Bebelan Terbaru BeloG MTT

Tuesday, December 13, 2011

Terasa rindu zaman mula ber-blogging

Assalammualaikum

 

Blog

 

 

Semalam tidur sampaikan termimpi mimpi di buai mimpi yang tak berapa nak indah tengah syok miok berdating bersama Shaheizy Sam lamunan terhenti dek kerana terfikirkan blog muruk ni. Siyes kadang kadang tu terasa nak merayu pada jemari yang tak berapa nak runcing ni agar kembali rajin menyemarakkan lagi rasa terkinja kinja untuk menghupdate blog sehari sebanyak nampuluhratos kali tapi apekan daya masa masa masa sangat tak mengizinkan.

Jangan kan kata nak menghupdate blog muruk ni,nak menjengah ke blog para lalink pon separa masa yang ada dalam sehari suntuk ni pon memang tak cukup. Nak cuba juga lalu di celahan masa masa yang ada agar dapat mencurik sedikit masa bagi memuaskan jemari yang gatai nak menari ni. –.-‘

Memang jauh di sudut hati ni rasa nak nak nak nak nakkkk ! terkinja kinja kemain amat dasat lagi bila tadi bukak windows live writter ni untuk memulakan bicara. Dan sebenarnya hari hari MTT bukak tapi tapi tapiii kan, al kisahnya bila dah menaip jer,padam. Dah taip , padam lagi , tolak campor bahagi darab sama dengan bila nak lengkap 1 entri kalau gitu kann? Hakkkphuihhhh ! –.-‘

Kadang kadang tu memang kepala hotak yang senonet ni , berangan angan nak lalu di celahan masa bagi memastikan ada masa untuk menaip sekurang kurangnya 1 entri sehari tapi memang sesuatu yang sukar pabila badan yang besar gedabak ni memang tak dapat nak membolosi celahan masa. Sadisssss !

Kalau dulu , masa tak ada pon akan di cuba juga merentasi onak ranjau berduri bagi memastikan blog tak sunyi sepi lagi suram tanpa entri baru , kadang kadang sanggup juga tulis 1 entri yang lengkap dalam handphone (bahagian mesej) , bila ada masa tekial kial lah menghupdate ke dalam blog ini tapi masa gitu semuanya dah berlalu , komitmen membataskan ku dari berbuat yang demikian. Hakkkphuihhhhhhh ! –.-‘

 

 

 

 

 

 

 

Nota kecik : Rindu zaman zaman mula mula berblogging , rindu masa zaman semangat berkobar kobar dulu –.-‘

Kamu kamu kamu dan kamu rindu juga takkkk ? –..-

 

 

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata ^^

belog

16 Orang balas bebelan:

gedek! said... [MTT reply to this comment]

masa mula2 start berbelog, soalan pertama uncle pikir ialah; "Berapa lama la aku boleh tahan buat kerja gila ni..."

~ hehehe

Kaori Hidayah ♥ said... [MTT reply to this comment]

ala akk draftlah dalam buku lu, nanti publish hehe.

lieynanilaz said... [MTT reply to this comment]

kadang2 idea datang mencurah-curah tapi tiada apa yg tertulis...betul masa mula2 berblog dulu saya pun begitu...:)

diana said... [MTT reply to this comment]

rindu jugak..
kalau akak pulak setakat update entry tu tak de masalah la..sebab selalu buat auto post.tapi nak bw dan balas jejak kawan2 tu je yang sakit sikit..
dengan line makin hari makin slow mengikut keadaan cuaca yang mendung..

Syafiq Rosli said... [MTT reply to this comment]

dulu mmg best kan berblogging..tahap adrenalin mmg tggi je nk update..huhu

Eza Boom Boom :) said... [MTT reply to this comment]

Cik MTT dah busy ek sekarang? :(

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said... [MTT reply to this comment]

Samalah dgn MD.. DUlu masa memula start sehari boleh buat 5 entry sekarang nak buat satu pun jenuh meroyan hahahha

ir yien 9897 said... [MTT reply to this comment]

i pun rindu kat mama i nyer blog nie..knapa mama bz sampai lupakan blog..klu dah taip entry tu,teruskan menaip dgn spontan, jgn di delete nyer om..hehehe..

"actualy yien pn kurang smngt berblog daripada dulu: :)

mas saari said... [MTT reply to this comment]

rindu jugak...masa mula2 akak berblog dulu rasa meriah je! sekarang ni dah rasa cam hambar...

tapi akak tetap rajin curi masa untuk update! heheheeee

fRaMe+LenSeS said... [MTT reply to this comment]

saya rdu jugak zaman tu Qaisyirah.. :D

Amy Syaquena said... [MTT reply to this comment]

dearrr kita serupa uhuk...

A retarded kitty said... [MTT reply to this comment]

high five. sekarang ni nak blogging takde mood

Namee Roslan said... [MTT reply to this comment]

laily, sgt betul lah. em tp mula2 dulu namee tak reti menaip sgt. taktau apa yg nak tulis sbb mmg tak pandai menulis. tp dah lama2 tu seakan faham n tahu gaya macam mana nak menulis. skang plak, kalau sehari tak update, esok lusa pun mesti takmau update jugak. so bahaya. kena hari menulis sbnrnya kan. :) tapi idea bukan hari2 ada... :'/

Akulah Pak Lan said... [MTT reply to this comment]

paklan adalah org yg paling malas nak update blog walau pun byk idea. haha

mynameismy said... [MTT reply to this comment]

My pun rindu jugakkk skrg buat hal sendiri je.. T_T

eh da nak tawen eh?:D

maszull said... [MTT reply to this comment]

assalamualaikum MTT...walaupun malas nak update tapi bila tulis n3 mesti yang menarikkan...:)

È