Bebelan Terbaru BeloG MTT

Monday, October 31, 2011

Budaya kita : “ Hah ! Apa dia ! Tak dengar lahhh ! “

Assalammualaikum..

 

Selamat petang buat para lalink sekalian.. Kemain letih lagi hari ni ke sana ke mari meng-settle-kan segala jenis masalah yang tergendala.. Tak pernah rasa sepenat ni dah berapa lama..Berjalan ke sana ke sini dah naik kematu dah tumit kaki ni memberi signal betapa tak larat dan penatnya hari ni..

Tengah hari tadi MTT ambil masa lunch sekejap untuk ke CIMB membuat kad bank baru yang telah berkurun lamanya tidak bertukar ganti.Seharusnya menukarkan kepada yang baru agar ianya kelihatan segar bugar lagi berseri.. Bukan orang jer kena berseri kad bank pon wajib kelihatan berseri okat..Fullstop..Kalau tak meraban,meroyan tak sah..

Cuma di sini dengan rasa terkilan berserta hampa hati serta limpa,jantung dan segala gala organ yang ada dalam badan ni pabila service yang di berikan adalah sangat sangat sangat   TEROKKK !

  • Pekerja di kaunter bersembang macam dekat pasar malam
  • Seolah olah saja melengah lengahkan urusan customer
  • Tak mesra pelanggan
  • Jawab segala persoalan dengan nada yang langsung tak mesra alam

 

Tak cukup dengan keadaan di kaunter yang dah macam pasar borong,tempat manusia memborong teropong,terkejut sebenarnya pabila melihat pertanyaan seseorang kepada si pekerja :

 

Service terok

 

 

Kalau yer pon orang tu tanya pertanyaan dengan nada yang selow mellow,guna lah bahasa yang melambangkan seorang pekerja yang beretika dengan menggunakan bahasa yang malambangkan diri seorang pekerja yang profesional

 

Service terok

 

images

 

“ Bahasa melambangkan budaya”

 

 

 

Semua orang pon penat kalau bekerja tapi kannnn,kan lebih elok kalau gunakan bahasa yang elok untuk menjawab setiap persoalan yang di ajukan.. Tak ada lah bangsa asing yang turut berurusan di tempat yang sama melihat betapa kasarnya bahasa dan budaya yang di tunjukkan di sini.. =..=”)

 

 

 

 

 

 

Nota kecik : Siyes lepas ni MTT terasa nak jaga kad bank macam jaga diri sendiri sebab munasabah memang sangat seksa nak berurusan dengan pihak bank pada ketika dan saat ini.. ^^”

 

 

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata ..

 

belog

Saturday, October 29, 2011

MTT Online Shop : Product

Assalammualaikum dan selamat sejahtera..

 

 

Selamat bermalam hari , berpetang hari , berpagi hari buat sesiapa saja yang sedang memjulingkan bijik mata di blog MTT ini..Alhamdulillah akhirnya siap lah sudah blogshop yang di idamkan dari sejak mula berblogging.. Senyum lebar membasahi bibir ku ini..Cettttt !

Sememangnya dari awal berblogging niat untuk menjual barang online,cuma sebelum ni ruang tidak terbentang luas jadinya seharusnya lah menyekat dulu segala kemahuan yang ada sehingga ada peluang yang terbuka luas gedabak..

MTT akan cuba meng-hupdate apa saja yang termampu untuk menyenangkan sesiapa saja yang mahu membeli item dari blogshop MTT..Sebarang pertanyaan boleh la tinggalkan komen di ruangan komen ataupon terus bertanyakan di facebook MTT yang tertera besar gedabak di side bar..

 

MTT online shop

Klik sini ~~>> MTT online shop

 

Pengenalan :

Okay , di blogshop MTT tak boleh membebel panjang syok sendiri tak tentu hala tujuan kerana ianya adalah blogshop..Nak bebel panjang panjang MTT hanya lah di blog muruk ini..Sambung bab pengenalan di blogshop MTT, menjalankan operasi menjual gadget seperti handphone..Yang lain lain akan datang insya’allah akan di hupdate dengan kadar segera..

 

Cara meng-order :

Untuk membuat pesanan boleh la ke facebook MTT (Laily Qaisyirah) ataupon emailkan ke laily.qaisyirah@gmail.com

Device terkini untuk tempahan di buka :

  • Iphone 4s (Warranty by Apple)
  • Blackberry (Warranty Brighstar)
  • Samsung Galaxy Tab (Warranty by Samsung)
  • HTC
  • Ipad 2 (Warranty by Apple)
  • Ipod

 

 

Harga terjamin lebih rendah dari pasaran !! ^^

 

 

 

 

Nota kecik : Blog tersebut akan di update dari masa ke semasa

 

 

 

Terima kasih daun keladi , lain kali datang jenguk lagi ..

belog

Thursday, October 27, 2011

Laman sosial : Status yang di update

Assalammualaikum..

 

 

Selamat pagi buat para lalink yang jelita serta jelitup.. Hamboi kemain ngelenjat lagi di temani kata kata pujian yang berbunga bungaan yer.. Sejak duatigapatlima menjak ni life MTT dah tak berapa nak di selangi dengan aktiviti akiviti yang menarik tertarik dan daboom yang membolehkan menulingkan bijik mata kalian..Jadinya seharusnya lah menjulingkan bijik mata kalian dengan apa saja yang terlintas di benak pemikiran ni.. ^^”/

Nampak jer ataupon terlintas jer kejadian yang aneh cepat cepat la jemari montel ni sepantas kilat mengambil handphone nak menaip apa yang terjadi di hadapan bijik mata ataupon sesuatu isu yang di bualkan untuk di jadikan entri bagi tatapan umum..Asalkan jemari ni dapat membebel tanpa mengeringkan air liur jadi la kankankannn..

Sejak duapat menjak ni jugak MTT sering kemana saja berseorangan,sementara nak tunggu Cik Cousin back to normal kerja office hour jadinya terpaksa lah mengharungi detik detik cepuk cemas bersama hati yang terlipur lara.. Hakktuihhh ! Biasanya yang jadi peneman kedukaan lara hanya lah laman bersawang..

Antara laman bersawang yang havouge di hati ini :

  • Facebook (Boleh la cuci cuci mata apa yang patot)
  • Blog (Itu pon kadang kadang terasa sunyi jugak..toinkkk ! )
  • Twitter (Jarang jarang online pon sebenarnya..Hikhik)
  • Blackberry Messenger (Yang ni pon boleh jugak kot masuk kategori kot..Hehe)

 

 

Ada sesetengah makhluk berpendapat tak perlu lah setakat nak pi makan Mee Udang Mak Jah tu pon kau nak hupdate bagi semua orang tahu yang ko pi mekentedarah tapi bagi MTT yess ! itu perlu.. toinkkk toinkkk ! Kenapa dan mengapa kah??

