Bebelan Terbaru BeloG MTT

Saturday, December 31, 2011

I DON’T READ newspapers, I READ MyNewsHub

Assalammualaikum. Hello para lalink ^^

 

 

p/s : Nak menang RM100 ?? Baca entri ni sampai habes ! ^^

Kalau dulu masa kecik kecik MTT ni lah makhluk yang paling pemalas tak hengat sekali nak tengok berita dan ambil tahu perkembangan sekeliling kat tv. Bila mama suruh buka berita tepat jam 8.00 malam macam biasa channel feberet TV3 ! Mula lah mulut ni asyik nak membebel tak tentu hala tujuan cakap ala, mama nak tengok apa jer,dua orang pembaca berita dok tercegat kat situ sambil baca skrip,kalau kachak bergaya dan jelita tak pelah jugak. Cettt !

Biasa lah kan kanak kanak kegirangan asyik fikir nak tengok benda yang indah indah belaka jer kan. Kalau benda yang membosankan tu memang susah lah kan nak terapkan dalam kepala hotak ni. Tapi ya anak anak bila masa memakan masa seterusnya membuatkan pemikiran ni mula matang baru lah terasa nak ambil tahu perkembangan yang berlaku di muka bumi ni. Cehhhh !

Risau dengan perkembangan dunia, ekonomi negara, penggiat seni yang menghiasi persada seni, perkara perkara baru yang berlaku di luar dan dalam negara ingin di sampaikan dari satu peringkat ke peringkat yang lain. Medium medium yang biasa di gunakan pastinya lah tv,media semasa,surat khabar dan yang terkini lagi ohsem ! Berita dah boleh di baca secara pantas lagi tangkas ! Yeyyyy !

Girang gumbira cakap dengan keluarga tersayang,rakan dan taulan. Dah dah dah tak payah nak bazir duit dah nak beli surat khabar hari hari dekat kedai Ah Seng tu. Nahhh ! Hamekk tengok ni jangan lupa siap buat bookmark sekali. Siyes, MTT pon dah siap buat bookmark dah !

Boleh jimat cermat semart kann? Duit yang nak beli surat khabar tuh, boleh simpan untuk beli tiket wayang ker KL Gangster 2, nak pergi taman burung ker, nak shopping nampuluhlapan ratos kali sebulan ker kannn. Hanya dengan 1 website, segala yang korang nak tahu tentang hal yang berlaku di sekeliling ni di hujung jari bhaii. Tak yah lenguh lenguh kaki jalan kaki gi kedai dah.

 

MNH

MyNewsHub90,000 share? Ohsem! Kann?

 

mynewshub3

Nak berita lalu lalang depan mata? Klik sini - MyNewsHub Fan Page

 

MTT mula kenal portal berita online yang terhangat di Malaysia ni, sejak berjinak jinak dalam dunia blogging. Pembaca yang berkunjung ke MyNewsHub bukan saja dapat mengentahui berita berita terkini yang hup-to-date, malah berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik sebab munasabah portal terhangat di Malaysia ini kerap kali menganjurkan pelbagai giveaway dan banyak hadiah hadiah yang ohsem yang sudi di berikan kepada pengunjung portal ini.

MyNewsHub, nak apa lagi kann? Jangan katakan dapat tahu berita berita terkini yang hup-to-date malah siap cuba memberikan pelbagai hadiah menarik melalui giveaway/contest contest yang senang sesenang kunyah kacang cap jari. Bukan setakat blogger jer yang boleh join giveaway/contest contest yang di anjurkan,korang yang ada account facebook pon boleh terkinja kinja join sekali tanpa segan terpilu. Siyes , tak tipu apetah lagi nak membohong.

 

REWARDS SYSTEM (!)

 Reward

Lagi kerap kunjungan ke MyNewsHub,lagi banyak point yang korang boleh dapat !

Reward

 

Selain dari mengetahui perkembangan berita semasa di sekeliling korang,di MyNewsHub juga korang boleh mendapat point sebagai reward yang boleh korang tebus pabila point telah mencukupi. Bukan saja dapat baca dan tahu tentang perkembangan dunia bahkan korang boleh dapat reward dengan setiap kali korang klik masuk ke portal MyNewsHub ni kannn. Best best best kann !

Oleh yang demikian,rajin rajinkan lah diri ambil tahu perkembangan sekeliling dengan membaca berita berita yang ada di MyNewsHub sambil tu boleh menang macam macam. Oshem kann? Kat portal berita online lain jarang jarang di kesan adanya peluang peluang gini.

