sehingga jam 5.30petang namun masih tidak ada apa apa berita..Jam 6.00 petang doktor bagitahu yang kalau jam 10.00 malam masih belum baby mahu keluar melihat dunia jadinya terpaksa pembedahan di laksanakan..

Tak tergambar rasanya kerisauan yang terpancar di muka abang,kami kami siap makan koci lagi tunggu kat tepi bilik pembedahan..Okay tak tak,itu cerita rekaan semata dua mata kerbau..Alhamdulillah tepat jam 11.20 malam lahir lah zuriat abang selaku anak buah MTT yang sulung di dunia ini,seberat 3.3KG.. Baru lahir dah macam umur sebulan dah.. Hikhik ^^

IMG01094-20111130-1954

         IMG00993-20111127-1842IMG00992-20111127-1841           

            Aisy Ikhmal

Esmet Muhammad Aisy

     IMG00981-20111127-1827 

Seronoknya TokMa Aisy dapat letakkan Aisy di pangkuan,MakSu nya apetah lagi.. Hikhik ^^

 

Kehadiran orang baru selaku telah merampas kedudukan MTT sebagai yang bongsu dalam keluarga tidak mematahkan semangat MTT, Ehhhh ? Haha Tak takkkk , kehadiran orang baru di dalam keluarga ni memberikan seribu satu makna yang sangat besar buat keluarga kami.. ^^

SAM_0392

Ini lah Babah & Ibu Esmet Muhammad Aisy ♥

 

 

 

 

 

 

 

Nota kecik : Semoga Aisy membesar dengan sempurna dan menjadi insan yang berguna.. Amin,MakSu sangat eksaited tunggu Aisy besar ! Hheeeee ~

 

 

 

 

Terima kasih membaca sampai julung bijik mata.. ^^

 

belog

22 Orang balas bebelan:

Namee Roslan said... [MTT reply to this comment]

comelnya !!!! :) geram tgk .teringin nk ada baby gak. hehe. laily bila lg???eheheheh. :) cepat2 kahwin ok.

Lulu Caldina said... [MTT reply to this comment]

tahniah awak ;)

fRaMe+LenSeS said... [MTT reply to this comment]

tahniah kawan. ni nadh da leh pgl kamu macik kan? kan? :P

gedek! said... [MTT reply to this comment]

bila dah besar sikit, jangan pulak kamu jadikan budak tukang kemaskan bilik pulak!

haha!

Huda said... [MTT reply to this comment]

bakal cucu kesayangan nih..Tahniah pada u dan abang dan keluarga u jugak..:)

lieynanilaz said... [MTT reply to this comment]

tahniah MTT dah jadi maksu...semoga esmet menjadi anak yg soleh..:)

Nurhasliza Jeffry said... [MTT reply to this comment]

Sedapnya nama anak buah dia.. Tahniah MTT.. =)

Selendang Merah said... [MTT reply to this comment]

alaaaaaaa....comelnya anak saudara MTT...

Prettywrite said... [MTT reply to this comment]

comelnya baby..tahniah dah jadi maksu..dah besar sikit boleh gomol puas2..hehe

K O R I E said... [MTT reply to this comment]

COmelnya

mmt bila lg?

Rtp Farra Arisha said... [MTT reply to this comment]

alhamdulillah..it's gonna be fun bila menerima the new family members! hihi, i'm gonna send my kisses to him for a moment! MMMUUUUAAAAHHH! :* congratulations..

mas saari said... [MTT reply to this comment]

tahniah maksu dan dapat anak buah...heheheheeeee

kena rajin tolong tukarkan pampers ye!

nurul-rasya said... [MTT reply to this comment]

tahniah! comel je anak sedara hang.

Pen Biru said... [MTT reply to this comment]

tahniah ats kehadiran org baru..

Nur Zulaikha said... [MTT reply to this comment]

jadi aunty la nih..hehe

محمد رازيق said... [MTT reply to this comment]

tahniah dapat anak buah.. mesti cute ni.. hehe

Amy Syaquena said... [MTT reply to this comment]

Comel sangat....tahniah dearrr dah jadi mak su

Miss Nadya said... [MTT reply to this comment]

alhamdulillah...comelsnyer..:)

http://miss-nadya.blogspot.com/2011/12/24-spontaneous-thursday-miss-nadya.html

Saiazuan said... [MTT reply to this comment]

brtmbah besar ahli keluarga ya :D

Muaz Faris said... [MTT reply to this comment]

tahniah ! ibubapa yg akan mencorak langkah seterusnya

Aty said... [MTT reply to this comment]

comey3...=)

maszull said... [MTT reply to this comment]

assalamualaikum MTT...tahniah yer sbb dah bergelar mak su rupa2nya...:)

È