 

Status : Nak makan Mee Udang besar gedabakkkkk !!

 

Iklan : Nak beli handphone baru?? Klik SINI..Harga lebih rendah dari market price ^^

 

 

Share benda baru pada list friend :

Selain dari meng-hupdate lokasi pada rakan rakan dan taulan , kita jugak boleh share kan tempat tempat yang menarik yang kita tak pernah pergi apetah lagi terfikir untuk pergi.. Siyes sebab munasabahnya MTT sendiri banyak tahu tentang tempat tempat yang menarik melalui status status yang di hupdate oleh manusia sekeliling.. ^^”

 

Status2

 

 

Meluahkan rasa yang terbuku dalam kolam renang jiwa :

Manusia ni kan ker makhluk yang sensitif.. Err tak takk ada juga yang berhati batu,kadang kadang tu bila kita merasakan sesuatu terasa teramat amat lah gatai jemari ni nak di share kan di laman bersawang tentang apa yang hati senonet ni rasa..Bukan lah dengan harapan akan adanya someone yang akan berikan perhatian cuma cukup dengan sekadar melepaskan apa yang terbuku di hati sudah memadai.. Nak bercakap dengan cikedis sambil tengk dvd rasanya macam tak patot pulak kann..Hikhik ^^

 

Status yang tak mejengkelkan :

Biasa la kankankann kadang kadang kira sebagai manusia yang hebak di atas muka bumi ni masing masing nak tunjuk hebak sambil ade meng-cungkil gigi celah bibir dengan menampakkan kesalahan kesalahan yang dilakukan oleh para pengguna laman bersawang.. Ekkkk ! Asalkan status kita tu tak memaki hamun sesama manusia,tak mengaibkan air muka sendiri atau ahli keluarga tu pon dah memadai..

 

 

Selalu MTT ingatkan pada diri kalau tengah marah kalau boleh nak jauhkan diri dari mendekatkan jemari montel dengan keyboard atau mana mana laman bersawang..Sebab munasabah bila tengah marah dah tak fikir nampuluhlapan ratos kali dah nak hupdate status tuju pada orang tertentu..Oleh yang demikian lebih baik la dok hadap dvd sambil makan asam jeruk cicah kicap muhasabah diri sattt.. ^^

 

 

 

 

 

 

 

Nota kecik : Kadang kadang nak jugak luahkan apa yang terbuku di hati tanpa mengeringkan air lir yer tak? toinkkk toinkkk ! ^^

 

 

 

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata.. ^^

 

belog

Wednesday, October 26, 2011

Pasangan hidup (JODOH) : Lambat atau cepat

Assalammualaikum..

 

Pada abad yang hebak ini semestinya ramai yang maklum bahawasanya perempuan lebih ramai daripada lelaki.. Perkahwinan merupakan satu penyatuan di antara dua makhluk yang bernama manusia.. Perkongsian di antara dua manusia , apa saje jenis perkongsian ..

Pabila seseorang manusia tu dah menjangkaui umur yang sepatotnya di katakan kalau dah kahwin tu dah boleh beranak 18 tak juga kahwin kahwin akan pasti adanya suara suara yang mengajukan soalan bertalu talu talu tanpa segan dan terpilu..

  • Kau bila nak kahwin ?
  • Dah ada calon dah ker ? Bila nak langsung nya ?
  • Haii Jebon , umur ko dah nak masuk tetttt tak kahwin kahwin lagi , milih sangat ker ?
  • Nak kata kau ni tak ada rupa , ada jer batang hedong tapi tak kahwin kahwin lagi apesal ?

 

Antara soalan soalan cepuk cemas yang sering di ajukan pabila seseorang yang sepatotnya yang dah mendirikan rumahtangga dan masih lagi terkial kial sambil cungkil gigi belakang rumah tak berbuat apa apa..

miracle

Kalau sebut pasal perkahwinan tiada yang lain melainkan yang lain dalam kepala hotak MTT yang senonet ni adalah ..

 

Perkahwinan :

  • Restu daripada kedua ibubapa
  • Penyatuan dua manusia
  • Keserasian antara dua manusia
  • Persefahaman antara dua manusia
  • Perkongsian hidup antara dua manusia

 

Kalau nak cari cinta sejati macam zaman dahulu kala katop memang dah tak dapat dah di abad yang hebak ni..Cinta mukabuku , cinta twitter , cinta myspace , cinta cintun bersepah sepah sampaikan yang dah bersepai sepai pon hado.. ^^”

Antara medium yang ada di laman bersosial ada juga yang terfikir fikir menjadikan medium ini untuk mencari cinta sampai ke jinjang pelamin..

cari cinta

 

“Minggu lepas haku kenal dengan mamat tuh , dah jumpa dah.. Tak boleh bla lah babe.. “

“Haaa yang ni mamat haku baru kenal , boleh tahan tapi tapii tapiiii tak boleh bla laa.. “

“Ni yang latest , rasanya ngam kot dengan haku..”

Selang beberapa bulan kemudian ..

“Hmm mamat yang latest tuh?? Alaaa haku kawan kawan jer..Tak boleh bla laaa “

 

“ Cinta yang di cari pastikan pergi , cinta yang datang sendiri pastikan kekal abadi  “

 

Nak mencari cinta tu semudah menghirup hot cekelat sambil mekentedarah asam jeruk mangga cicah dengan kicap.. Ehh tak jauh menyimpang dah tuh pulak kann.. Bukan mudah nak mencari cinta yang membawa hingga ke syurga.. Wahh kemain pulak kann.. Hakktuihhh..

Alam perkahwinan bukan sesuatu perkara yang boleh di umpamakan seperti menukar pakaian..Cepat, lambat,pertengahan ataupon terlewat bukanlah bergantung pada tangan kita sebagai manusia ..Kita hanya mampu berusaha dan yang selebihnya di tangan tuhan..Segala kejadian yang berlaku di atas muka bumi ini tak akan berlaku tanpa keizinan Allah.. ^^

Iklan : Jangan lupa ke blogshop MTT ya.. Harga terjamin lebih rendah.. Hikhik ^^

 

 

 

 

 

Nota kecik : ‎Sayangi dan cintailah orang yg menyayangi & menyintai kamu lebih daripada kamu..Menyayangi & mencintai seseorang yg tidak setanding nilainya berbanding kamu pasti hanya akan melukakan hati kecilmu..

 

 

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata.. ^^

belog

Monday, October 24, 2011

Perbualan dengan KAWAN : Rasa nak lempang (!)

Assalammualaikum ..

