Bebelan Terbaru BeloG MTT

Tuesday, August 4, 2015

KAEDAH SINGKATAN DALAM PENULISAN



Assalammualaikum, hey hai uolssss !!



Lama kemain tak menaip, membebel kat sini. Sejujurnya dari sudut hati yang paling jauh di kedalaman ini, ada lah beberapa kali nak mula menaip, padam, nak mula menaip, padam. Homaii, tengok lah last post kat blog ni pon tahun 2014. Kejam betul ke atas blog ni yang pernah menghiburkan hati kau dulu. NgihNgihhh!


Tengah dok mengelamun kat office, sambil belek belek facebook hari ni, selain dari #DERMA yang kemain mengganas, sebelum tertido, scroll punya scroll tengok banyak kemain meng-kome komen-komen kat sana sini guna kaedah singkatan perungkapan yang kadang fening jugak mata nak salurkan kepada kepala otak ni, apekah yang cuba di sampaikan. NgihNgihhh!




Terbaru lagi terkini, baru-baru ni post gambar sidemot (yakni anak sulung Iols, September inshaaAllah adiknya bakal menyusul. *Dan lagi iklan) Dan dapat lah komen sejemput ni Hbty.


Mula-mula tu jenuh jugak kepala otak ni nak gabungkan sel sel untuk sampaikan kepada otak.


Wehhh, apa tu? Wehhh, bahasa baru ke hape tu? Wehhh, anak main handphone mu ke hape wehhh?


Hahaha setelah puas di fikir-fikir dan sel sel otak sudah kembali berhubung, baru lah celik mata, eh dah kau post gambar anak kau tengah tiup kek kan? Okay, let’s tryyy.


Hbty stand forrrrrrrrrrrrrrrrrr :-

– Happy
B – Birthday
T – To
Y – You

Okay, bingoooooo !! Haaa, lambat sangat sel sel otak berhubung sejak demenjak ni kann.

Ada masa, panjang umur kita jumpa lagi kat sini eh. Menaip pon tonggang terbaik. Terima kasih pada yang masih sudi datang jenguk-jenguk blog ni walaupon dah bersawang tahap sesawang dah.

Oh ya, tak lambat lagi nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI !  







8 Orang balas bebelan:

yaya cendana said... [MTT reply to this comment]

assalamualaikum...yaya dah follow sini...saja...buat blogwalking..hehe....harap sudi follow yaya... www.yayacendana.com :) tq

Ana said... [MTT reply to this comment]

Makin advance skrg.,heehheh

Raihanah Ahmad said... [MTT reply to this comment]

short form budak2 sekarnag mmg pening, susah nak baca

yaya cendana said... [MTT reply to this comment]

assalamualaikum..
jom masuk bloglist Belog Best yaya... :)

http://www.yayacendana.com/2015/09/senarai-belog-best-de-yaya-cendana.html

siti zulaikha said... [MTT reply to this comment]

hahah.. zaman sekarang semuanya nak short form selagi boleh.

http://eykhaz.blogspot.my/

Fatin Zofiyya Kamarudzdzaman said... [MTT reply to this comment]

tak kelakar pun. Tak payah la nak berblog2 lg dah. Kesian aku tgk

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

Hi Fatin Zofiyya Kamarudzdzaman, assalammualaikum. Sedapnya nama awak. Kelakar lah komen awak. Terima kasih sudi singgah jenguk2 blog ni. :)

Nur Fannun said... [MTT reply to this comment]

tlis ejaan full kan senang. slh fhm pun blh dielakkan. pelik2 diorg ni kan

È