Bebelan Terbaru BeloG MTT

Monday, December 5, 2011

FAKE Account : Makhluk yang tak ada keyakinan diri

Assalammualaikum..

 

Terketaq ketaq jemari runcing ni tatkala berhenti dari membebel tanpa mengeringkan air liur selama 5 hari.. Haihhh ~ Nak mengeluh tak boleh,salah silap sendiri jugak.. Kalau mood dah ke laut memang lah dah tak guna kalau nak di cari sedalam dalam dalamnya memang tak akan di temui sama sekali..

Peliks dan hairan mula merasuki ke dalam seluruh pelusuk badan ni.. Kamu kamu kamu dan kamu ada rasa yang sama takkk ? –.-‘

Okay , tak nak lah meluahkan rasa yang terendam dan terpendam dalam hati ni oleh kerana tak ada mood nak menghupdate sebarang jenis status cuma sekarang nak cuba fokus dengan apa yang dah lama dok perap dalam sanubari hati ini..

 

Fake account

Amaran keras : Gambar di edit oleh tuan empunya BeloG MTT

 

Biasa jumpa fake account kann? Bukan setakat artis yang di ciptakan fake account tapi tapi tapii orang biasa yang tak di kenali pon pasti akan terkena tempias air liur basi cicah cekodok basi yang tak pasal pasal tertepek sekali..

Ini pada pandangan mata MTT lah yang nak di kongsikan dengan para lalink yer..

 

Fake account terbahagi kepada dua peranan si pemegang account

Fake account tanpa pengetahuan mangsa (makhluk yang di kenali ramai) :

  • Inginkan perhatian sebagaimana ‘orang tersebut’ dapat daripada peminat mereka
  • Berkemungkinan kurang mendapat kasih sayang daripada ahli keluarga jadi terpaksa di tagih dengan 'fake' account
  • Nak feeling feeling sambil membajekkan diri adalah diva
  • Memburukkan nama artis tersebut

 

MemFAKE account sendiri (makhluk yang di kenali) :

  • Yang positif adalah kerana ingin berkawan tapi tak mahu mendedahkan identiti yang sebenar..(Bajek hot,tak nak orang tahu dia artis)
  • Cuba menjadi orang lain tapi masih gunakan gambar dan wajahnya yang sebenar..What the fish cake cicah kicap manis kannn??
  • Ingin menjadi pria yang terhebak dengan tackle seluruh wanita yang ada di dalam friendlist
  • Bertukar tukar relationship sebanyak 6567ratos kali dalam masa sebulan..
  • Ingin menarik perhatian media sebab munasabah muka dia tu tak ada la orang tahu sangat yang dia tu #retis (Kalau tengok betul betul baru perasan,tu pon kalau dia sendiri yang bagitau la)

 

Sambungan entri tu klik SINI , dan sebenar benarnya bak kata Yuna entri ni nak terapkan unsur yang lain tapi dah TERjauh menyimpang .. –..-‘

Kalau nak di ikutkan dalam dunia yang serta hebak ni setiap makhluk ada kelebihan dan kelemahan tersendiri jadinya tolak campor bahagi darab rasanya tak perlu sampai mencipta penipuan yang sebegitu rupa untuk jalan yang terlencong dan menyimpang..

Mungkin juga , sebab munasabah tercipta dan mencipta FAKE account :

  • Tak yakin dengan diri sendiri
  • Tak yakin dengan keikhlasan makhluk sekeliling
  • Tak yakin dengan persahabatan yang di hulurkan oleh diri sendiri
  • Mencari keseronokan sementara tapi menyakiti makhluk lain

 

 

Dan sebenarnya lagi berkemungkinan besar gedabak mereka mereka yang mencipta FAKE account tak kira lah sebagai orang lain ataupon sebagai diri sendiri akan tetapi menyorokkan identiti sebenar pastinya lah mendatangkan seribu satu keraguan..

Tak semestinya persahabatan dalam maya ni memerlukan setiap makhluk yang mendaftar menonjolkan mukanya sehingga kan terjojol tetapi cukup lah sekadar ikhlas dalam bersahabat dan tidak mengelirukan sesiapa dengan penyamaran yang tak berapa nak jadi tu yer..

Lama kelamaan segalanya akan memakan diri sendiri juga.. Macam si #retis tu yang dah ketahuan selepas tu hilang tak tentu hala tujuan dan kini muncul kembali.. Jangan ingat I tak perasan nox.. ^^

 

 

 

 

 

 

 

Nota kecik : Persahabatan tu lebih indah jika di terapkan nilai nilai murni seperti kejujuran,keikhlasan dan kerkerkerker sebagainya.. Tak bosankan hidup dalam kepura-puraan dan menipu diri sendiri? –..-‘

 

 

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata.. ^^

 

belog

12 Orang balas bebelan:

mas saari said... [MTT reply to this comment]

setakat ni akaun tak pernah kena fake lagi dan tak pernah fake akaun sendiri!

orang yang suka fake2 ni memang takde pendirian lah..

Selendang Merah said... [MTT reply to this comment]

kejujuran tu lebih penting x perlu kita nak menipu...itu lebih baek.

dulu sm pon penah jd macam tu sebab x dew keyakinan..lama kelamaan bawu ada keyakinan...tapi sekarang dh x jd fake..

NiSha said... [MTT reply to this comment]

fake akaun ni pernah menghantui Nisha satu ketika dulu.. nak2 FB bila Xbf sbok create fake akaun FB dia sbb Nisha block FB dia.. lepas tu dok menyebok x ade keje sakitkn ati.. smpai terpaksa private FB Nisha.. tention betul..

fRaMe+LenSeS said... [MTT reply to this comment]

cian depa kan. iskh3... ehh Qaisyirah. mana kamu p? napa cari kat pesbuk da tadak?

Saiazuan said... [MTT reply to this comment]

hmm mungkin dia sja2 je cipta fake acc ni..

maszull said... [MTT reply to this comment]

assalamualaikum MTT...jadilah diri kita sendiri seadanya jgnlah diri sendiri berlagak baguskn....:)

Namee Roslan said... [MTT reply to this comment]

laily,fake acc ni tak kira artist pun. org biasa pun kena gak. namee kena gak, sampai case jd besar. tp yg namee marah, sbb namee yg dpt nama busuk . menanggung salah org yg guna gambar namee. so, kena hati2 lah dalam hal ni. serious bahaya.

sergeant keroro said... [MTT reply to this comment]

sebenarnya, orang yang buat fake account ni terlebih rajin. haha

FIFIEY LYCHEE MARATION said... [MTT reply to this comment]

jadi diri sendiri lebih senang kot, tak perlu ligat otak pikir idea nk letak nama fake apa, adress fake apa, no..fon fake apa, kawan2 fake apa...hahaha. kan?

shark said... [MTT reply to this comment]

yg pnting jgn dilayan fake2 ni suma:)

Once Upon A Time People Call Me AMAR said... [MTT reply to this comment]

Hurmmm....nak komen....tp rasa mcm x perlu kot. tapi....hurmmm.

Only God Knows Why.

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Once Upon A Time People Call Me AMAR : Ohh AMAR.. Sounds familiar ur name and I think I still remember who u are. Only God knows why? U kena ingat kejujuran dalam persahabatan tu penting ok babe :)

È