 

 

Pernah tak merasakan sedang enak bercerita dengan penuh perasaan dan setulus hati tapi si pendengar tu sambil sebelah tangan dok cungkil kulit koci yang terlekat sambil ber-SMS ? Pabila 2 insan sedang ber-komunikasi selain daripada telinga yang mendengar boleh membantu kita fokus , posisi mata ke arah si pencerita juga boleh membuat kita menghayati jalan penceritaan kannn.. ^^”

Selain dapat memahami jalan penceritaan yang sedang di luahkan oleh insan yang lain , kita juga boleh mengambil iktibar daripada pengalaman hidup orang lain kankankann.. Agak kurang sopan lagi tidak lah elok dalam sisi undang undang percakapan sekiranya sambil bersembang kita ber-SMS..

 

  sms3sms4

 

cerita

 

sms

 

 

Hormat perasaan kawan :

Kan ker lebih elok dan juga manis jika kita menghormati perasaan kawan yang sedang enak lagi asyik di buai perasaan menceritakan tentang sesuatu kejadian yang menimpa dengan harapan tak lah kita TER-sangat eksaited cuma luangkan sedikit masa mendengar dan memberikan pandangan

 

cerita sms2

Rasa diri tak di hormati :

Pabila kawan sedang enak bercerita,sambil kita tangan sebelah sibuk dok cungkil koci yang terlekat celahan gigi dan sebelah lagi asyik berbalas sms ianya sudah pasti boleh mendatangkan kemarahan seseorang yang sedang enak meluahkan perasaan dalam lobak sanubari hati ..Tolak campur bahagi darab bila ini terjadi terasa lah diri seperti tidak di hormati

 

Iklan : Jangan lupa ke blogshop MTT yer,masih dalam proses pemasangan template..

p/s : Amy Syaquena a.k.a owner blog Sinar Raudah masih dalam wad kerana demam denggi,doakan beliau cepat sembuh yaa ! Keadaan makin stabil ..

 

 

 

 

Nota kecik : Kalau kita dah decide untuk berikan sedikit ruang untuk mendengar masalah kawan ataupon sesiapa yang bergelar manusia, elok lah memberikan sepenuh perhatian agar tidak mengecikkan hati mana mana pihak kannnn…

 

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata .. ^^”

belog

Owner blog SINAR RAUDAH (Amy Syaquena) dalam keadaan stabil

Assalammualaikum..

Amy

SMS yang MTT terima daripada Amy 24/10/2011 , 4.45 petang

 

Seperti yang kalau ada yang tahu Amy Syaquena owner blog Sinar Raudah telah pon di masukkan ke wad akibat demam denggi.. Ujian darah beliau positif akan tetapi keadaan beliau semakin stabil..Demam beliau pon dah berkurangan cuma badan beliau masih lagi ada kesan bintik bintik merah dan masih sakit sakit badan..

Cuma beliau juga masih di tahan di wad USM..

MTT dapat tahu tentang penyebaran berita palsu ni pon setelah dapat SMS daripada Amy sendiri,Amy minta MTT double check di blog nya sama ada benar atau tidak ramai yang telah menerima berita palsu tersebut dan memang ianya benar kerana ada seorang makhluk Allah yang tak bertanggungjawab telah menonjolkan diri sebagai ANON dan meninggalkan komen seperti berikut di beberapa entri blogger..

 

Untitled

Komen ni MTT dapat dari salah satu komen entri di blog seorang blogger..

Berita ni sama sekali tak benarrr !

 

Tujuan entri ni di hupdate adalah kerana ada suara suara mereka mereka yang tidak bertanggungjawab telah menyebarkan berita tentang kematian Amy..

Untuk pengetahuan blogger blogger yang mengenali Amy Syaquena a.k.a owner Sinar raudah beliau masih lagi bernafas di atas muka bumi ini dan tolong hentikan menyebarkan berita tentang kematian beliau..

Doakan beliau cepat sembuh yerrr !

 

 

 

 

 

Nota kecik : Berita tentang kematian ni bukan perkara yang main main.. ^^”

 

 

 

Terima kasih membaca

belog

Saturday, October 22, 2011

ASET : Duit sendiri vs Duit makbapak

Assalammualaikum ..

 

 

Dalam kehidupan yang serba serbi hebak di abad ini sudah pasti lah setiap makhluk yang menginap di muka bumi ini pasti meng-inginkan nampak keGAYAan , keUNGGULAN , serta hebak di mata sekalian makhluk lain yang ada ..

Sebagaimana yang di dambarkan oleh setiap manusia yang meng-inginkan memliki aset daripada hasil titik peluh mengerah tulang pat kerat lebih memberikan kepuasan daripada meminta minta ataupon dalam erti kata yang lain selain itu , menggunakan hasil kederat manusia yang lain..

 

ASET

Harta yang di miliki oleh seseorang tidak kiralah dalam bentuk apa sekali pon rumah,kereta,motorsikal,handphone,laptop dan etc .. Apa saja yang boleh di kategori kan sebagai aset untuk seseorang makhluk bernama manusia

Untitled2

Hasil kederat sendiri

Lebih terasa jelas kenikmatan berserta kepuasan diri pabila aset yang di miliki adalah dari hasil kederat sendiri adalah kerana betapa akan jelas terpancar erti sebuah kepuasan pabila segala yang di miliki adalah yang di kerah dari tulang pat kerat sendiri

  • Lebih menghargai
  • Akan terasa lebih menghargai pabila ianya adalah 100% datangnya dari usaha sendiri
  • Mencapai sesuatu pencapaian berbanding dengan mendapatkan sesuatu daripada kederat insan yang lain

Untitled2

Mengerah kederat insan lain

Ada sesetengah manusia yang tak bersyukur, datangnya aset ataupon harta yang di miliki daripada kederat insan yang lain akan tetapi takburnya seperti segalanya dari hasil titik peluh sendiri..Itu lah kalau dah namanya bukan datang dari hasil titik peluh sendiri..

  • Takbur akan menjadi lebih dari luar biasa
  • Tidak menghargai apa yang ada di depan mata
  • Kepuasannya sangat berbeza

 

Kehidupan sekarang ni apa saja pon memerlukan duit , duit tu pula seharusnya ya anak anak datangnya dari hasil usaha sendiri supaya ianya tidak lah menampakkan betapa kita ni hanya perlu mengharapkan hasil dari hasil kederat insan yang lain..

Kepuasan sudah pasti lebih terasa pabila ianya datang dari hasil usaha kita sendiri dan sekiranya ianya bukanlah dari hasil usaha kita akan tetapi ada ruang yang membolehkan kita mendapatkan sesuatu dengan jalan yang mudah seeloknya lah tidak memperlekehkan insan yang lain..

 

p/s : Entri ini adalah sekadar mengingatkan diri sendiri dan berkongsi tentang rasa hati bukanlah untuk membabitkan mana mana pihak.. toinkkk !

p/s : Blogshop MTT masih dalam proses membaik pulih,kalau kalau ada yang sudi berkunjung boleh la ke sana..Kot kot ada yang mencari handphopne yang awesome di abad ini ! Klik SINI.. terima kasih Amy Syaquena a.k.a Sinar Raudah !

