Bebelan Terbaru BeloG MTT

Wednesday, September 24, 2014

FESYEN LELAKI DAN SNEAKERS

Assalammualaikum. Hey hai !

Fesyen dan manusia

Fesyen dan manusia sekarang ni seakan tak dapat nak dipisahkan. Sana sini kalau kita tengok kemahen lagi fesyen dan manusia bersama seiringan memeriahkan lagi muka bumi ni. Macam-macam kaler ada, macam-macam gaya gitu.Kalau dulu mak Jemah cakap fesyen dan perempuan memang tak dapat nak dipisahkan, tapi zaman sekarang ni bukan takat perempuan, fesyen dan lelaki pon dah tak dapat nak dipisahkan lagi.

Zaman sekarang ni kalau dok tepi mana-mana celahan muka bumi ni pon, kalau dengar bisik-bisik angin sampai ke telinga gossip-gossip mahupon perbualan tentang fesyen, tak tertakluk pada makhluk yang kiut lagi miut yakni perempuan. Akan tetapi lelaki sekarang juga lebih bersikap terbuka jika bercakap tentang fesyen.

Walaupon kekuasaan fesyen wanita telah menyelaputi muka bumi ini, dan pilihan barangan fesyen lelaki agak terhad tapi tapi tapi kini yang dapat di lihat makin berkembang kemahen. Kat celahan bumi mana sahaja dapat tengok barangan fesyen bagi kaum Adam ini, yakni lelaki.

 

Kasut dan manusia

Pabila nak melangkah keluar dari rumah perkara terakhir yang kita akan buat yakni sebelum melangkah keluar harus lah di sarungkan kasut yang bergaya, mutu berserta keunggulan seiringan dengan pakaian yang hendak digayakan.

Kalau lah dulu kala katop, hanya perempuan sahaja yang sering pening kepala loyer sampai nak termuntah pening mikirkan apa yang disarungkan agar nampak bergaya kemahen, sekarang ni dah tak heran kaum lelaki pon dah terikut sama pening fikir nak sarung apekah sebelum melangkah keluar rumah. Hikssss Kesian korang dah ikut sama pening macam kami-kami kaum Hawa ini.

Walaupon terkadang bila buka almari kasut, kasut perempuan yang kemain bertingkek-tingkek, tapi gaya fesyen kasut lelaki di terima dan disambut baik oleh kalangan kaum lelaki yang kini juga dah terjebak menjadi pencinta fesyen.

 

clip_image002_thumb3_thumb

Walaupon sekarang ni dunia fesyen dah di timbusi dan ditenggelami dengan bermacam jenis dan jenama kasut yang berlumba lumba mendapatkan tempat di hati penggemar kasut yang sedia menanti pelbagai fesyen kasut yang boleh digayakan tapi tapi tapi eh, kasut SNEAKERS masih lagi menjadi pojaan hati serta dambaan hati kaum Adam yang lebih selesa menggayakankasut sepisis ini. Kasut yang sangat sinonim dengan lelaki di seluruh pelusuk mahupon celahan muka bumi yang luas ni.

Sejak zaman berzaman dah fofular dan sebati dengan imej jalanan dan jangan tak percaya mak Jemah, pernah mencetuskan fenomena satu masa dahulu dan sehingga kini masih lagi menyengat tak hengat di hati penggemar kasut di kalangan lelaki dan antara gaya yang paling disukai dalam dunia fesyen uols.

Bukan apa, terkadang lelaki ni lebih suka tampil dalam keadaan bersahaja dan sempoi mempoi gitu. Senangkan nak faham perkataan mempoi tu? Okay fine, sila abaikan dengan kelajuan lapantujuhriburatosjuta sejam. Kelebihan kasut SNEAKERS yang lebih versatile membolehkan para lelaki memakainya kemana sahaja dan tak kira gaya baju mahupon seluar yang digayakan dan apa jua situasi yang terdapat di muka bumi ni haaa.

 

clip_image004_thumb2_thumb1

Lihat bagaimana Logan Lerman menggayakan sepersalinan yang agak formal itu dengan sepasang kasut SNEAKERS lelaki untuk tampil santai kemas namun bergaya dalam masa yang sama kelihatan sempoi, bergaya berserta bermutu dan ber-keunggulan gitu. Aummmmm! Gatai nohhhh. Kohkohkohhhh

 

 

clip_image006_thumb2_thumb

Ini adalah gaya terbaik, yang saya rasa bagi kaum Adam yang nak bersantai-santai, gatai-gatai ketika keluar bersama rakan-rakan di hujung minggu. Padanan kasut SNEAKERS bersama seluar pendek atau men shorts dan t-shirt atau long sleeve shirt adalah sesuatu yang ohsem k uolss. Aummm! Sila jeling Papa Demot kat sebelah sambil buat muka gatai yang tak bersalah.

 

clip_image008_thumb2_thumb

 

Kaum Adam yang ada temujanji hujung minggu ni dan tercari-cari lagi gaya apa yang di padankan bersama dengan pakaian yang anda dah pilih style habes tu, boleh lah jalan-jalan cuci mata dan grab sepasang kasut SNEAKERS for men online dengan harga yang gila berpatutan di website ZALORA, Papa demot pon dah request sepasang dah sambil jeling-jeling bini kat sebelah dok menaip dengan kelajuan kadar maksimum. Macam-macam jenis kasut lelaki daripada pelbagai jenama hebat dan terkenal, Papa Demot pon dah rambang mata dah. Rasakannnnn. Hikssss

Kualiti yang pasti sangat bermutu tinggi dari ZALORA. Jommmm, moh la kita grab sepasang dua! Nak lebih pon boleh. Harga sangat berpatutan ! Banyak jenama dan pelbagai jenis barangan yang boleh buat kita rambang mata nak shopping sakan !

Yang penting, tak perlu nak berebut parking sampai bertumbuk. toink toink !

 

belog3_thumb2_thumb

1 Orang balas bebelan:

Ania said... [MTT reply to this comment]

Blognya keren! Apa Anda mau mengembangkan dan mempromosikan blognya lagi? Kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya. Kami tidak terhapus filenya dengan waktu batas. Coba servis kami tanpa registrasi:)

È