Bebelan Terbaru BeloG MTT

Wednesday, January 18, 2012

Cinta MUKA BUKU jadi cinta BUKU LIMA

Assalammualaikum.

 

 

Mood sepoi sepoi dah bersepai sepia sejak zaman berzaman dah ni oi. Tak tahu mana dia sembunyi nak main sorok sorok pulak. Puas kejar dah tak jumpa jumpa lagi sampai hari ni oi. -.-‘

Cinta muka buku. Dah jadi macam satu trend dah sekarang ni. Buat yang sememangnya ikhlas menghulurkan salam perkenalan tu satu hal lah tapi tapi dan tetapi buat yang saja konon macam nak test try power market?

Biasanya orang orang yang sebegini adalah orang yang sangat bijak bermain dengan kata kata awal perkenalan. Tak menampakkan diri terlalu terdesak mahu berkenalan mahu pon terlalu menginginkan berkenalan.

 

Bujang Terlajak Belum terlanjur

 

Status yang di hupdate pon harus lah berunsurkan islamik agar pandangan mata kasar makhluk yang melihat,membaca terkesima seketika dengan apa yang cuba di sampaikan dan kongsikan.

 

kOMEN

Tapi hakikatnya? Wallahualam.

Dari salam perkenalan yang konon macam kasar bertukar jadi bibit lesung pipit yang terkepit untuk mula memasang umpan agar terkena pada sasarannya.

 

Komen3

 

 

 

Kadang kadang perbuatan,penulisan kalau tak seiringan dengan hati memang boleh di kesan oleh makhluk makhluk yang berada di sekeliling. Tambah lagi yang sedang mengenali seseorang tu secara mendalam. Boleh bezakan penulisan dan cara dia melayani kita memang sangat ketara bezanya. Hakkkphuihhhh !

Bila umpan dah mula mengena pada sasaran mula lah di buat endah tak endah ibarat macam main tarik tali. Kejap kata nak,kejap kata tak nak. Macam permainan yang di cipta untuk para pemain yang ingin bermain. Tapi dia adalah Master Game nya bukan Master Chef yer. Hihiksss !

 

      sms1 sms2

 

Status relationship harus lah di sembunyi kan bagi memastikan segala permainan berjalan dengan lancar lagi selembut sutera. Kalau publish relationship depan orang ramai nanti ‘game over’ lah pulak jadinya permainan yang dia cipta so dia nak permainan berterusan sehingga level yang tertinggi setinggi pokok sena.

 

Komen2

 

Bijak mengatur strategi adalah senjata yang baik terhebak yang di rasakan pernah ada. Konon konon macam tak ada yang TERperasaan dengan tindak tanduknya.

 

        sms3 sms4

 

Kalau di fikirkan secara logikal oleh akal dan fikiran sekiranya tiada angin masa kan pokok akan bergoyang dengan kencangnya. Setiap kali status yang di muatnaikkan *dah macam download pulak* pasti akan adanya komen daripada si polan binti si polan yang menimbulkkan seribu satu persoalan.

Tak cukup dengan komen,like status setiap kali komen daripada si penggangu masuk pastinya si jiran akan meng- DELETED setiap komen mahupon status dengan alasan :

 

Bujang Terlajak Belum terlanjur

 

Lepas tu mula lah berDRAMA dengan meng-hupdate segala jenis ayat yang melambangkan tak bersalah apa apa. Walhal sana bagi harapan sini pon bagi harapan. Atlast tersepit dan buat buat tak bersalah.

 

komen4

Siapa aniaya siapa??

 

 

Ini tak layak kot nak di katakan cinta muka buku tapi lebih sesuai di katakan sebagai cinta mintak buku lima.

 

 

 

 

 

 

 

 

Nota kecik : Kalau tak yakin dengan hati dan diri sendiri jangan sesekali melafazkan perkataan yang mampu membuatkan hati lain berasa senang kerana ianya mungkin akan mematah lalu meremukkan hati insan lain. Wallahualam.

 

 

 

 

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata. ^^

belog

Tuesday, January 17, 2012

Cara mengemaskan TIMELINE yang SEMAK

Assalammualaikum.

 

 

First of all nak kasi tahu para lalink yang yang yanggggg. *sambil jerit sekuat hati,kononnya*

Untitled

Oleh yang demikian jenguk jenguk gitu jer. Nak BW pon internet tenat yang teramat amat. Siyes terasa nak gigih kan diri usung burukband sendiri datang keje. Tapi hari ke hari ke hari makan minum hari alasan TERlupa tu sentiasa menyelubungi. Hakkkphuihhh ! –.-‘

Sejak dua menjak guna timeline fesbuk ni nak tengok wall sendiri pon dah naik menyampah dah. Kemain semak samun. Pandang kiri semak,pandang kanan semak. Haishh terasa sekali lagi nak gigihkan diri buat account fesbuk baru dan dengan senang hati nak sangat guna fesbuk yang lama tu haa.