 

 

 

 

 

 

Nota kecik : Kita akan lebih menghargai sesuatu benda ataupon pencapaian pabila semasa kita menginginkan sesuatu kita tahu tentang erti penat dan lelah untuk mendapatkannya..

 

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata ^^”

 

belog

Wednesday, October 19, 2011

Beza RAKYAT MALAYSIA dan NEGARA LUAR | Budak 2 tahun digilis 2kali |



Assalammualaikum ..




Kanak kanak di gilis dan tidak di endah kan oleh 18 org manusia yang lalu lalang !



Semuanya tentu dah tahu tentang kejadian yang teramat menyayat hati pabila seorang kanak kanak digilis 2kali dan tidak di endahkan langsung oleh 18 orang manusia yang berhati batu agaknya yang lalu lalang di situ..

Nak di katakan kanak kanak tu ibarat patung yang tak bernyawa yang terbaring kat situ sangat BOHONGGG ! Dia dah digilis dan dah tentunya suara teriakan kanak kanak tersebut dapat di dengari oleh manusia yang berhati batu yang lalu lalang kat situ kannn??


Saat tengok berita tentang ni malam kelmarin tiba tiba dalam hati senonet ni terdetik ;

"Ya Allah , bersyukurnya haku membesar di bumi bernama Malaysia ni "



Sebab munasabahnya :

Rakyat Malaysia Prihatin :

  • Kalau terjadinya perkara perkara yang begini dalam Malaysia dah tentunya orang pertama yang ternampak kejadian sebegini akan menghulurkan bantuan dengan kadar yang segera bagi mengelakkan terjadinya perkara yang tak di ingini
  • Jangan kata kan ternampak manusia yang sedang di timpa musibah yang menarik perhatian rakyat Malaysia membantu malah kalau ada haiwan seperti kucing dan etc yang telah di langgar dan dah mati di tengah jalan pon masih sanggup rakyat Malaysia berhenti dan mengalihkannya..Apetah lagi kalau manusia.. =..=”


Undang undang yang ketat :

  • Akan tetapi ada juga yang berpendapat kalau menolong seseorang makhluk yang di landa musibah akan berpanjangan lah kaitan 'penyelamat' dengan kes tersebut,berkemungkinan besar 'penyelamat' akan di bawa bersama ke balai untuk memberi keterangan,menjadi saksi di mahkamah dan etc




Tapi tapii tapii dan tetapiii mujur lah dalam sejuta mungkin hanya ada segelintir saja yang berfikir jauh sampai ke undang undang yang bakal di hadap sebelum menghulurkan bantuan..Sebab munasabahnya sebelum mereka nak membuang tebiat dengan memikirkan tentang apa yang bakal di hadap seeloknya mereka menyelamatkan dulu nyawa manusia atau manusia yang di timpa musibah sebelum ianya jadi bertambah buruk .. =..="

Sebab munasabahnya seramai 18 orang yang lalu lalang di situ hanya berlalu dan pergi?? Dan reaksi pemandu van hanya di sebabkan undang undang yang di reka cipta oleh manusia ?? Ini jawapan yang melambangkan kecilnya nilai nyawa berbanding undang undang di China yang di reka manusia :

undang undang china
Credit to : Namee Roslan



Di sebabkan hilang nilai sebuah nyawa akibat undang undang manusia , ini terjadi :

                                 


Hopely dekat Malaysia TAK AKAN terjadi perkara begini :'(


Semalam MTT tengok Buletin Utama ,TV3 katanya keadaannya semakin stabil..Berita mana yang lebih tepat yer? =..="











Nota kecik : Dimana lah letaknya nilai nyawa seorang kanak kanak yang tidak berdosa tu jika nak di bandingkan undang undang yang di reka oleh manusia ?? =..="



 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata ..

Kesal ,

 



Tuesday, October 18, 2011

Owner blog SINAR RAUDAH (Amy Syaquena) dalam keadaan stabil

Assalammualaikum..

 

Amy

SMS yang MTT terima daripada Amy 24/10/2011 , 4.45 petang

 

Seperti yang kalau ada yang tahu Amy Syaquena owner blog Sinar Raudah telah pon di masukkan ke wad akibat demam denggi.. Ujian darah beliau positif akan tetapi keadaan beliau semakin stabil..Demam beliau pon dah berkurangan cuma badan beliau masih lagi ada kesan bintik bintik merah dan masih sakit sakit badan..

Cuma beliau juga masih di tahan di wad USM..

MTT dapat tahu tentang penyebaran berita palsu ni pon setelah dapat SMS daripada Amy sendiri,Amy minta MTT double check di blog nya sama ada benar atau tidak ramai yang telah menerima berita palsu tersebut dan memang ianya benar kerana ada seorang makhluk Allah yang tak bertanggungjawab telah menonjolkan diri sebagai ANON dan meninggalkan komen seperti berikut di beberapa entri blogger..

 

Untitled

Komen ni MTT dapat dari salah satu komen entri di blog seorang blogger..

Berita ni sama sekali tak benarrr !

 

Tujuan entri ni di hupdate adalah kerana ada suara suara mereka mereka yang tidak bertanggungjawab telah menyebarkan berita tentang kematian Amy..

Untuk pengetahuan blogger blogger yang mengenali Amy Syaquena a.k.a owner Sinar raudah beliau masih lagi bernafas di atas muka bumi ini dan tolong hentikan menyebarkan berita tentang kematian beliau..

Doakan beliau cepat sembuh yerrr !

 

 

 

 

 

Nota kecik : Berita tentang kematian ni bukan perkara yang main main.. ^^”

 

 

 

Terima kasih membaca

belog

Peristiwa zaman sekolah kini berulang kembali

Assalammualaikum..

 

Selamat pagi kamu kamu dan kamu semua.. Mood nak meng-hupdate sebarang jenis entri merundum jatuh sejak dua menjak ni akibat kerja yang ada belambak lambak yang membataskan diri daripada terus menerus menepek bijik mata depan blog muruk.. Hishhh =..=”

Pernah tak kalian kalian mengalami situasi seperti yang berikut ;

  • Nak ke sekolah pakai stokin sebelah kaler lain sebalah lagi kaler lain (Jadi la kaler pelangi)
  • Nak ke sekolah pakai kasut keduanya kasut sebalah kaki kanan (Konon buat fesyen baru laa)
  • Nak ke tempat kerja pakai anting² sebelah kaler lain,sebelah kaler lain (Im colourfull girl..Yeayyy )
  • Nak ke tempat kerja pakai heel sebelah lain dan sebelah lagi lain (Sangat memalukan..Ishh )

 

Yaa dan semestinya lah perkara perkara di atas bukanlah membuatkan MTT merasakan diri hebak belaka tatkala menjalani perkara perkara di atas akan tetapi terasa macam nak balik ke rumah dengan kadar segera mungkin dan menukar apa yang patot agar tidak di belungi rasa rendah diri yang melampau tatkala berada di dunia luar..

