BEG KURSUS/SEMINAR/GALAS

Bebelan Terbaru BeloG MTT

Thursday, November 29, 2012

Trend pelik tatkala sesebuah perlawanan pertaruhkan maruah sendiri

Assalammualaikum.

 

Ehemmm kemain ngelenjat lagi ya pabila Malaysia menang 4-1 dalam perlawanan menentang Laos malam tadi. Kemain sokongan berpadu padu isinya di berikan sampaikan kat news feed mukabuku pon kemain ramai yang menjadi pengulas sukan tak berbayar malam tadi ya. Cer kalau tak mendapat kemenangan? Jangan kata sokongan berpadu padu, berpadu padu masing masing bergabung hentam sana sini. Phuihhh!

 

Trend pelik tatkala sesebuah perlawanan yang bakal berlangsung.

Janji mencari ‘kehilangan’ Harimau Malaya dan menebus kekalahan telah di kotakan oleh sang Harimau. Janji lain pula yang harus di cari dan di tepati ni. *okay dah terasa macam penguluas suka tak bertauliah sudah* toinkkk toinkkk!

 

319642_531070873572205_936214904_n

 

Sungguh memalukan, patotnya bagi sokongan padu pada pasukan kebanggaan negara sendiri, ini tidak, seperti meletakkan maruah sendiri di bawah telapak kaki sendiri. Phuihhhh !

Apa pon tahniah pada pasukan Harimau Malaya, cuma sekarang ni yang merunsingkan kepala hotak ni, pelik dengan trend trend pelik kemain yang cuba nak di ketengahkan bagi menarik perhatian umum. Apa yang terjadi pada manusia yang pernah berjanji untuk memotong ‘anu’ pada suatu ketika dulu patotnya di jadikan pengajaran bukan dijadikan ikutan.

Trend ‘potong anu’ lah, trend ‘show time’ tanpa seurat benang depan Pavilion lah. Tapi tapi tapi persoalannya bukan trend peliks ini yang nak di tekankan ya murid murid, akan tetapi mana perginya nilai nilai murni serta semangat patriotik yang sejak sedari sekolah kemain tungkus lumus tulus para cikgu terapkan dalam kepala hotak memasing.

Dan yang paling mengilukan usus usus perot, mana pergi maruah dan harga diri bagi setiap insan yang mahu mempersembahkan trend trend peliks tersebut? Sungguh memilukan hingga mengilukan celahan gigi, siyesly benar semata tiada yang benar melainkan yang terpilu. Phuihhh!

Septotnya tak kira menang atau kalah kita seharusnya memberikan sokongan sepadu padunya. Dan semestinya lah akan ada rasa kecewa bagi setiap kekalahan yang di hadapi akan tetapi ya anak anak ketahui lah bahawasanya bola itu sesungguhnya berbentuk bulat jadinya kalah atau menang adat pertandingan. Sokong tetap sokong. Rasa tak nak sokong dok diam diam tak yah bagi ulasan yang tak membina langsung.

 

penjaring-malaysia-malaysia-vs-laos1

Wajah wira wira yang menjaringkan gol semalam. Tahniah buat Harimau Malaya.

 

 

 

 

 

Nota kecik : Inchik ‘potong anu’ serta Cik ’lari tanpa seurat benang depan Pavilion’ sila lah bersiap sedia, kerana sudah pastinya rakyat rakyat di Malaysia ni sangat berpegang teguh pada janji. Janji harus di tepati ! Phuihhhh ! Terlajak perahu boleh di undur, terlajak update status boleh remove tapi dah di-print screen jadinya dah terlambat ya.

 

belog

10 Orang balas bebelan:

oshin kecik said... [MTT reply to this comment]

tetiba katanya akaun kena hacked hahaha kesian budak2 tak cukup akal nih...dah ludah nak kesat balik pastu cover tak bertempat...budak melayu plak tu..memalukan ! huhu

Ezad Skytech said... [MTT reply to this comment]

Dgr kata akaun kena hacked dua2 tu..tapi tak tahu la samaada betul ke akaun dorang tu kena hacked ke apa...kita pun tak tahu cerita mana yg betul..huhu

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@oshin kecik : Dua dua account sekali kena hacked ye? Alasan biasa dengar dah tu. =='

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Ezad Skytech : Dua dua sekali kena hacked? Dasattt. Huhu Dorang jela yang tahu kebenarannya. Huhu Lawak tak berapa menjadi, malukan diri sendiri. =='

Mas Zull said... [MTT reply to this comment]

assalamualaikum MTT...betul tu buat ikut suka dia jer bila dah menang semua senyap jer...mulut celupar sangat...;)

cikpjaz said... [MTT reply to this comment]

singgah....dh menang x tunaikan janji pulak..hehe

slm..nak mintak tlog boleh?? mintak tlg vote untuk contest iphone 5 gadjet impian... masuk ke denaihati dalam entri /iphone-5-blogger-paling-hebat , register dahulu sbgai ahli denaihati, lepas daftar tekan button untuk mengundi, undian sekurang-kurangnya 3 blog untuk sehari..jangan lupa vote cikjaz.com yer. Terima Kasih :)

Sandra Azwan said... [MTT reply to this comment]

SUKA SANGAT BUAT STATEMENT PELIK2...kelakar!

Ain Dzaya said... [MTT reply to this comment]

sanggup kot malukan diri sendiri..demi sesuatu yang tiada kesahihannya...

Ain Dzaya said... [MTT reply to this comment]

sanggup kot malukan diri sendiri..demi sesuatu yang tiada kesahihannya...

Pelangi said... [MTT reply to this comment]

salam..jom singgah blog nie www.pelanginadia.blogspot.com...banyak peplum dan dress cantik2...jom singgah..salam ziarah dari saya..

È