Cakap saja korang nak tahu tentang apa, tentang siapa, tentang perkembangan apa semuanya ada di :

 

MyNewsHub

 

Okay, bersempena dengan 1st anniversary MyNewsHub pada Febuari 2012, akan adanya 1 contest yang simple lagi senang untuk di sertai. Sambil korang blogwalking, chit chat kat muka buku , boleh meng-joinkan diri dalam contest bersempena dengan 1st anniversary MyNewsHub nih , hadiahnya dah tentu boleh buat bijik mata korang tersembol sembol okay.

Mudah saja contest yang di buat ni, cuma perlu klik , REVIEW dan KOMEN !

MNH2

5 Komen yang terbaik, terhebak dan buatkan tersembol bijik mata membacanya akan menerima RM100 setiap seorang !

------------------------------------------------------------------------------------

Cara untuk join seperti di bawah ya. Tak payah susah susah nak buat entri berbagai :

 

Step (1)

Korang cuma perlu klik sini (LINK)

Reviews

 

Step (2)

Login menggunakan account facebook (senang jer kann?)

MNH2

MNH3

 

Step (3)

Isikan ruangan yang di sediakan. Komen mesti lah jujur ikhlas, tulus, mulus, telus dari lobak hati ya, dan yang paling PENTING tiada unsur caci makian. Bahasa jiwa bangsa kann kann kann~ ^^

MNH4

MNH5

 

Step (4)

DONE (!)

MNH6

 

Step (5)

Selepas dah selesai , kamu hanya perlu emailkan beberapa butiran dan copy paste komen tadi bagi tujuan verifikasi ke rewards@mynewshub.my :

MNH

 

Penyertaan bermula        :  31 Disember 2011

Tarikh tutup penyertaan :  31 Januari 2012

Pemenang akan di umumkan melalui email

 

------------------------------------------------------------------------------------

 

 

-GOOD LUCK-

 

belog

Thursday, December 29, 2011

Pakej BERGURAU sekali dengan PENAMPAR

Assalammualaikum.

 

 

 

Bergurau, orang kata bergurau ni adalah sesuatu yang sangat mustajab untuk melegakan tekanan yang amat dasat yang telah menghinggap di atas kepala hotak,mahupon di dalam ya. Ianya boleh di hilangkan dengan serta merta tatkala adanya rakan dan taulan yang mampu merenggangkan sedikit ketengangan urat hotak.

Tapi tapi tapi dan akan tetapi ya para lalink,bergurau ni kalau tak kena gayanya silap silap membolehkan kita mendapat penampar,penyepak mahupon free kick yang tak usah di minta minta bahkan akan di berikan secara percuma tanpa rasa segan mahupon terpilu langsung.

Orang tua tua dah dok pesan dah nampuluhlapan ratos kali sampai kan dah naik bengkak dah telinga,kalau nak bergurau biar kena pada tempatnya. Jangan main sondol ikut dan jer,nanti kang tak pasal pasal makan penampar percuma hinggap kat pipi lantas menyebabkan gigi bertaburan di lantai manakala gusi pula tersangkut di celahan anak tekak.

 

Di suatu petang di celahan kesibukan waktu..

Untitled2

 

Tiba tiba kononnya seorang rakan sekerja yang prihatin ingin menceriakan suasana menyapa lalu meninggalkan sekeping kertas di belakang badan tanpa di sedari…

 

Untitled3

Bergurau tak kena pada masa

Kalau nak bergurau pon kena lah juga toleh ke kiri toleh ke kanan,kedepan,kebelakang bagi memastikan keadaan semuanya berada dalam keadaan yang terkawal. Bukannya main redah ikut suka hati kepala hotak sendiri jer nak buat kepala sendiri kan. Nanti kang tak pasal pasal ada yang menghinggap di pipi.

 

Bergurau tahap melampau

Kalau kot yer pon nak bertamah ramah mesra dengan rakan,jangan lah sampai dah tahap kekeringan idea pon nak jugak tunjukkan kreativiti dan kebijaksaan dalam bergurau sampaikan gurauan tu dah sampai tahap melampau dan menimbulkan kemarahan kepada si penerima gurauan tuh.