The best part is pagi ni MTT dengan rasa tenang lagi damai la mengatur langkah satu persatu untuk ke kantor dengan semangat waja dan kembara tak hengat dunia punya.. Semangat perlu ada dalam diri agar tidak di belengu dengan penyakit 3M yakni Malas Menguap Mengantuk .. =..=”

Setiba jer di kantor dengan lemah longlai seperti kononnya gadis yang paling ayu di abad ini duduk di tempat sendiri.. Terasa sakit perot yang amat dasat menyerang,jadinya seharusnya lah ke tempat yang sepatotnya..Keluar dari toilet tiba tibaaaa ,

“ Apesal aku rasa kasut aku ni lain macam jer ekkk ? Sebelah tinggi semasam , sebelah lagi kemain lepey pulak.. Dah haus ker hape tapak kasut aku nihh ? =..=”

Terasa pulak nak menurunkan bijik mata ni melihat apekah sebenarnya yang terjadi dannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn .. Tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk !!!

 

kasut sebelah lain

 

Siyes terasa nak berlari dengan kelajuan 1800km sesaat untuk pulang ke rumah dan menukar kasut yang betul.. Huh,sungguh tak ku sangka rupa rupanya keselesaan yang di alami sejak menyarungkan kasut pagi tadi adalah kerana kasut sebelah lain dan sebelah lagi lain.. =..=”

Mungkin jugak sebab munasabah ini terjadi adalah kerana ;

  • Tak cukup tidur (Terlebih tidor adelah kot)
  • Keadaan ruang yang agak gelap gulita jadinya tak berapa nak nampak sangat (Lupa nak pasang lampu)
  • Berkhayal ketika menyarungkan kasut (Tettt tidak sama sekali !)

 

Tak takk takkk mungkin sebab semuanya tidak seperti yang di taep.. Tanggung jela dengan memakai kasut seblah lain dan sebelah lagi lain dengan tenang hati sehingga ke petang.. =..=”

 

 

 

 

 

 

Nota kecik : Buat para lalink silalah berhati hati ketika menyarungkan kasut di pagi hari buta.. =..=”

 

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata .. ^^”

 

Yang sedang malu tak hengat punya ,

belog

Friday, October 14, 2011

“Kau nak jadi BLOGGER BIJAK ker BLOGGER BANGANG?”

Assalammualaikum & Salam 1 Malaysia ( Skema pulak , nak muntah pulak baca balik )

 

 

Orang lain dah jenuh menaep berpuluh puluh entri untuk hari ni tapi MTT baru nak terkial kial sambil cungkil daging double cheese burger yang melekat lekat kat gusi.. Ceetttt ! Kureng sopan untuk di ketahui umum tapi takpe , sharing is so loving kankankan.. Tergetiks lebih pulak di hari Jumaat yang indah ni.. Ada rasa nak lempang kan sebab munasabah nyampah sesangat.. toinkkk toinkkk ! ^^”

Hari ni dah masuk 8 bulan 20 hari MTT menerjunkan diri ke dalam dunia blogging yang dahulu kala katopnya merupakan satu dunia yang happening lagi membuatkan rasa terkesima sampaikan boleh terkinja kinja bila tidur malam sebab munasabah tak sabarnya nak hadap blog muruk ni lagi pada keesokan harinya.. Kenangan tu dah save baik baik dalam peti besi hotak ni.. =..=)

Nak bukak blog ni umpama hirup hot cekelat tepi jendela sambil menikmati keindahan lembu kat luar rumah berlari berkejaran dengan sang ayam.. Ekkk ! Okay , berbalik kepada point yang asalnya..

 

Nak buat blog ? Petikk jari jer bhaiii !

  • Sign up nampulohlapan ratos account
  • Pilih nama yang agak agak boleh dapat market mencanak
  • Tulis hape saja nak tulis
  • Dah settle membebel , sign out

 

Pernah sedang enak menikmati pemandangan bersama kawan yang tak seperjuangan MTT di ajukan soalan cepuk cemas , rasa macam nak cepuk pon ada masa tu.. Oppsss ! Sebab munasabah berbaju kurung hari ni , control ayu balik.. =..=”

Iklan seharusnya di selitkan bagi mengawal ketegangan urat mata kalian .. ^^”

 

“ Best sangat ker kau dok hadap blog kau 24567jam ? “

Jawapan yang MTT bagi ada dalam entri nun .. ---> SINI

 

Lepas dah terkebil kebil bijik mata dia membaca apa yang ada dalam entri tuh , ada lagi soalan cepuk cemas dah hampir nak tercepuk dah .. =..=”

 

“ Kalau kau nak jadi blogger bijak ker blogger bangang ? “

 

blogger bijak & bangang

 

 

Belum ada lagi entri untuk MTT buat pilihan sama ada nak jadi blogger bijak mahupun blogger bangang.. =..=”

To kawan : Silalah baca entri ni yer wahai kawan.. ^^”

Berikut adalah pendapat peribadi MTT sebagai seorang manusia yang kerdil lagi kecil..

Memang senang sesenang beli kacang jari di kedai runcit untuk menjadi seorang blogger akan tetapi sangat sangat sukar untuk menjadi seorang blogger yang bijak sebab munasabah bijak tu subjektif kalau nak di terangkan isi kandungan dalam 2 perkataan BLOGGER BIJAK tuh..

Penulisan yang terdapat dalam setiap entri para blogger ada pelbagai,boleh klik sini untuk keterangan yang lebih lagi lagi dan lagi lagi.. ( LINK )

Sebab munasabah itu jugak lah dunia blogging ni tak pernah suram lagi muram dengan artikel artikel yang di hupdate oleh para blogger..

 

 

Blog Peribadi

Blog personal pabila blogger yang suka menaip pelbagai jenis entri yang berkaitan dengan dirinya,apa saja yang dia lakukan dalam hidup seharian dia,tak kira lah korang rasa menarik ker tak menarik ker tapi jarinya tetap gagah menari.. Kankankan..

Sambil berkongsi tentang hidup si tuan empunya blog , kita sebagai pembaca pon boleh juga tumpang ketahui tentang perjalanan hidup makhluk lain dalam abad ni..Dan sambil tu kita juga boleh ambil pengajaran dan iktibar di masa akan datang kankankan?

Macam blog Mrs Secretary , Niena Pengembara Ilahi boleh di katakan dalam setiap entri mereka ada mesej yang cuba di sampaikan dan MTT pasti itu adalah apa yang berlaku di sekeliling mereka ..

 

Blog Informasi

Blog yang memuat naikkan entri entri yang berinformasi adalah sangat wajar di rapati bagi menambahkan ilmu pengetahuan tentang perkara yang berlaku di sekeliling.. Tak kira lah dari puhh kanan puhh kiri sampai lah ke persekitaran kita dan membawa kepada dunia yang hebak pada abad ini..