Jenuh dah cari jalan penyelesaian kat google search. Hari hari kemain semangat waja kembara nak cari tuto nak balikkan timeline kepada yang asal. Tapi hampeh kelapa semata dua mata. Buang masa jer bersungguh sungguh buat segala jenis tuto. Takde yang membantu langsung. Hakkphuihh !

Tapi tapi tapi setelah kepala hotak yang tak berapa geliga ni membelek belek wall fesbuk sendiri dapat dah lah cara bagaimana untuk tidak menyemakkan bijik mata sendiri. Apetah lagi nak semakkan bijik mata orang yang view wall fesbuk tuh. Kesian korang,bukan kat blog jer kena julingkan bijik mata,kat wall fesbuk pon kena julingkan bijik mata.

Okay okay okay,pada awalnya dah berjanji dengan diri dah tak nak tak nak tak nakkkk ! update entri panjang berjela jelut.

 

timeline

Semakkan ? Usha kanan ada status,usha kiri ada check in. Lama kelamaan pandang pon nak naik tersembol bijik mata ni aihh.

Dengan ini bersama muka yang tebal MTT nak bagitahu dah skodeng dah mereka mereka yang gunakan timeline di fesbuk tapi ternyata memang semuanya sama macam wall MTT yang hanya menyemakkan bijik mata. Entah tangan ni gatai semasam nak try test klik apa saja yang ada kat timeline tuh.

timeline2

Klik FEATURE

timeline3

Kedudukan segala jenis status,wall post akan kelihatan seperti fesbuk yang lama ya. Tapi ianya seakan sedikit memanjang atau lebih tepat lagi lebar. Tapi takpe lebar sikit asalkan tak semak bijik mata ni memandangnya. Memandangkan memang sekali dah bertukar ke timeline tak akan dapat dah nak kembali ke pangkal jalan.

 

 

 

 

 

 

 

 

Nota kecik : Hilang sikit lah semak di mata. Tapi fesbuk timeline ni pon okay what bila dah kemaskan kedudukannya. *sedapkan hati*

IKLAN : Nak menang RM100 ?? Masih ada lebih kurang 2 minggu ! Klik SINI.

 

 

 

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata. ^^

belog

Tuesday, January 10, 2012

Laman sosial tempat maki hamun

Assalammualaikum.

 

 

Rasanya macam baru semalam jer selesai menaip dengan penuh rasa kerajinan tahap chipmuck monster. Rupanya dah berhari hari hari lamanya tak jenguk blog muruk ni. Apa lah nak jadi dengan sekalian warga kerja badan. Pemalas kemain nak berikan kerjasama apetah lagi nak bersatu padu. Sadis betui !

Sejak dua tiga pat lima hari ni kemain banyak sangat dah sesi memaki hamun yang boleh di baca umum melalui laman sosial. Dari bab hiburan sampai bawa kepada politik. Semuanya dah bijak bersuara,semuanya nak bersuara. Nak tegakkan pendirian dan prinsip masing masing supaya tak di pandang rendah gitu. Agaknya lah. Kurang pasti nak di pastikan.

 

Untitled2

Untitled3

 

Kurang pasti sama ada medium medium yang di gunakan ni adalah tempat yang betul mahupon tidak untuk setiap pemilik account laman sosial tertentu untuk meluahkan rasa hati. Banyak salah guna dari yang menggunakan sebaiknya dah rasanya sekarang ni kankankann.

Yes, setiap orang memang mempunyai hak untuk bersuara bagi menyuarakan isi yang tersimpan,terendam dan terselit dalam lobak hati yang paling dalam tak terselam. Tapi rasanya tak perlu sampai memaki hamun,mencaci mengeji sesama manusia. Siapa kita nak mengeji sesama manusia?

 

399522_322812604418532_197667700266357_1012900_1889058335_n

Di copy dari salah satu page di laman muka buku

 

Kadang kadang otak naik jem memikirkan,

Untitled4

 

Siapa pon kita, warna apa pon yang menjadi pilihan hati , kita semua berpijak di bumi yang sama. Bumi Malaysia. Sedih kalau tengok semuanya pecah belah. Yang kat luar bertepuk tampar bagai nak gila suka kemain dengan apa yang jadi di negara yang aman ni. Aman lagi ker?

MTT tak berada di mana mana belah pihak tapi tapi tapi asalkan aman, damai, permai, lagi harmoni bumi Malaysia ni cukup lah. Amin.

 

 

 

 

 

 

Nota kecik : Status di laman sosial melambangkan keperibadian seseorang juga. Peace yaw ~ ^^

 

 

 

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata. ^^

belog

Thursday, January 5, 2012

Orang BERUMUR dengan perempuan/lelaki MUDA

Assalammualaikum

 

 

 

Mood sepoi sepoi bahasa jer hari ni. Entah kemana melambung mood yang ceria kemain. Di bawa ombak rindu ker hape tak dapat nak di pastikan. Dengan adanya blog muruk ni boleh lah kot lepas lepaskan sedikit tekanan yang dok bertenggek atas kepala sambil membebel tanpa mengeringkan air liur kann. Hakkphuihhh !