 

Orang kata kerana mulut badan binasa

Bergurau sangat di alu alukan bagi menyerikan hidup sekalian makhluk yang duduk di muka bumi ini akan tetapi elok lah sekiranya kalau tahu nak membezakan masa untuk bergurau,masa untuk serius dan masa untuk bergelak tawa sampai tersembol sembol anak tekak tu yer tak? –.-‘

 

 

 

 

 

 

 

Nota kecik : Bergurau ni ada banyak jenis,bergurau secara halus,bergurau secara kasar,bergurau yang tahap melampau. Pilih lah nak bergurau dengan cara yang mana satu untuk mengelakkan dari merenggangkan hubungan sesama manusia.

IKLAN : Ada sesuatu yang menarik dari MyNewsHub untuk para pembacanya 31 Disember 2011 ni. Tunggu taw !

 

 

 

 

 

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata. ^^

 

belog

Sunday, December 25, 2011

Bila gf/bf mula cakap “You terlalu baik untuk I”

Assalammualaikum

 

 

 

Lama kemain dah ni tak membebel tanpa mengeringkan air liur, siyes dah terasa macam kekok bengkok sengkok semacam dah ni. Dari mana nak mula,mana nak letak tang tengah,tang sinun,tang sinin dan paling penting nak akhirkan kebebelan ini. Hakkkphuihhh !

Konon macam nak bagi sedikit dramatis akan tetapi tak berapa nak dramatis sebab munasabah dah kering dah air liur asyik membebel guna air liur,dan dengan ini dan pada hari ini akan mula lah operasi membebel tanpa mengeringkan air liur dengan penuh semangat kembara waja kenari. Cetttt !

Jangan kan kata mood untuk berblogging saja yang boleh pudar di mamah waktu dan ketika akan tetapi perasaan makhluk yang bernama manusia juga boleh berubah rubah mengikut angin sepoi sepoi bahasa lalu menyebabkan perasaan sesama makhluk tu bersepah sepah dan bersepai akhirnya. Hakkkphuihhh !

Kalau sebelum ni MTT pernah share kan satu entri bahawasanya dalam percintaan, kebiasaanya 6 bulan pertama jer kentutnya berbau perfurm Nina Richi,masuk bulan ke 6 dah terasa derian tak cukup bulan jatuh ke bumi. Hakkphuihhh ! Nak jenguk jenguk entri dahulu kala katop boleh klik SINI.

Biasanya kalau dalam hati dah kehilangan taman ni orang orang sekeliling mahupon tuan empunya diri sendiri pon boleh perasan dengan terang lagi benderang kann. Dan sebenarnya kalau nak cover line cemerlang tu memang tak dapat nak di laksanakan dengan sempurna lagi berhasil ya.

Call tak jawab

Malas angkat phone

Ini adalah salah satu sintom yang sangat mudah lagi cepat di kesan pabila beliau akan sentiasa bagi kita dengar caller ringtone yang tak berapa nak merdu bila setiap kali kita cuba call dia tidak akan menjawab bahkan tekan button cancel dengan senang lagi gumbira

Call tak jawab

Bila ajak keluar asyik bagi alasan bizi

Kalau keluar dengan kawan kemain ngelenjat dan terkinja kinjanya beliau,kalau nak keluar dengan buah hati pengerang jantung kemain berjuta limau ais alasan ketol ketol yang akan di lontarkan. Cettt !

Call tak jawab

Dah janji nak keluar date,cancel last minit

Ini juga merupakan salah satu sintom yang sangat berkait rapat dengan pudarnya cinta di hati pabila tarikh yang sudah di atur untuk bertamah mesra sambil makan pop corn jalan jalan kat taman bunga,tapi tapi tapi bila dah sampai waktu yang di janjikan mula lah buat alasan berketol ketol, mak masuk sepital lah, hantar opah cabut gigi lah, teman atok amek borang nikah lah. Hakkphuihhh !

 

Apa kita buat semua tak betul , dia adalah orang yang paling perfect (!)

Ini merupakan tanda yang berada di tahap pertengahan pabila segala yang anda lakukan sentiasanya salah di mata beliau, yelah kann nak mencari kesalahan sambil mencipta kesalahan memang sesuatu agenda yang menarik tertarik dan sememangnya deboom ! –.-‘

 

 sms1           sms2

Taip sms pon ala ala lite lite jer

Kalau dahulu kala katop kalau dalam satu message boleh sent sehingga 18ratos page terasa tak cukup, nak sambung lagi bagi jadi 18ratos page agar dapat meluahkan rasa yang terbuku,terpendam dan terendam. Bila dalam hati dah takde taman taip message ala kadar jer.