Sambil menambah nambahkan apa yang dah lama expired dalam pala hotak ni,ada juga blog yang sering memuat naikkan berita berita yang berlaku di sekeliling kita macam blog Lulu Pages , Macam Ni Lah dan lain lain lagi banyak sangat kalau nak listkan ni.. toinkkk toinkkk ! =..=”

 

Blog Tegas

Blog tegas ni kategori yang suka hati limpa jantung dan sekalian organ dalam yang ada dalam tubuh badan MTT punya kategori , blog begini yang MTT panggil Blog Tegas pabila penulisan entri yang berani menyuarakan pendapat tentang apa saja yang di lihat , ataupon yang terjadi di sekelilingnya.. Contoh blog seperti berikut kalau tak kenal memang kesian , Namee Roslan , A Retarded Kitty dan yang seangkatan dengannya ..

 

Blog Peribadi dan Kerjaya

Blog blog yang menceritakan tentang kerjaya salah satu blog yang mampu menarik perhatian pembaca sebab munasabah , menjadi sesuatu yang menarik pabila kita dapat mengetahui tentang perjalanan hidup bidang kerjaya yang di ceburi oleh seseorang makhluk yang lain.. Sangat awesome dan bukan anoyying okay !

Blog BER-kerjaya yang sering MTT lawati adalah  blog Rozita Syaz Wan ..

 

 

Tolak campor bahagi darab sama dengan tiada istilah seorang blogger bijak mahupon tak bijak dalam mengendalikan sesebuah blog.. Penulisan adalah pelbagai terpulang kepada individu tersebut untuk membuatkan beliau nampak bijak dalam menyuarakan pendapat , penceritaan ataupon apa saja la asalkan tak nampak BANGANG di mata pembaca kankankan ? =..=”

 

 

 

 

 

Nota kecik : Dan sebenarnya ada lagi yang terbuku dalam hati senonet ni nak menaep akan tetapi mengenangkan entri ni dah jadi panjang berjela elok lah MTT hentikan dulu sebelum kalian muntah darah kaler warna warni.. =..=

Nota kecikk : BeloG MTT ? Tak tahu nak kategori yang macam mana sebab munasabah bebel ikut suka hati jer.. ^^’

 

 

 

 

 

 

Terima kasih membaca sampai julilng bijik mata .. ^^

Luahan hati senonet ,

belog

Thursday, October 13, 2011

Manusia TAK SUKA MASALAH tapi SUKA MENCARI MASALAH

P/S : Entri samar samar bayangan

 

 

Selamat dah mengenyangkan perot tersayang bersama nasi berani yang memang membuatkan MTT menjadi gagah berani kemain dah ni ha.. Konon berani lepas dah melahap nasi berani.. Hakkktuihhh !

Bila sebut pasal berani orang selalu cakap kalau nak hidup dalam dunia yang penuh pancaroba merba ni seharusnya menguatkan semangat daripada segi fizikal dan mental.. Tak kira lah nak tempuh makhluk makhluk yang hebak hebak kat abad ni dengan cara terang terangan mahupon halus halusan..

Terngiang ngiang kat cupin telinga ni pesan mama ;

 

“ Kita hidup ni kena selalu sabar , biar apa pon orang buat kita , jangan cari masalah kalau tak nak dapat masalah “

 

Bila terkenang dan mengenang ngenang ada betulnya kalau kita tak cari masalah dengan orang , orang tak akan cari masalah dengan kita yang kecil lagi kerdil nie.. Pernah dengar tak ayat ayat berikut ?

 

  • Kita kaya , ada orang lagi kaya (Jadi jangan berlagak terlebih)
  • Kita miskin , ada orang lagi miskin (Kita susah ada yang lagi susah)
  • Kita lawa , ada orang lagi lawa (Jangan bajek cantik la kononnya)
  • Kita kuat , ada orang lagi kuat (Jangan ingat kederat kita tulang besi)

 

 

Tapii tapii tapiiii , susah nak jangka hidup di bandar metropolitan begini bila sentiasa adanya orang orang yang selalu nak cari masalah dengan orang yang tak nak masalah..Nak duduk di tepian jendela sambil meng-hirup hot cekelat pon tak senang hati sampaikan boleh tersedak sedak keluar hot kaler pelangi .. =..=”

Kederat kita adalah tulang pat kerat manusia biasa yang tak boleh di transformasi kan menjadi tulang dawai besi yang tak lut dek apa jenis halangan yang datang..Kadang kadang bila kita tak cari masalah dengan orang , orang yang akan carti masalah dengan kita ..

 

Contoh 1 :

 

p/s : Cerita sebenar yang benar benar terjadi semalam .. =..=”

 

 

Sedang enak si B melepak di celahan warong Mak Jenab sambil mencungkil cungkil tahi gigi yang melekat di celahan dalaman gigi datangnya seorang makhluk yang entah daripada pelusuk mana menyerang dengan caci makian , di cakap oleh si B silalah beredar jangan buat kacau

Selepas beredar si makhluk gilo datang menyerang dari arah belakang dengan rakusnya..Si B membalas serangan maka terjadilah serangan yang bertubi tubi ..Maka tercetus dan meletus lah peperangan antara 2 makhluk yang hebak di abad ini .. =..=”

 

 

 

 

 

Nota kecik : Manusia tak suka masalah akan tetapi manusia suka mencari masalah.. Hakkktuihhh !

 

 

 

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata ..

 

Yang sedang kerisauan ,

belog

Takot² kalau bertukar jadi Otomen Taro

Assalammualaikum..

 

Semakin lama semakin menurun jatuh merundum mood nak meng-hadap blog muruk ni 24 jam.. Sebab sebab sebab sebab .. Err semuanya gara gara internet yang lembap kemain rasa dah tak larat dah nak bawak bertendang , menendang , makan kueh teow kungfu tok sah cakap lah.. Siyes penat dah nak layan tahap kelembab-an yang amat lah dasat .. =..=”

Jangan kan kata nak blogwalking , nak bukak dashboard sendiri pon kemain malu malu sepot sedod lagi nak loading ..Katanya nak bertukar dengan kadar segera mungkin kepada syarikat telco ini ,

 

 

Tapii sampai ke hari ni dah nak masuk nampulohlapan ratos bulan dah tak jugak datang masangnya dengan rela hati tanpa paksaan dari kuasa sakti otomen taro.. =..=”

Perkara begini memang tersangat lah membimbangkan.. Mana taknya , MTT dengan rasa keterujaan nak membalas segala jenis kunjungan dengan eksaitednya tiba tiba loading malu malu biawak pulak ! =..=”

Tu belum masuk lagi blog yang mempunyai khazanah khazanah yang bernilai seperti :

  • Lagu auto play
  • Gambar belambak kemain  (Chomel chomel belako)
  • Widget katun otomen taro
  • Jam dinding pada blog

 

Banyak kemain la kalau nak di listkan kat sini .. Kena pinjam jemari kaki nak sambung membuat penyenaraian.. Hakktuihhhh !

