Bebelan Terbaru BeloG MTT

Saturday, July 21, 2012

Entri pertama di bulan Ramadhan setelah bergelar Puan MTT

Assalammualaikum.

 

Okay dengan ini, dengan penuh rasa sukacita dan merendahkan diri yang tak berapa rendah ini dengan muka dan hati yang tersipu sipu malu sipot sedod ini dah tak boleh nak mengawal dah rasa sangap tak hengat nak menghupdate blog muruk ini.

Bukan lah niat di hati nak membawa diri jauh jauh menyimpang tersimpang ke pangkalan chepa untuk menaip segugus entri *Ehhh segugus?* Akan tetapi jauh dalam lobak hati dan sanubari ni nak jer di cerita satu per satu, dua per dua, tiga per tiga, empat per empat *Terlebih sudah* perjalanan kehidupan sejak due menjak bertukar dari Cik MTT menjadi Puan MTT. *Okay MTT sedar dah patot tukar*

Nak meng-hupdate dengan senang hati tentang keadaan sekeliling ni tak yah nk koba lah kann. Banyak benor sampai bila nak mulakan operasi membebel tanpa mengeringkan air liur jer ade jer makhluk yang lagi dengki, busuk hati serta kuning hatinya kacau daun. *Tipu sebab munasabah nak guna ayat penyelamat*.

Seperti biasa bila mukadimah telah pon jauh menyimpang ke simpang rengam kini kita berbalik kepada tujuan asal entri ni di hupdate dengan rasa tenang lagi nyaman. Dengan rasa bersyukur ke hadrat Ilahi di berikan peluang sekali lagi untuk menyambut bulan Ramadhan pada tahun ini.

Tahun ni Ramadhan di sambut bersama Mista Hubby terchenta. *cehhhhcehhhcehhh* Dan dengan ini ingin juga mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada para lalink semua yang masih sudi menjenguk dan meng-skodeng beloG MTT ini.

Hari ini 1st day bersahur sebagai seorang isteri. Terasa nak nangis hentak hentakkan kaki bila teringat zaman kegirangan kanak kanak pabila sahur jer semua benda dah tersedia, tinggal masuk bilik air, basuh muka, gosok gigi dah bersiap untuk makan. Ohh tidakkk! Kini masa itu telah berlalu dengan pantasnya. *Sorry TER-emosi serta TERover*

Dengan rasa hibanya marilah kita tinggalkan emosi yang tertinggal itu tadi dan meneruskan kehidupan dengan penuh rasa bersyukur. Kenangan itu tetap menjadi kenangan dan tersemat indah di ingatan dan seharusnya di jaga rapi oleh kepala hotak ku ini. *Cover line kesedihan*

Berleter tentang pertukaran taraf perkahwinan mari lah dengan ini, dengan rasa tak malunya nak jugak tepek sekeping gambar di hari bahagia MTT pada 3 Jun 2012 tempoh hari bagi memuaskan lobak hati sanubariku ini. Gambar yang lain lain insyaAllah kalau ada kelapangan dan kerajinan akan di usahakan. *toinkkk toinkkk*

Nahhhh hamekkkkkk seketol !!

 

 

Maaf kaedahnya gambor terpaksa dibuang sebab munasabah tatkala itu masih belum berhijab. Mohon sesiapa juga yang ada gambar saya sebelum berhijab dibuang dan jangan di siarkan di mana-mana. *ko ingat engko retis?? HAHA Hanya secebis pesanan buat mereka-mereka* Terima kasih Smile 

“Selamat Menjalani Ibadah Puasa Kepada Semua

Blogger & seluruh umat muslimin & muslimat. Maaf

di pinta andai terkasar bahasa, terguris hati sesiapa

& tak kena perbuatan.” *dah terasa macam nak raya pulak dah. Hihihi*

 

Tulus Mulus Ikhlas,

Mrs MTT & Mista MTT

 

 

 

 

 

Nota kecik : Lepas ni mula lah nak termenung di tepian jela sambil tongkatkan tangan seperti gambar rajah di atas nak memikirkan nak pakai baju raya kaler ape, nak beg raya kaler ape, nak kasut raya mcm mana. *Opssssss! baru 1st day puasa sibuk dah hotak ni nak pikir rayanya pon*  Korang sahur apekah pagi tadi yer? *dengan sengaja memguji kesabaran. Hihihi*

 

belog

È