BEG KURSUS/SEMINAR/GALAS

Bebelan Terbaru BeloG MTT

Friday, September 26, 2014

BEG DAN MANUSIA – PROBAG GALLERY

Assalammualaikum.

(p/s : scroll down untuk maklumat lanjut berkenaan Pembekal Beg Kursus/Beg Galas/Beg Laptop/Beg Dokumen dan Sebagainya.)

 

Kemahen rajin lagi ahkak tuan empunya blog ni meng-hupdate blog sejak dua menjak ni kankannn. Kalau dulu ikrar untuk terus aktif dan rajin meng-hupdate blog hanya tinggal ikrar yang mekar harum di tepian bunga tahi ayom sahaja. Mari menggilak. Tapi kini tanpa sebarang ikrar masih mampu sengih-mengih lagi gigih sambil membebel tanpa mengeringkan air liur.

Hoi Mak Jemah hoi, dah dah la mukadimah yang sememangnya tak mendatangkan faedah. Okay fine. Kalau sebelum ni sibuk bercerita tentang Hikayat Fesyen Lelaki dan Sneakers yang tertarik menarik gedebom tu, entri ni nak stori-mori tentang Beg dan Kenangan Manusia. Ye?

Ewahhhh, kemahen banyak sangat ke kenangan dengan beg tu? toink toink !

Beg bermacam jenis beg

Kalau sebut beg, setiap orang pon ada sejarah tersendiri dengan beg, hamboi ko sejarah gituww. Maksudnya sama dengan kenangan yang suit muit, tak kurang juga dengan yang tak indah-indah. Sebut beg ada bermacam jenis beg, beg galas, beg sandang, beg laptop, beg dokumen, beg silang, beg tangan dan seterus-terusnya. Macam Saya sendiri pon ada kenangan tak indah dengan makhluk bernama beg ni. Pabila detik cepuk cemas diragut oleh makhluk yang tak di iktiraf kepala hotaknya untuk menjadi manusia, tapi nak juga jadi manusia tapi bertopengkan hati ayom.

 

Beg dan zaman kegumbiraan

all1

*omey omeyy kankannn*

Jika nak di bandingkan zaman dahulu kala katop dengan zaman sekarang mambang, sebut tentang zaman kegemilangan dan kegumbiraan ketika memula mengenal erti dan kekdah sebuah makhluk yang bergelar beg, zaman sekarang ni seawal umur 3 tahun pon dah comel lotey dah anak anak kecil mengusung beg sandang comey kemahen rasa nak geget geget dengan bermacam jenis makhluk teddy bear la, beg spiderman lah, beg upin ipin la dan sewaktu dengannya la kann.

Bila baby demot dah besar sikit nanti boleh lah mama belikan satu, boleh lah sumbat segala jenis botol, segala jenis pampers, minyak yuyi, segala jenis mainan dalam tu, lega lah nanti bila handbag mama tak lagi jadi aneka beg doraemon.

 

pix_gal1

*pinjam gambar eh adik-adik sekalian*

511

*4 sekawan dengan beg kegemaran mereka, pinjam gambor ye dik*

Melangkah ke proses pembelajaran pon kita akan bersama mengusung makhluk comel tu di belakang badan, mahupon di silangkan di tepi, di depan atau pon di belakang kita. Ikut kesesuaian dan ikut suka hati lagi girang kekdah mana yang di gemari. Dari sekolah yang paling rendah tingkatnya hingga lah sekolah yang hampir mencecah ke langit. Sila lah buat-buat faham bahasa yang gramatis lagi berpuitis ni. Tolong tolong lah, please eh?

Macam-macam jenis buku la disumbatkan ke dalam makanya dengan itu macam nak tercabut lah juga bahu nak usung pergi dan balik sekolah. Namun tak mengapa, demi ilmu gigih dan gagahkan diri menampung ilmu-ilmu yang ada di bahu. Kemahen ko Jah!

 

Terus menemani tak kira waktu

Kalau nak ikutkan kenangan beg dan manusia ni tak akan pernah habis kalau nak cerita panjang lah berjela mana sekali pon, padatkan lah isinya sepadat mana pon, pastinya baca senonet, fikiran terus melayang-layang teringatkan jenis-jenis beg yang mengikut perkembangan masa dan fesyen yang ada dalam koleksi ye dok?

Victoria-Beckham-Birkin-Bags-1

*setia menemani gituww*

Gi memana pon nak usung, kalau boleh gi Kedai Makcik Jenab depan panjang sejengkal tu pon nak di usungnya beg bagi menjadi peneman sejati, ibarat bff gituww la. Susah nak di pisahkan tapi sesekali kena berpisah juga sebab munasabah beg sekarang macam-macam jenis fesyen dan design. Kalau usung yang besar gedabak kehulur kehilir mahu dah serupa Hantu Kak Limah usung rambut ke sana ke mari.