Tapii tapii tapiii dan akan tetapi ya , entri ini adalah bukan ber-baur kutukan ataupon penghinaan buat mana mana blog yang ada terselit apa yang MTT nyatakan di atas tu,entri ni MTT keluarkan secara drastiknya dan yang pasti bukan plastik surgeri adalah kerana ingin memohon ampun maaf bersempena dengan Hari Raya Haji yang bakal tiba tak lama lagi..

Tak tak takkkk , nak mintak maaf sekiranya ada mana mana kunjungan yang masih belum MTT balas , jangan kata nak balas nak tepekkan bijik mata membaca entri pon loading tak habes habes sampai bawak keesokan harinya.. (Nampak nor nipunyerr.. =..=”)

 

Iklan : Macam macam hal dunia sekarang –> SINI

 

 

 

 

Nota kecik : Turun naik emosi dalam kehidupan sesuatu yang normal kankankan ? =..=”

 

 

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata ..

Yang kekesalan ,

belog

Wednesday, October 12, 2011

Pokok keluarga kecil yang bakal bercambah

Assalammualaikum ..

 

Selamat ber-tengah hari , berpetang hari , berpagi hari dan bermalam hari untuk kamu kamu kamu semua..(Asyik guna ayat sama sampaikan dah nak termuntah nak menaip..toinkkk !) Alhamdulillah perot tersayang masih lagi kelaparan tahap chipmuck monster gara gara cuma berbekalkan milo panas sesedot dan juga beberapa keping roti bakar.. (Beberapa keping pon lapaq ketaq lagi.. =..=”)

Hari ni dengan muka toyer ngalahkan Mat Toyer yang salu dok melepak kat kedai kopi Nek Jah akibat pepagi buta lagi dah mem-beliakkan bijik mata ke Jabatan Pendaftaran Negara menukar cip ic Mista Tunang yang telah pon luput di mamah usia.. Tak ada kualiti kankankan? Asyik tak boleh nak membaca jer Cip nya , buta huruf betui .. Hakkktuihhh !

Sedang enak duduk bercengkerangma dengan mama tersayang dan Mista Tunang sementara menunggu giliran tiba sambil tu la mata ni sebok nak membaca artikel artikel yang terlekat di celah celahan gigi dinding di kaunter berdekatan dengan kawasan setempat.. Tertarik dengan satu artikel tentang MyKid..

Kepala hotak dengan kadar sesegara 1800km/sesaat melayang layang dan terkenang kenang bahawasanya kurang sebulan lagi akan ada lah pertambahan dalam ahli keluarga MTT dengan seorang bayi chomel yang bakal di lahirkan yakni zuriat abang MTT.. toinkkk toinkkk !

 

    SAM_0392MiMiE_MY_

Dari belakang ramping kankankan.. Kata orang tua baby lelaki kalau ramping.. ^^

 

Sila saksikan gambar rajah di bawah ;

Famili Tree

Lama kemain dah tak buat famili tree gini , rindu pulak nak duduk atas kerusi sekolah.. =..=”

 

Sangat kecil lagi kerdil ya keluarga MTT , cuma ada seorang kakak , seorang abang dan seorang ehhh tak ada seorang dah , yang ketiga adalah MTT yang suka membebel syok sendiri kat blog muruk ni haa.. =..=”

Tapii tapii tapii MTT mempunyai seorang cousin merangkap teman 24jam menemani kemana saja yakni Miss Cousin a.k.a Cik Katek , blog dia berabad dah berusang kalau nak p jenguk p la .. Klik SINI ..

Pada detik dan saat ini wife abang MTT merangkap teman MTT dahulu kala katopnya sedang sarat mengandung 8 bulan , kurang sebulan lagi maka akan lahir lah seorang cucu bagi kedua ibu dan bapa MTT .. Jadi Nenek & Atok dah mama dan abah nanti..

Keluarga yang kecil namun masih bersyukur kepada yang berada di atas kerana masih mempunyai keluarga walaupon hanya tigapat kerat.. Mereka mereka yang tak ada keluarga tu lagi la berduka lara hati berserta hempedu mereka.. Tolak campor bahagi darab sama dengan MTT masih bersyukur..

 

Iklan : Entri ini di taip dengan penuh keterujaan yang tak sabar nak bergelar Mak Uchuuuu ! ^^

 

 

 

 

 

Nota kecik : Sama sama doakan semoga selamat semuanya yaa ! Aminnnnn ..

 

 

 

Terima kasih membaca smapai juling bijik mata .. ^^

Mak Uchu yang eksaited ,

belog

Tuesday, October 11, 2011

Terkesima dengan Pulau Perhentian | Entry bergambar

Assalammualaikum ..

 

 

Selamat pagi buat para lalink sekalian .. Sehat kah kamu kamu kamu dan kamu semua??.. Lama betul dah rasanya jemari ni tak menari kemain ghairah lagi kat atas keyboard ni sambil mengikut rentak irama membebel syok sendiri tanpa mengeringkan air liur.. Hakkkktuihhhh !

Seperti yang kalian sedia maklum yang MTT maklumkan di zaman dahulu kala katop MTT telah pon menyertai suatu misi bantuan khas ke Somalia.. Err tettttt , salah statement dah menyimpang dah sangat tuh.. MTT telah pon ke Pulau Perhentian bagi meng-gelapkan kulit muka supaya menjadi gelap segelap gelapnya.. toinkkkk toinkkk !

Jenuh gali sampai sedalam dalam yang boleh nak kumpul semangat nak membebel tanpa mengeringkan air liur kembali sebenarnya ni..Lama benar lamanya tinggalkan blog ni terkulai layu berusang.. =..=”

Mempersembahkan untuk tatapan serta menjulingkan mata kaliannnnnnnnnnnnnnnnn !

IMG_4244

Cantik sungguh alam ciptaan-Nya kankankan?

Sesampai jer dengan sana memang MTT jadi seperti tak keruan tak tentu hala tujuan melihat keindahan dan kecantikan air laut yang memang terbaekkkkk ! Air laut kat sana memang sangat sangat sangat sangat lah cantikkkkkk !

 

Iklan : Dan sebenarnya siyes tak tahu nak mula dari mana,yang mana nak letak tang tengah yang mana nak bagi ending =..=”

Seperti yang MTT wawarkan dalam entri INI dan juga INI , MTT bertolak pada jam 11malam ( 5 Oct 2011 , Rabu) dan sampai di Kuala Besut pada jam lebih kurang tak lebih sikit pon 7.00 pagi .. Alhamdulillah sepanjang perjalanan walaupon hujan tapi kami semua selamat sampai dengan selamat dan jayanyaaa ..