 

 sms3   sms4

Bila cakap I LOVE YOU

Aishiteru lah lebih kurang wo ai ni. Hikhik Bila cakap I LOVE YOU, cuma reply ‘K’ . Agaknya dah angau dengan Datuk K sampaikan benda yang simple yang sepatotnya boleh di reply dengan penuh 'perasaan hanya taip ‘K’ . Apa pon tak boleh. –.-‘

 

Alasan ‘you terlalu baik untuk I’

Okay para lalink ini adalah alasan yang terhebak yang anda boleh berikan pada sesiapa sahaja yang anda ingin jauhkan diri. Bagi alasan yang dia terlalu baik untuk anda boleh membuatkan hati sang dara/teruna terkedu,tersedu sedan pabila mendengarnya. Hakkkphuihhh! Daripada dengar alasan tak munasabah begitu baik buat begini (LINK)

 

 

 

 

 

 

 

 

Nota kecik : Kalau lah buat cari cinta tu macam tukar baju,memang ayat ‘You terlalu baik untuk I” tu memang selalu akan berkumandang keluar dari mulut. Hakphuihh !

 

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata. ^^

belog

Friday, December 16, 2011

Facebook Baru : Facebook timeline yang oshem !

Assalammualaikum

 

 

Yeayyy dengan rasa girang gumbira dan tanpa gundah gulana MTT telah pon selamat bertukar ke timeline facebook yang baru. Ala ala twitter gitu lah kan nak ada timeline berbagai. Mula tengok dah mula jatuh chenta tahap chipmuck monster dah. Terkesima tak payah cakap lah,siap terkinja kinja lagi mulut berkata kata nakkk nakk nakkk yang macam tu jugakkk !

Mungkin ada yang dah sedia maklum dan mungkin juga yang tak tahu menahu satu kebenda pon macam yang MTT dapat tahu ni.. Hikhik Sebelum ni memang nak buat tapi oleh sebab munasabah line tenet kat opis ni tenat kemain jadinya hari ni baru berkesempatan nak meng-hupgrate.

Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

 

Maaf kaedahnya gambor terpaksa dibuang sebab munasabah tatkala itu masih belum berhijab. Mohon sesiapa juga yang ada gambar saya sebelum berhijab dibuang dan jangan di siarkan di mana-mana. *ko ingat engko retis?? HAHA Hanya secebis pesanan buat mereka-mereka* Terima kasih Smile

 

Siap ada cover photo ala ala header gitu , nak letak flash header boleh dok? Hikhik

Ini lah dia rupa serta wajah baru facebook timeline yang di wawarkan sampai naik berbuih jemari ni tadi. Ehh jemari boleh berbuih ? Hheee ~ Abaikan , sambung balik , ramai juga yang bertanya tadi macam manakah , bagaimana kah nak bertukar ganti ker facebook timeline ni. okay anak anak sekalian mari rapatkan bijik mata kalian ya. Hikhik

 

Step 1

Klik kan home button tu dan akan tersembol keluar lah segala jenis ayat ayat di bawah , sila rujuk gambar ya , selepas itu klik 'ACCOUNT SETTING’ , selepas meng-klik dengan rakusnya klik pulak perkataan ‘HELP’ yang seperti tertera di bawah ini

 

Maaf kaedahnya gambor terpaksa dibuang sebab munasabah tatkala itu masih belum berhijab. Mohon sesiapa juga yang ada gambar saya sebelum berhijab dibuang dan jangan di siarkan di mana-mana. *ko ingat engko retis?? HAHA Hanya secebis pesanan buat mereka-mereka* Terima kasih Smile

 

Step 2

Klik kan seperti perkataan yang di bulatkan merah di bawah yakni ‘INTRODUCING TIMELINE’

 

facebook3

 

Step 3

Kemudian akan tertera lah gambar seperti di bawah , klik kan ‘GET TIMELINE’

time line facebook

 

Step 4

Siappppppp ! Ini lah hasilnyaaaaaaa !