 

 

 

Sana sini orang dok bercerita tentang seorang pelajar cemerlang SPM 2005,Nur Amalina Che Bakri. Ehhh lari tajuk sudah ni. Okay okay dan okay,dan sebenarnya ya bak kata pepatah mulut tempayan boleh lah di tutup rapi kalau kita mahukan akan tetapi mulut manusia ni memang tak boleh nak katop.

Kalau lah kita ada kuasa halimunan boleh menyelinap masuk lalu menutupkan mulutnya ataupon mengambil sejenis plaster yang takkan boleh tanggal sepanjang zaman berzaman alangkah indahnya dunia terasa yer tak? Tapi tu semua hanya wujud dalam alam berimaginasi.

Mulut orang,memang tak boleh nak kawal. Kannn ^^

Sama dengan jugak perspektif masyarakat mengenai hal yang berlaku di sekeliling,bukan saja artis/selebriti atau pon sesiapa saja yang berada dalam kelompok di kenali ramai yang kena tempias kesan dari virus mulut makhluk yang bernama manusia,manusia normal macam kita ni pon selalu kena juga yer tak? Tolak campur bahagi darab memang tak boleh lari kemana selagi kita hidup di muka bumi ni. Cettttttt !

Contoh kalau seorang warga tua/orang yang dah agak berumur berjalan di sebuah shopping mall bersama dengan seorang lelaki/perempuan berpegangan tangan sambil di tangan sarat dengan barang yang di beli dari shopping mall tersebut.

Perspektif masyarakat yang lalu lalang ulang alik dah tentu lah ada macam macam kan. Kemain galak lagi buat spekulasi sampaikan lupa nak toleh kiri kanan depan belakang,apetah lagi nak tengok atas bawah. -.-‘

 

clip_image001

 

Spekulasi yang boleh manusia buat hanya lah benda benda yang berbaur negatif dah semestinya lah kann.

 

clip_image003

 

 

Manusia kan suka lemparkan pelbagai spekulasi mengikut sedap anak tekaknya. Komen,ketawa terbahak bahak sampai tersembol anak tekak,tapi hakikatnya?

 

 

clip_image004

 

Ada yang berpendapat mata kasar boleh membezakan antara cara seorang bapa/ibu dengan si anak akan tetapi ya para anak anak,boleh ker ya kita nak menduga tahap keterbatasan atau lebih tepat kemesraan pergaulan antara si ayah/ibu bersama si anak.

Begitu juga dengan hal hal yang berlaku di sekeliling kita,mata kasar boleh menilai akan tetapi isi yang terkandung yang tersirat,tersurat dan terselit hanya mereka dan yang di atas sana sahaja yang mengetahui.

 

 

 

 

 

 

 

 

Iklan : Korang semua dah join contest MyNewsHub? Belum? Tarikh tutup penyertaan 31/01/12 !!  Klik SINI. Goodluck !!

Nota kecik : Perspektif masyarakat sekeliling. Sape boleh duga kan? Yang positif pon terkadang boleh jadi negatif ikut citarasa anak tekak yang membuat spekulasi kannnn. –.-‘

 

 

 

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata. ^^

belog

Wednesday, January 4, 2012

Tahun baru umur baru :’)

Assalammualaikum.

 

 

 

Puas dah bercuti sakan,kemain lama lagi sampaikan terasa malas tahap chipmuck monster nak mulakan kerja hari ni tapi tapi tapi tahun baru,azam baru,umur baru,harus lah mencekalkan hati yang tak berapa nak cekal untuk merajinkan diri yang sememangnya pemalas tak hengat nih. Hakkphuihhh !

Tak terlambat lagi rasanya nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada para lalink. Semoga tahun ni kita semua akan lebih di rahmati dan lebih berlipat ganda usaha berbanding tahun tahun yang sebelum ni. Dan dan dan,selamat hari ketua-an buat MTT. Hihikss ! Tambah lagi 1 angka umur di tahun baru. Alhamdulillah masih di beri kesempatan untuk bernafas di atas muka bumi ini.

 

kek

Lokasi : Rumah mama tersayang - Mista Tunang belikan kek cekelat secret banana. Super duper shetap ! ^^ ♥

 

Terima kasih pada semua yang wish birthday MTT di facebook dan terima kasih pada mama Maszull yang sudi buatkan entri mengucapkan selamat hari lahir untuk MTT (LINK) ,dan jugak si manis Emma Eshya yang sudi selitkan ucapan selamat hari lahir untuk MTT (LINK) . Mekasih mekasih mekasih ! :’)

Entri ni nak ucap terima kasih jer. Nak merapu meraban kena hamek mood yang di tahap maksima dulu. Kalau mood sepoi sepoi bahasa ni ada juga yang merapu tahap tak masuk dek akal. Hihikss ! Mood bercuti masih lagi tak keluar daripada seluruh pelusuk badan. –.-‘

Korang semua dah join contest MyNewsHub? Belum ?? Klik SINI. Goodluck !!

 

 

 

 

 

Nota kecik : Alhamdulillah dah masuk tahun baru. Umur baru,azam baru. Azam? Errr :’)

 

 

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata.

belog

È