Sesampai untuk kedua kalinya bersiap sedia lah kami dengan tulang pat kerat yang dah berbunyi bunyi mintak di rehatkan untuk mengisi perot tersayang dengan breakfast buat hari pertama di Pulau yang serba indah..Dan sejurus selepas breakfast terus terjun ke laut untuk ber-snorkling.. Pulau jer yang indah tapi orang orang kat pulau tu indah khabar dari rupa..

Sebab munasabahnya :

  • Langsung tak peramah (Orang pulau memang sombong kot?)
  • Menyombong tak tentu hala tujuan (Macam kan kami warga asing datang dari planet mana tah)
  • Tengok orang macam nak telan ( Takotsss mak nox ! )
  • Langsung tak ada hiburan , senyap sunyi (Sesuai kalau nak honeymoon jer)
  • Service sangat terokkk ! (Hmm layanan sangat terok )

 

Semua komen yang di nyatakan di atas adalah terletak di sebuah chalet yang di beri nama Flora Bay Resort , Pulau Perhentian Besar .. Siyes , bukan nak memburukkan akan tetapi sangat lah hampa lagi luruh hati yang senonet ni bila mengenangkan layanan yang di berikan yang sangat tidak memuaskan hati serta limpa.. =..=”

Tapiii tapiii tapiiii ,

  • Bilik chalet memuaskan
  • Pemandangan memuaskan
  • Air cantikkkk

 

Alhamdulillah la cuaca kat sana pon baik baik saje cuma malam kedua tengah syok ber-game depan unggun api tenok langi dah gulap gulita , terpaksa la semua balik ke bilik buat aktiviti membenih bijik mata..

Jungle tracking yang septotnya di buat pada terpaksa di batalkan gara gara cuaca sebelah malam tak berapa mengizinkan jadi untuk mengelakkan perkara perkara yang tidak di ingini seharusnya lah membatalkan..Tambahan pula perjalanan 45minit pergi dan 45 minit balik jadinya untuk mengelakkan keletihan yang berpanjangan ketika perjalanan pulang seharusnya di batalkan.. Mencikkkk ! =..=”

Sila lah menatap sekalian bijik mata dengan gambar gambar yang tak seberapa yang bakal di persembahkannn..

 

 

Maaf kaedahnya gambor terpaksa dibuang sebab munasabah tatkala itu masih belum berhijab. Mohon sesiapa juga yang ada gambar saya sebelum berhijab dibuang dan jangan di siarkan di mana-mana. *ko ingat engko retis?? HAHA Hanya secebis pesanan buat mereka-mereka* Terima kasih Smile - 30/9/2014

 

 

------Sekian,tamat-------

 

 

 

 

Nota kecik : Entri ni merupakan entri seseorang yang tidak tahu nak mulakan cerita dari mana dan nak mengakhiri di mana.. Jamah mana yang sempat di jamah jela ya ! toinkkk toinkkk !

Nota kecikkk : Rindu nak blogwalking dengan kadar segera dah nie ! =..=

 

 

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata .. ^^

 

Yang sedang merindui Pulau ,

belog

Wednesday, October 5, 2011

Awak … bagi no phone awak boleh (?)

Assalammualaikum ..

 

Untitled

TERwordless Wednesday pulak =..=”

 

Sepoi sepoi bahasa jer hangen berlalu hari ni seiringan dengan kadar emosi yang agak suam suam kuku kaki , tiba tiba rasa kemain eksaited yang di kumpul berhari hari dah pupus di mamah usia dan waktu yang lambat yang teramat amat amat berjalan.. Cehhhhhhh !

Laman bersawang adalah medium perantaran yang membolehkan segala jenis manusia berhubung dengan kadar nampuluhlapantujuh ratos kilometer sejam.. Termasuk lah mencari kenalan lama yang dah lama sepi , sunyi.. Kalau ada no fon pon sekadar terperap dalam handphone dan tunggu lah sampai tiba masanya untuk di humbankan ke dalam longgokan handphone jahanam..

Akan tetapi ya anak anak sekalian lebih ramai yang menggunakan medium yang di berikan dan kemudahan kemudahan ini sebagai batu loncatan untuk menjual minyak sapi , minyak dagu , minyak ulat bulu dan pelbagai lagi jenis minyak yekkkk ! Hakkktuihhhh ! (Bajek konon nak jadi skema tak hengat)

 

Jam pertama :

Awakkk , nak no fon awak boleh ?

Sejam kemudian :

Awakk , tak sudi ker nak kawan dengan saya..

Dua jam kemudian :

Awakk , saya ikhlas ni nak berkawan dengan awak ..

Tiga jam kemudian :

Awakk , saya betul betul nak kawan dengan awak ni , bagi la no fon …

 

 

Try juga tengok  , sapekah ini ? Kenal kah ? Hmm , tak ada pulak mutual friend yang tersangkut satu dua kerat .. Kalau sekali dua mesej yang di hantar tak apa lah aiman tak kesah.. Ni kalau dah sejam sekali menghantar tak ker boleh mendatangkan keraguan yang teramat dasat.. =..=”

Sistem paksaan yang sedemikian rupa hanya lah mendatangkan kemudaratan kepada pertalian persahabatan yang terjalin dengan hanya meng-ACCEPT friend request SAHAJA.. Solusi yang terbaek hanya dengan meng-ignore mesej mesej berbaur keramahan mereka yang tak tentu hala tujuan tu ataupon mem-block mereka mereka yang sangat peramah ini..

Tapi tapii tapiii , itu MTT yang dulu yang hanya meng-ACCEPT sesiapa saja yang meng-ADD dengan senang hati tanpa berfikir panjang berjela jela jelut..Sekarang seharusnya memasang agen 404 untuk memastikan tiada istilah stalker dalam persahabatan yang di sambut dengan tulus ikhlas dari lobak hati yang paling dalam tak terselam ni haa.. Hakktuihhh !

Biasanya memang akan tengok mutual friend , mereka yang bertuah hanya lah di kalangan blogger.. toinkkk toinkkkk ! Yang lain tu bukan lah nak meng-hangkat hedong yang tak mancung ni dengan tingginya sambil buat muka ngalahkan The Rock lalu mengatakan “Hellooo aku tak kenal ko so jangan add aku okay ! “

Tidak lah tak berhati perot sehinggakan sedemikian rupa tapi tengok juga lah kalau kalau mungkin kenal , mungkin tidak .. Ramai yang dah salah gunakan kemudahan yang ada di zaman yang makin moden tak hengat ini dengan cara yang salah buatkan manusia yang kerdil macam MTT ni jadi terketaqq ketaqq nak menyambut mesra tangan yang di hulur.. Cetttttt !

 

 

 

 

Nota kecik : Malam ni MTT akan bertolak ke Pulau Perhentian pada jam 10 malam (LINK).. Doakan MTT selamat dalam perjalanan dan selamat pulang yer para lalink..

 

 

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata .. ^^

 

Konon with LOVE ♥ ,

belog

È