 

Maaf kaedahnya gambor terpaksa dibuang sebab munasabah tatkala itu masih belum berhijab. Mohon sesiapa juga yang ada gambar saya sebelum berhijab dibuang dan jangan di siarkan di mana-mana. *ko ingat engko retis?? HAHA Hanya secebis pesanan buat mereka-mereka* Terima kasih Smile

 

Ada yang kata complicated tapi bagi MTT kalau kita tak explore macam mana nak tahu tentang sesuatu yang baru kann ? Ada tempoh percubaan 7 hari , kalau rasa nak cuba dulu tak perlu klik publish pada sebelah atas kanan wall. Selamat mencubaaaa !

 

 

 

 

 

 

Nota kecik : Susunannya nampak lebih best berbanding yang lama. Siyes cool ! Tapi kena adjust sikit lah mana mana setting tu, contoh macam hide recent activity kena edit balik , yang lain lain tak terusik pon.

Iklan : Bila gf/bf di puji di facebook ? –-> Klik SINI laju laju

 

 

 

 

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata ^^

belog

Facebook : Bila orang puji gf/bf di facebook

Assalammualaikum

 

 

Laman sosial ni kebiasaannya menjadi tempat untuk para para makhluk yang bernama manusia untuk beramah tamah mesra alam bersama sesiapa sahaja kenalan di facebook. Sesetengah manusia suka bertegur sapa dengan mana mana makhluk yang menjadi friend list nya dan tapi tapi tapi dan akan tetapi ya ada juga ada juga makhluk yang tak berapa gemar beramah mesra. Cuma accept as friend dan senyap membisu kematu sampai lah di removekan pada saat saat tak di perlukan. Hakkkphuihhhh !

Kalau profile picturenya cantik , terbaek dan memang kebabom memang lah akan adanya manusia manusia yang suka kan kecantikan ciptaan-Nya yang akan sentiasa memuji ,

 

“ Cantik lah you ni ”

“ Comel lah you ni ”

“ Anggun lah you ni ”

“ Ayu lah you ni ”

 

Tapi kadang kadang secara sedar atau tak sedar bila bf/gf ada dalam friend list ni memang pergaulan untuk berjamah mesra tu memang sangat terhad sebab munasabahnya kalau ada yang memuji mula lah akan timbul bibit bibit kecemburuan yang kadang kadang bila di fikir fikirkan macam tak masuk dek akal.

Orang puji gf/bf anda,tapi anda rasa cemburu dan sakit hati ? Apekah ?

 

fb

 

Lepas tu mula lah dengan menghantarkan sms sms berbaur cemburu yang tak masuk dek akal kalau di fikirkan apetah lagi nak di TERbayang bayang bayangkan? –.-‘

 

sms1 sms2

sms3 sms4

sms5 sms6

 

 

 

 

 

 

 

Nota kecik : Sebabkan benda remeh macam ni pon kadang kadang boleh sampai jadi perang dasat? Orang puji gf anda kot,bukannya apa pon kan.. Btw,kita semua ciptaan-Nya semua cantik cantik belaka dan pasti ada manusia yang suka memuji keindahan ciptaan-Nya kann? –.-‘

 

 

 

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata ^^

belog

Wednesday, December 14, 2011

Kelakuan pelik manusia yang dasat di kedai makan

Assalammualaikum 

 

 

 

Hembusan angin bayu sila bawa kan pada daku mood yang sebaik baik mungkin agar dapatku menjulingkan bijik mata para lalink yang sudi bertandang di blog muruk ini.  Cetttttt ! Okay okay okay dan okay lagi , pagi ni mood pon sepoi sepoi bahasa jer teringat kejadian yang pernah berlaku nampuluhlapan ratos kali , pada para lalink rasanya pon pasti tak pernah terlepas momen yang akan di ingati sehingga zaman berzaman zaman ini.

Kedai makan , sebuah tempat untuk para manusia menikmati keindahan pemandangan berserta menikmati hidangan lauk pauk yang tersergam indah sebagai pembuka selera. Errr TERlapar dah sambil menaip ni. Takpe , stock Dairy Milk masih berbaki sambil taip sambil kunyah.

