BEG KURSUS/SEMINAR/GALAS

Bebelan Terbaru BeloG MTT

Tuesday, February 21, 2012

Setelah sebulan 3 hari meninggalkan blog muruk

Assalammualaikum.

 

blog

 

Tak tahu nak mula kan dari mana dah ni. Belum pon bukak lagi windows live writter ni tadi tapi bibir dah tersenyum senyum dah sebab munasabah betapa ianya ingin menyatakan bahawasanya hati ni memang terkinja kinja sangat dah tak sabar nak hupdate blog muruk ni.

Terima kasih dan maaf pada yang sudi berkunjung walaupon kunjung balas tidak di laksanakan dengan kadar segera. Terima kasih juga yang bertanya kan khabar di facebook,sms, terharu jiwa raga ni,tersusuk susuk sampai kebelakang tak terkata punya terharu.

Sedar tak sedar dah sebulan 3 hari MTT langsung tak menjenguk apetah lagi nak bukak bagi menjalankan proses membersihkan segala jenis sawang yang telah pon menyelaputi blog ini. Kasihan,di tinggalkan sepi berusang tak berteman. Hakphuihh !

Niat hati tu memang lah nak jugak story mori segala jenis apa yang dah terjadi,bakal terjadi mahupon dah pon berlalu pergi tapi tapi tapi masa yang ada sekarang ni sangat sangat sangat terhad untuk menghadap blog muruk ni.

Alhamdulillah ada satu tapak baru yang bakal di mulakan dalam alam pekerjaan akan tetapi sedih dan terpilu sebab munasabah lepas ni dah tak boleh nak hadap selama lapan belas ratos juta kali sehari di sebabkan komitmen kerja.

Dan insyaAllah akan adanya pengumuman tentang sesuatu yang bakal berlaku di hari akan datang. Cettt ! Sedar tak sedar sambil membebel tanpa mengeringkan air liur ni banyak pulak statement yang bajek macam ada orang yang nak tahu kisah kehidupan kann. Hakphuihh !

Takpe. Takpe. Takpe. Yang tak nak tahu boleh segera meng-klik button close tu dengan senang hati. Hikhik

Entri sepintas lalu ni just nak hupdate pada yang sudi sudi dan rajin bertanya tentang diri ku ini. Okay,sekali lagi MTT terharu tahap chipmuck monster. –..-

 

 

 

 

 

 

Nota kecik : Walau macam mana pon akan di usaha jugak untuk kembali bergiat aktif.

 

 

 

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata. ^^

belog

È