Kalau nak cerita pasal beg dan makhluk indah ciptaan Tuhan yakni wanita lagi lah berjela jelut tak kan pernah habis. Hiksss. Comel kan wanita dengan barangan kesayangannya? Hahaaaa sila muntahhh.

 

Alam pengajian rendah, sederhana, tinggi dan alam pekerjaan

Tak ketinggalan, beg sentiasa menjadi ibarat suatu keperluan dari alam kita mula nak mengenal dunia sampai lah ke alam pengajian tinggi, termasuk dalam bidang pekerjaan. Makhluk indah yakni wanita dah tentu la dengan handbag nya yang tak akan pernah lekang dari sisi gituww. Para lelaki lebih gemar menyandang beg galas mahupon slingbag kemana sahaja untuk tampil sempoi lagi selesa bagi mereka? Mungkin? *ayat minta penampor*

Kebiasaanya kalau berada di alam pengajian rendah, sederhana, tinggi mahupon alam pekerjaan ada masa-masanya kita perlu menghadiri seminar atau pon kursus, event bagi menambah bekalan ilmu di dada dan kepala minda. Kebiasaanya bila mencari beg yang bersesuai dengan aturcara majlis, memerlukan kesabaran yang tinggi yakmatt lagi menggunung sebab terkadang susah nak mendapatkan bekalan dengan harga yang berpatutan apetah lagi nak dapatkan kualiti yang tinggi ye dok?

 

Pelbagai jenis beg dengan harga berpatutan – Probag Gallery

 

probag

Kekdahnya di sini, bila kita nak berurusan dengan pembekal barangan yang hendak di kenakan dan menepati selera pengguna. Kemahen haa selera ko ! Kita nak kan pembekal yang mesra pengguna, dapat harga yang berpatutan dan layanan harus lah mesra alam gituww.

 

pbg

Untitled

Untitled2

Untitled3

 

Contoh contoh beg semua boleh tengok kat official website www.probaggallery.com

Meh sini ahkak ni memperkenalkan buat julung-julung kalinya sebuah syarikat bumiputera yang mampu membekalkan segala jenis beg galas, beg seminar, beg laptop, segala-mala jenis beg lah semuanya ada tersedia tersergam indah terus dari kilang hokay. Plain beg dengan harga berpatutan yakkmatt boleh ditambah corak atau pon logo mengikut permintaan anda. Kalau dengar kekdahnya macam bersepah tapi jangan tak percaya beg-beg dari PROBAG GALLERY berkualiti tinggi dan ada jaminan 6 bulan ye uols !

DOCUMENT_BAG_BEG_SEMINAR_BEG_KURSUS_PLAIN

PG36_S05-066STD

*Antara koleksi dan jenis beg yang ada*

Sesuai untuk jabatan, IPT, badan berkanun, koperasi, persatuan-persatuan, sekolah, kelab sukan, travel agency dan sebagainya yang ingin mengadakan aktiviti tertentu dan memerlukan plain beg ataupon beg yang di cetak dengan corak, logo, nama atau sebagainya kekdahnya ikut permintaan hampa.

306720_270160959752210_111227855_n

Oleh yang demikian, setelah agak panjang berjela. Harapnya bermanfaat lah buat yang TER-kelik, TER-singgah sini dan membaca bebelan dan sedikit info bagi mereka yang memerlukan khidmat pembekal pelbagai jenis beg yang ada ni. Premium item seperti non woven beg (goodies beg), pen, notepad, pen, cawan, botol dan sebagainya juga turut ada yaww !

Yang penting ingat mesra pengguna, mesra pelanggan, harga berpatutan dengan 6 bulan jaminan ingat lah Laily dan Probag Gallery ! Kerlasss gitu tag line-nya panjang berjela disebut dalam satu nafas. Fengsannn.

Untuk maklumat lebih terperinci lagi rapi jangan lah segan-segan contact je apa jua cara yang tertera di bawah ni dengan kadar segera. Perkhidmatan yang CEPAT, MURAH & BERKUALITI jaminan dan keutamaan kami. Oh ya ! Agent juga di alu-alukan !

 


PROBAG GALLERY (002058869-W)

T - 017-6053711 (Laily Azman)
E -
lailyprobag@gmail.com
W - www.probaggallery.com
FB – www.facebook.com/probaggallery

Terima kasih sudi membaca,

belog[3]

1 Orang balas bebelan:

È