Sambung , pastinya dan sudah semestinya semua orang sedia tahu , sedia maklum bahawasanya segala tingkah laku , percakapan , perwatakan kita bermula dari rumah. Apa yang tersemat di dalam lobak hati di bawa keluar dari rumah. Setuju ? Sila anggukkan kepala dengan kadar 1800km sesaat. Terima kasih kerana mencuba. Hikhik ^^

Tapi tapi tapi tapi dan akan tetapi ya anak anak , kenapa ? mengapa ? bagaimana ? Kejadian kejadian yang sepatotnya tak berlaku di luar apetah lagi di tempat makan/kedai makan sering kali di tatapi oleh makhluk lain yang tak hengen nak melihatnya. Hakkkkphuihhhhh ! –.-‘

 

 

makan sambil cakap

Bercakap sambil makan

Beramah mesra tu tak salah akan tetapi biarlah kena pada gaya dan masanya , kalau kat dalam mulut berkepok kepok nasi dan lauk tak dan masuk dalam anak tekak , mulut lancang nak bercerita pungg pangg pungg panggg ! Sampai yang tertoleh toleh tengok rasa nak muntah darah kaler pelangi –.-‘

 

bersin

 

Bersin tak hengat dunia

Bersin adalah satu tindakan refleks ya anak anak jadinya ianya memang tak dapat nak di kawal oleh tuan empunya badan tak kira dalam apa jenis situasi sekali pon. Akan tetapi alangkah indahnya jika membiasakan diri dengan menutup mulut ketika bersin selain dari membiarkan ianya terbentang luas lalu membuatkan orang sebelah menyebelah rasa tak selesa. Kannn? –.-‘

 

 

Kecoh buat bising

 

Kedai makan tersebut milik beliau

Kedai makan seharusnya lah untuk orang awam , tak kira dari pelusuk mana sekali pon dia datang akan tetapi tahu kah bahawasanya makhluk lain pon mempunyai hak untuk mendapatkan keselesaan di sesuatu tempat mereka berada? Bukannya bersembang , ketawa berdekah dekah dekah sampai nak tersembol anak tekak dan mengganggu makhluk yang lain. Kann ? –.-‘

 

download

 

Sinki basuh tangan untuk merenjis

Ini adalah part yang paling terbaik bagi mereka yang belum bergelar pengantin , sila lah dekati makhluk makhluk yang gemar berkelakuan begini. Lepas dah habes melantak bagai nak rak , menuju ke sinki untuk mencuci tangan dan mulut . Selepas mencuci tangan , makhluk tersebut akan merenjis renjiskan saki baki air di tangan untuk di renjis kepada yang belum bergelar pengantin. –.-‘

 

 

 

 

 

 

Nota kecik : Perwatakan di rumah tu akan di bawa pabila kita keluar dari rumah , jadinya seharusnya lah berkelakuan yang enak enak se-dari rumah sebelum ianya keluar dari rumah dan menjadi tatapan umum. –.-‘

 

 

 

 

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata ^^

belog

Tuesday, December 13, 2011

Terasa rindu zaman mula ber-blogging

Assalammualaikum

 

Blog

 

 

Semalam tidur sampaikan termimpi mimpi di buai mimpi yang tak berapa nak indah tengah syok miok berdating bersama Shaheizy Sam lamunan terhenti dek kerana terfikirkan blog muruk ni. Siyes kadang kadang tu terasa nak merayu pada jemari yang tak berapa nak runcing ni agar kembali rajin menyemarakkan lagi rasa terkinja kinja untuk menghupdate blog sehari sebanyak nampuluhratos kali tapi apekan daya masa masa masa sangat tak mengizinkan.

Jangan kan kata nak menghupdate blog muruk ni,nak menjengah ke blog para lalink pon separa masa yang ada dalam sehari suntuk ni pon memang tak cukup. Nak cuba juga lalu di celahan masa masa yang ada agar dapat mencurik sedikit masa bagi memuaskan jemari yang gatai nak menari ni. –.-‘

Memang jauh di sudut hati ni rasa nak nak nak nak nakkkk ! terkinja kinja kemain amat dasat lagi bila tadi bukak windows live writter ni untuk memulakan bicara. Dan sebenarnya hari hari MTT bukak tapi tapi tapiii kan, al kisahnya bila dah menaip jer,padam. Dah taip , padam lagi , tolak campor bahagi darab sama dengan bila nak lengkap 1 entri kalau gitu kann? Hakkkphuihhhh ! –.-‘

Kadang kadang tu memang kepala hotak yang senonet ni , berangan angan nak lalu di celahan masa bagi memastikan ada masa untuk menaip sekurang kurangnya 1 entri sehari tapi memang sesuatu yang sukar pabila badan yang besar gedabak ni memang tak dapat nak membolosi celahan masa. Sadisssss !

Kalau dulu , masa tak ada pon akan di cuba juga merentasi onak ranjau berduri bagi memastikan blog tak sunyi sepi lagi suram tanpa entri baru , kadang kadang sanggup juga tulis 1 entri yang lengkap dalam handphone (bahagian mesej) , bila ada masa tekial kial lah menghupdate ke dalam blog ini tapi masa gitu semuanya dah berlalu , komitmen membataskan ku dari berbuat yang demikian. Hakkkphuihhhhhhh ! –.-‘

 

 

 

 

 

 

 

Nota kecik : Rindu zaman zaman mula mula berblogging , rindu masa zaman semangat berkobar kobar dulu –.-‘

Kamu kamu kamu dan kamu rindu juga takkkk ? –..-

 

 

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata ^^

belog

Wednesday, December 7, 2011

Alhamdulillah , dah selamat melahirkan

Assalammualaikum

 

Alhamdulillah kekeyangan melahap nasi goreng yang sangat lama tak di jamah pepagi buta akibat kenaikan badan yang mendadak dadak dadak kemain tak hengat dunia.. Jangan kan kata nak kesiankan tuan badan nak simpati sejemput pon memang tak ada langsung.. Terus menerus jer dia menaik tanpa segan dan terpilu.. Sadiss ! –.-‘

Lama rasanya tak membebel tanpa mengeringkan air liur tentang diri sendiri sebab munasabah dah tak banyak aktiviti yang menariks tertariks dan memang debom yang layak di kongsikan di sini..Segalanya berlaku dengan suam suam kuku jer.. –.-‘

Biasa lah hidup kann,ada pasang dan surutnya..Ada kalanya kita dok di atas,adakalanya dok terperosok kat bawah celahan rumput.. Apa pon bersyukur masih mampu mengecapi nikmat hidup sebagai makhluk yang bernama manusia..

Cerita yang dah basi hampir seminggu lebih ini tetap juga MTT nak sharekan dengan para lalink yang masih sudi menjenguk di blog muruk ini tatkala ke-eksaited ingin bergelar MakSu telah pon berjaya di raih.. Dah macam menang pingat emas sukan pulak dah.. Hakkkphuihhhh !

Pada malam Awal Muharam yakni 26hb November 2011 MTT telah menerima panggilan daripada mama kesayangan memberitahu bahawasanya kakak ipar a.k.a wife abang MTT telah pon di masukkan ke hospital oleh kerana telah tiba masa dan waktunya untuk dia melahirkan anak pertama mereka,selaku cucu pertama dalam keluarga MTT dan anak buah sulung bagi MTT..

Siyes,tak tergambar keseronokan yang nak di perkatakan di sini betapa seronok dan bersyukurnya pabila segala urusan berjalan dengan lancar..Kami tunggu dari jam 2.30petang sehingga jam 5.30petang namun masih tidak ada apa apa berita..Jam 6.00 petang doktor bagitahu yang kalau jam 10.00 malam masih belum baby mahu keluar melihat dunia jadinya terpaksa pembedahan di laksanakan..

Tak tergambar rasanya kerisauan yang terpancar di muka abang,kami kami siap makan koci lagi tunggu kat tepi bilik pembedahan..Okay tak tak,itu cerita rekaan semata dua mata kerbau..Alhamdulillah tepat jam 11.20 malam lahir lah zuriat abang selaku anak buah MTT yang sulung di dunia ini,seberat 3.3KG.. Baru lahir dah macam umur sebulan dah.. Hikhik ^^

IMG01094-20111130-1954

         IMG00993-20111127-1842IMG00992-20111127-1841           

            Aisy Ikhmal

Esmet Muhammad Aisy

     IMG00981-20111127-1827 

Seronoknya TokMa Aisy dapat letakkan Aisy di pangkuan,MakSu nya apetah lagi.. Hikhik ^^

 

Kehadiran orang baru selaku telah merampas kedudukan MTT sebagai yang bongsu dalam keluarga tidak mematahkan semangat MTT, Ehhhh ? Haha Tak takkkk , kehadiran orang baru di dalam keluarga ni memberikan seribu satu makna yang sangat besar buat keluarga kami.. ^^

SAM_0392

Ini lah Babah & Ibu Esmet Muhammad Aisy ♥

 

 

 

 

 

 

 

Nota kecik : Semoga Aisy membesar dengan sempurna dan menjadi insan yang berguna.. Amin,MakSu sangat eksaited tunggu Aisy besar ! Hheeeee ~

 

 

 

 

Terima kasih membaca sampai julung bijik mata.. ^^

 

belog

È